Howard Carter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Howard Carter, ahli kaji purba Mesir yang menjumpai makam Tutankhamun.

Howard Carter (9 Mei 1874 – 2 Mac 1939) ialah seorang ahli arkeologi dan ahli kaji purba Mesir yang terkenal kerana menjumpai makam Firaun abad ke-14 SM, Tutankhamun.

Makam Tutankhamun[sunting | sunting sumber]

Carter digajikan oleh Lord Carnarvon untuk menyelia usaha ekskavasinya dari tahun 1907.[1] Niat Gaston Maspero, yang memperkenalkan kedua-dua Carter dan Carnarvon, adalah untuk memastikan yang Carter akan mengenakan kaedah dan sistem catatan arkeolgi moden.[2][3]

Carnarvon membiayai kerja-kerja Carter di Lembah Raja-raja dari tahun 1914, akan tetapi usaha itu tergendala akibat Perang Dunia Pertama sehingga tahun 1917, apabila kerja-kerja disambung semula. Selepas beberapa tahun mencari tanpa hasil, Carnarvon menjadi tawar hati dan, dalam tahun 1922, memberi Carter peluang terakhir dengan memberi wang untuk pencarian buat semusim lagi untuk mencari makam yang dikehendaki.[4]

Pada 4 November 1922, kumpulan eksvakasi Howard Carter menjumpai anak-anak tangga yang membawa kepada makam Tutankhamun (kemudian diberi designasi KV62). Makam ini merupakan makam yang paling terpelihara dan yang paling baik keadaanya di Lembah Raja-raja

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Winstone, H. V. F. (2006). Howard Carter and the discovery of the tomb of Tutankhamun (edisi rev.). Manchester: Barzan. ISBN 1-905521-04-9. 
  2. David, Elisabeth (1999). Gaston Maspero 1846-1916: le gentleman égyptologue. Paris: Pygmalion; Gérard Watelet. ISBN 2-85704-565-4. 
  3. James, T. G. H. (1992). Howard Carter: the path to Tutankhamun. London: Kegan Paul. ISBN 0-7103-0425-0. 
  4. Carnarvon, Fiona (2011). Highclere Castle. Highclere Enterprises. m/s. 59.