Hua Zong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia
ݢابوڠن ڤرتوبوهن چينا مليسيا
马来西亚中华大会堂总会
JenisNGO
Ibu pejabatKuala Lumpur,  Malaysia
Penubuhan
Diasaskan1991
Identiti
Orang pentingTan Sri Datuk Seri Panglima Dr Goh Tian Chuan (Presiden)
FokusSosio-ekonomi, Budaya, Pendidikan dan Kebajikan
Laman sesawanghuazong.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Hua Zong (Cina ringkas: 华总pinyin: Huá Zǒng) adalah singkatan bagi Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Cina ringkas: 马来西亚中华大会堂总会pinyin: Mǎláixīyà Zhōnghuá Dà​huìtáng Zǒnghuì; bahasa Inggeris: Federation of Chinese Associations of Malaysia) (FCAM) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 1991 sebagai persekutuan bagi kesemua Dewan-dewan Perhimpunan Cina negeri-negeri Malaysia di mana bernaungnya semua pertubuhan-pertubuhan Cina seluruh negara bagi memperjuangkan sosio-ekonomi, budaya, pendidikan dan kebajikan rakyat berketurunan Cina di Malaysia. Presidennya ialah Tan Sri Pheng Yin Huah.

Pelan Tindakan (PoA) Malaysia 20 Tahun dilancarkan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur. Lebih 40 pakar pendidikan daripada semua kaum dalam pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, kebudayaan, politik dan alam sekitar dipelawa berkongsi pandangan menuju cabaran 2030.

Lima sektor tumpuan ialah :

  1. Sosial dan alam sekitar
  2. Kebudayaan
  3. Pendidikan
  4. Ekonomi
  5. Politik dan tadbir urus.

Pada 2008, PoA diasaskan oleh presiden Hua Zong ketika itu Tan Sri Lim Gait Tong.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]