Huang Xianfan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Huang Xianfan
Huang Xianfan (1932)
Huang Xianfan (1932)
Pekerjaanprofesor di Universiti
WarganegaraRepublik Rakyat China Republik Rakyat China
Tempoh1938 - 1982
GenreAkademik, biografi, prosa
Subjekhistoriografi, etnologi, antropologi, budaya rakyat, linguistik, studi Zhuang (atau Zhuangologi)
Karya terkenalSejarah Bangsa Zhuang
Laman web
www.china.com.cn

Huang Xianfan (Melayu: Huang Hsien-fan, Cina Tradisional: 黃現璠, Cina Ringkas: 黄现璠, pinyin: Huáng Xiànfán; 13 November 189918 Januari 1982) ialah seorang ahli sejarah dan ahli antropologi di China, pemimpin Sekolah Bagui di China, [1] serta bekas Ahli Parlimen. Beliau memainkan peranan penting dalam buka studi Zhuang. Beliau merupakan salah seorang pengasas etnologi di China.[2]

Biodata[sunting | sunting sumber]

Huang Xianfan dilahirkan pada 13 November 1899 di Qusi, Fusui,Guangxi, China.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Qusi, Fusui (1908-1913). Beliau kemudiannya menyambung pengajiannya di sekolah Rendah Qusi, Fusui(1913-1917), sebelum meneruskan pengajiannya di sekolah Menengah Quli, Fusui (1917-1921). Selepas itu beliau mengikuti kursus perguruan di Sekolah Perguruan ketiga Nanning(1922-1926). Semenjak 1926 sehingga 1932, beliau mendapat pendidikan di Universiti Perguruan Beiping. Selepas lulus, beliau mendapat Sarjana Muda di Universiti Perguruan Beiping. Kemudian dia lulus pula ijazah Sarjana pada tahun 1935 dari universiti yang sama. Pada tahun 1935, beliau tiba di Jepun, melanjutkan pelajaran di Universiti Kekaisaran Tokyo(東京帝國大學).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1937, beliau kembali ke China. Kerjayanya bermula sebagai seorang guru di sekolah Menengah Nanning pada tahun 1937. Setelah itu, beliau telah bekerja sebagai Guru di Universiti Guangxi dari 1938 hingga 1939. Huang Xianfan menjadi profesor madya di Universiti Guangxi pada tahun 1940, dan tidak lama kemudian, beliau menjadi profesor di Universiti Sun Yat-sen. Huang Xianfan merupakan seorang profesor yang sejarah di Universiti Guangxi dari 1943 hingga 1953, dan merupakan seorang profesor yang sejarah di Maktab Perguruan Guangxi dari 1953 hingga 1982.Beliau pernah berkhidmat sebagai pengarah jabatan kesusasteraan di Universiti Guangxi, dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kepustakawanan, beliau pernah bertugas sebagai kurator di Perpustakaan Universiti selama 8 tahun.[3]

Karya[sunting | sunting sumber]

Dalam segi politik, Huang Xianfan ialah anggota Kongres Rakyat Kebangsaan dari 1954 hingga 1958, dan ialah anggota Persidangan Perundingan Politik Rakyat China dari 1980 hingga 1982. Dalam segi pendidikan, beliau adalah pengasas di Universiti Lijiang.[4] Dalam segi persatuan, beliau salah seorang pengasas di Persatuan Etnologi China.[5]Dalam segi akademik, Huang Xianfan telah mempelopori bidang studi Zhuang (atau Zhuangologi).[6] Beliau adalah pengasas di Sekolah Bagui pada etnologi China, [7] dan pengasas Sekolah Wunu pada historiografi China.[8]Dalam segi kerja lapangan(fieldwork), aktiviti beliau juga tertumpu kepada untuk kerja lapangan di etnologi. Huang Xianfan merupakan salah seorang pakar sejarah China teragung, juga dikenali sebagai bapa kepada studi Zhuang moden. Tambahan lagi, Huang Xianfan terkenal kerana hasil kerjanya dalam budaya rakyat dan linguistik.

Beliau merupakan seorang cendekiawan yang dihormati selama hampir 50 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Beliau dianggap sebagai bapa studi sejarah di Zhuang kerana karya beliau yang disanjung tinggi, iaitu Sejarah Bangsa Zhuang, yang membawa gambaran keseluruhan sejarah bangsa Zhuang yang meliputi lebih sembilan ribu tahun mulai Zaman Neolitik hingga Moden. Karya tetap beliau menyediakan asas kepada studi Zhuang zaman-zaman seterusnya. Beliau merupakan penyumbang aktif jurnal akademik. Huang Xianfan menghasilkan sekitar 20 buah buku ilmiah termasuk 7 buah buku kreatif yang terkenal antaranya ialah Sejarah China (tiga jilid, 1932-1934), Kehidupan Petani di Dinasti Yuan(1934), Masyarakat di Dinasti Tang(1936), Pergerakan Patriotik Pelajar di Dinasti Song(1936), Sejarah sosial di Dinasti Shang China(1950), Sejarah di Masyarakat Feodal China(1952), Sejarah Bangsa Zhuang(1957,1988).[9]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Huang Xianfan telah dirawat di Hospital Guilin selama dua minggu pendarahan serebrum pada Disember 1981.Beliau meninggal pada 4.15 petang 18 Januari 1982 di Hospital Guilin kerana kerumitan serangan pendarahan serebrum. Beliau ketika itu berusia 83 tahun. Jenazah beliau disimpan di Tanah Perkuburan wira Nanning, Guangxi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Chen Jisheng. Sekolah Bagui di etnologi China. Nanning:Sains Sosial Guangxi 7-11.ISSN 1004-6917
  2. ^ Huang Xianfan - salah seorang pengasas etnologi di China
  3. ^ Yang Xiong. Biografi ringkas di Huang Xianfan. Taipei:Kesusasteraan biografi 1, 1998. 143-144 hlm.
  4. ^ Kamus Pendidikan China - Biografi ringkas di Huang Xianfan. Shanghai: Akhbar, 1998.1450 hlm.
  5. ^ "Huang Xianfan - ahli antropologi di China/www.cuaes.org". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-07. Dicapai pada 2011-12-18.
  6. ^ Mo Jun. Huang Xianfan - bapa studi Zhuang. Nanning: Harian Guangxi, 3 September 2002.
  7. ^ Chen Jisheng. Sekolah Bagui di etnologi China. Nanning:Sains Sosial Guangxi 7-11.ISSN 1004-6917
  8. ^ Chen Jisheng. Sekolah Wunu di historiografi China. 1 Julai 2010 / www.cawhi.com
  9. ^ Katalog buku dan artikel di Huang Xianfan[pautan mati kekal]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Kamus selebriti budaya China - Biografi ringkas di Huang Xianfan. Beijing: Akhbar radio dan televisyen China. 1992. 519 hlm. ISBN 7-5043-1513-3/Z-72

Pautan luar[sunting | sunting sumber]