Hospital Tumpat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hospital Tumpat
Lokasi Tumpat, Kelantan, Malaysia
Pembiayaan Kerajaan Malaysia
Jenis hospital Hospital Awam
Jabatan kecemasan Ya
Diasaskan 1984
Senarai Hospital di Malaysia

Hospital Tumpat merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Kelantan, Malaysia. Hospital ini telah dirasmikan oleh Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim dan mula beroperasi sebagai hospital daerah tanpa pakar[1] pada 24 Ogos 1984. Pakar perubatan mula ditempatkan di hospital ini setelah inisiatif Hospital Kluster dilaksanakan di Negeri Kelantan pada tahun 2017.

Sehingga tahun 2021 terdapat 10 perkhidmatan klinik pakar yang ditawarkan di Hospital Tumpat iaitu:

  1. Klinik Perubatan
  2. Klinik Respiratori (Dada)
  3. Klinik Penyakit Berjangkit
  4. Klinik Pediatrik
  5. Klinik Obstetrik & Ginekologi
  6. Klinik Dermatologi (kulit)
  7. Klinik Ortopedik
  8. Klinik Oftalmologi
  9. Klinik Pembedahan
  10. Klinik EPAS (Early Pregnancy Assesment Service)

Hospital Tumpat mempunyai wad infeksi yang dilengkapi 4 bilik tekanan negatif dan 6 bilik isolasi untuk rawatan kes penyakit berjangkit seperti TB, HIV,Hepatitis, denggi, leptospirosis dan lain-lain. Pada tahun 2020 Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengisytiharkan Hospital Tumpat sebagai salah satu hospital Covid-19 di Negeri Kelantan bagi tujuan merawat pesakit-pesakit covid-19 yang semakin bertambah[2].

Alamat[sunting | sunting sumber]

Hospital Tumpat
Jalan Kelaburan
16200 Tumpat
Kelantan Darul Naim
Malaysia

Waktu Melawat Pesakit[sunting | sunting sumber]

Waktu melawat pesakit setiap hari termasuk Cuti Umum ialah:

Jadual Lawatan
SESI LAWATAN TEMPOH WAKTU
Sesi 1 12.30 tengah hari  - 2:00 petang
Sesi 2 4.30 petang  - 7:00 petang

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]