Hospital Teluk Intan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hospital Teluk Intan merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Perak, Malaysia. Hospital Teluk Intan dibina untuk memberi khidmat kepada penduduk di daerah Hilir Perak serta luar daerah, yang meliputi kawasan seluas kira-kira 667 kilometer persegi atau 1727 km persegi[1]. Hospital Teluk Intan ini mempunyai 548 buah katil.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Hospital baru ini dibina untuk menggantikan bangunan hospital lama di kawasan Jalan Bandar, Teluk Intan, yang dibina kira-kira 95 tahun yang lalu kerana hospital lama yang sering dilanda banjir dan tidak memenuhi keperluan semasa. Ia telah dicadangkan bahawa sebuah hospital baru dibina serta-merta. Hospital ini terletak di Jalan Changkat Jong kira-kira 4 kilometer dari pusat bandar Teluk Intan.

Ia meliputi kawasan seluas 65 ekar dimana sebelum itu kawasan tersebut adalah kawasan ladang getah. Pada akhir tahun 1982, pembinaan baru hospital pojek dimulakan "Turn-Key". Syarikat Leighton [2] dari Australia telah berjaya dalam kontrak tender bernilai RM94.3 juta. Kerja-kerja pembinaan bermula pada 3 Januari 1984 dan siap pada bulan Februari 1987. Hospital telah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada 28 Mac 1987. Jumlah kos hospital ini kira-kira RM110 juta, dan menyediakan kedua-dua perkhidmatan pesakit luar dan dalam. Ia telah dibuka secara rasmi oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada Ogos 25, 1987

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Hospital Teluk Intan memberikan perkhidmatan kepada penduduk Daerah Hilir Perak. Perkhidmatan hospital pakar turut disediakan kepada Daerah Hilir Perak termasuklah Daerah Sabak Bernam, Daerah Batang Padang, selatan Manjung, dan Daerah Perak Tengah. Hospital ini juga bertindak sebagai rujukan kepada Hospital Sabak Bernam (Selangor), Hospital Tapah, Hospital Slim River, beberapa kes dari Hospital Manjung dan Hospital Changkat Melintang.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Hospital Teluk Intan
Jalan Changkat Jong
36000 Teluk Intan
Perak Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]