Huang-Lao

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Huang-Lao atau Huanglao (Cina ringkas: 黄老Cina tradisional: 黃老pinyin: Huáng-LǎoWade-Giles: Huang-Lao; secara harfiahnya "Tuan Silam Maharaja Kuning") merupakan satu aliran cara pemikiran cina pada kurun ke- 2 BCE Dinasti Han, dan pada umumnya ditafsir sebagai merangkumi Daoism dan Legalism. Kecuali Huangdi Neijing, kebanyakan teks Huang-Lao telah lenyap, dan sarjanawan tradisi mengaitkan aliran falsafah ini dengan klasik China seperti Xunzi, Hanfeizi, dan Huainanzi. Sarjanawan moden menafsirkan semula Huang-Lao berikutan jumpaan 1973 Teks Sutera Mawangdui, yang termasuk empat manuskrip, dikenali sebagai Huang-Lao boshu (黄老帛书 "Teks Sutera Huang-Lao "), yang dipertikai dikenal pasti sebagai Huangdi Sijing ("Empat Klasik Maharaja Kuning” – “Yellow Emperor's Four Classics") yang telah lama hilang.

Nama[sunting | sunting sumber]

Huanglao jun, Pendewaan Daoist pada Laozi

Huang-Lao merupakan perkataan portmanteau, dengan Huang merujuk kepada Huangdi (黃帝 "Maharaja Kuning ") dan Lao pada Laozi (老子 "Tuan Lama "). Istilah Huang-Lao pertama kali muncul pada (109 – 91 BCE) Shiji ("Rekod Sejarah Agung "), yang dimulakan oleh Sima Tan dan disiapkan oleh anaknya Sima Qian. Sima Tan belajar di abwah pakar Huang-Lao, dengan leluhur falsafah sejak dari tarikh tempoh Negeri Berperang Akademi Jixia di istana Qi ( Shandong moden). Nama Daoist berkait Huanglao jun (Cina ringkas: 黄老君Cina tradisional: 黃老君pinyin: HuánglǎojūnWade-Giles: Huang-Lao-Chun; secara harfiahnya "Tuan Silam Kuning") merupakan pendewaan oleh Laozi dan personifikasi jelmaan kembali Dao.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Falsafah Daoist Huang-Lao diterima di istana Han Barat oleh Emperor Wen (r. 180 – 157 BCE) dan Emperor Jing (r. 157 – 141 BCE), sebelum Emperor Wu (r. 141– 87 BCE) menetapkan Confucianism sebagai falsafah negara. Dalam tempoh Han Timur, Huang-Lao kembali digemari antara 88-92 CE ketika Ratu Dou memerintah sebagai dowager antara pemerintahan suaminya Maharaja Zhang dan anaknya Maharaja He.

Hans van Ess (1993:173) menganalisa hikayat hidup individual Shiji dan Hanshu kurun ke-2 BCE yang digambarkan sebagai pengikut "Huang-Lao", dan mendapati mereka samaada sebagai ahli puak Huang-Lao atau Ru "Confucian" dan puak Fa "Legalist". Dengan itu sejarahwan Sima Qian menggunakan istilah Huang-Lao "sebagai ciri-ciri seseorang yang termasuk pada puak (“faction“) politik yang mana puak (“faction“) dia juga termasuk." Ahli dalam sejarah puak Huang-Lao memiliki tiga polisi politik yang sama: "menentang kempen di utara " terhadap Xiongnu, "kaitan pada keluarga bebas dan kaya dengan pangkalan kuasa jauh dari ibukota " di Chang'an, dan "menentang langkah bagi melucutkan raja feudal dari kuasa mereka."

Huang-Lao kemungkinannya pergerakan terawal yang menghubungkan bersama Laozi, Zhuangzi, pendewaan Huangdi, Aliran Semulajadi (“School of Naturalists”), unsur-unsur keparcayaan rakyat Cina, dan aspek dari Aliran Seratus Sekolah yang lain. Ini akan menjadi ramuan kasar bagi Taoism.

Semasa tempoh Han Timur, pergerakan Cara Pakar Langit ("Way of the Celestial Masters" memasukkan teknik kekal hidup Daoist bersama pemikiran Huang-Lao, dan dikaitkan dengan Pemberontakan Serban Kuning dan Pemberontakan Lima Patuk Beras (184 – 215 CE). "Kemudian, hampir kesemua teks awal dan pengetahuan mengenai Huang-Lao asal telah hilang.." (Yates 2008:508)

Pengaruh[sunting | sunting sumber]

Pemikiran Huang-Lao mempengaruhi banyak ahli falsafah terkemuka China dan pegawai dari kurun ke empat sehingga kurun kedua BCE. Sesetengah pemikir contoh termasuk Shen Buhai (c. 400 – 337 BCE), Shen Dao (c. 360 – c. 285 BCE), Confucian Xunzi (c. 335 – c. 238 BCE), Mohist Song Xian (c. 334 – 301 BCE), naturalist Zou Yan (c. 305 – c. 240 BCE), and Legalist Han Feizi (c. 280 – c. 233 BCE). Dua menteri berpengaruh bagi Maharaja Gaozu dari Han dilaporkan mengkaji dan melaksanakan ideologi politik Huang-Lao, Chancellors Cao Shen (d. 190 BCE) dan penggantinya Chen Ping (d. 178 BCE) menggunakan polisi wuwei ("tiada tindakan") dan membawa keamanan dan kestabilan bagi negeri Qi (van Ess 1993:163). Chao Cuo (d. 154 BCE), Chancellor kepada Maharaja Jing, merupakan satu lagi contoh pegawai Huang-Lao. Dia percaya bahawa pemerintahan imperial patut menggabung Huang-Lao dan Confucianism, dengan hukuman disokong dengan hadiah, dan paksaan dikurangkan dengan pujukan. (Fu 1993:49)

Para sarjana mengenalpasti pelbagai tulisan Huang-Lao dalam klasik China. Cadangan termasuk sebahagian Daoist Zhuangzi (Schwartz 1985:216), penyatuan Huainanzi (Major 1983:8-14 and 43-53), seksyen sejarah Guoyu ("Perbincangan mengenai Negeri"), Chunqiu Fanlu ("Annal Embun Mewah Musim Bunga dan Luruh"), dan Lüshi Chunqiu ("Annal Musim Bunga dan Musim Gugur Mister Lü"), Heguanzi (鶴冠子 "Book of Master Pheasant-Cap"), dan buku tentera Huang Shigong San Lüe ("Tiga Strategi Huang Shigong"). Randall P. Peerenboom (1990) mengkritik kecenderungan bagi mengelaskan kesemua teks bersama-sama dan membuat "Huang-Lao" sebagai tong sampah dengan menyapu semua benda kedalamnya."

Selain teks diterima ini, bibliografi perpustakaan imperial dikekalkan di (111 CE) Hanshu ("Sejarah Han") menyenaraikan banyak judul buki dengan nama Maharaja Kuning. Bagaimanapun, dengan pengecualian buku perubatan Huangdi Neijing ("Maharaja Kuning Klasik Dalaman"), kesemua dipercayai musnah atau hilang – sehingga jumpaan Mawangdui baru-baru ini.

Teks sutera Mawangdui[sunting | sunting sumber]

Teks sutera Mawangdui dijumai berhampiran Changsha pada tahun 1973 termasuk empat manuskrip yang sesetengah sarjana tafsirkan sebagai teks utama Huang-Lao.

Manuskrip sutera yang dijumpai di kubur Mawangdui nombor tiga, bertarikh 186 BCE, termasuk dua versi Daodejing, satu darinya ("B" atau yi 乙) memiliki salinan empat teks dilekatkan di bahagian hadapannya. Ia berjudul (tr. Peerenboom 1993:6) Jingfa (經法 "Hukum Kanon " atau "Piwaian bagi Berkala "), Shiliujing (十六經 "Enambelas Klasik ", juga dibaca sebagai Shidajing 十大經 "Sepuluh Klasik Agung "), Cheng (稱 "Timbangan menurut Skala ", himpunan aphorism “pernyataan prinsip ringkas”), dan Yuandao (原道 "Asal Jalan ", juga berjudul Huainanzi bab 1).

Sesetengah pakar Cina, seperti Tang Lan (唐兰, 1975) dan Yu Mingguang (余明光, 1993), menafsir empat manuskrip ini sebagai Huangdi Sijing (黃帝四經 "Empat Klasik Maharaja Kuning ") yang tidak lagi wujud, yang bibliographer Yiwenzhi (藝文志) bagi Hanshu senaraikan sebagai memiliki empat bahagian. Alasan Tang termasuk judul Jingfa dan Shiliujing dengan jing (經 "kanon; klasik ") dan rujukan kerap pada Huangdi ("Maharaja Kuning ") di Shiliujing.

Pakar lain, seperti Robin Yates (1997) dan Edmund Ryden (1997), menafsir empat manuskrip sebagai teks saling tidak serasi hasilan dari tradisi falsafah berlainan. Paola Carrozza (2002:61) merujuk pendekatan ini sebagai "pengarang berbeza, masa berbeza, dan tempat berbeza." Akibatnya, banyak penafsiran mengenai asal dan ciri-ciri pemikiran Huang-Lao Taoist adalah yang berdasarkan pembacaan anuskrip Mawangdui adalah dipetikaikan, kerana ia berdasarkan tanggapan bahawa teks ini membentuk satu yang lengkap dan benar-benar memiliki kaitan dengan Huang-Lao. (Yates 2008:509)

Penafsiran falsafah[sunting | sunting sumber]

Pakar Cina telah lama mempertikaikan sifat sebenar falsafah Huang-Lao. Sebelum carigali Mawangdui 1973, sesetengah tafsiran Barat mengenai Huang-Lao adalah pelik. Sebagai contoh, Herbert J. Allen (1906:268) mencadangkan bahawa oleh kerana putera Liu Ying Han mengamalkan kedua-dua Huang-Lao dan Buddhism, Huang-Lao tidak bererti Huangdi dan Laozi, tetapi "Buddhists (harafiah Silam-Kuning, kemungkinannya dipanggil sempena warna jubbah mereka)." Berikutan dari jumpaandi Mawangdui, "kegilaan Huang-Lao " (Roth 1997:300) dalam sarjanawan telah mengubah dengan banyaknya pemahaman kita mengenai Daoism awal.

Tu Wei-Ming (1979:102-108) menggambarkan lima doktrin dalam teks sutera Huang-Lao. Dao ( "jalan; laluan ") adalah asas muktamad bagi fa ( "model; hukum") dan Lii ( "pola; prinsiple") penting bagi pemerintah bijak. Raja sebenar menggunakan guan ( "lihat; pandang; fikir") atau "penglihatan mendalam " bagi memandang pergerakan dalaman alam, dan cheng ( "imbangan; skala; kilang besi (“steelyard”)") bagi membolehkan tindak balas tepat pada masanya pada cabaran dunia. Loewe (1999:986-7) menyenaraikan idea utama lain dari teks sutera Huang-Lao: xingming (刑名"bentuk dan nama "), yang biasanya dikaitkan dengan Shen Buhai. Xing ("bentuk atau realiti ") wujud dahulu dan patut diikuti oleh ming ("nama atau gambaran ") mereka.

Pendedahan terhad kita pada "teks hilang " dalam Manuskrip Sutera kelihatannya menunjukkan bahawa pemikiran Huang-Lao mengandungi beberapa konsep falsafah yang kelihatannya tidak berkait tetapi sebenarnya bersepadu sepenuhnya: pandangan kosmik bagi Jalan (tao) sebagai sumber primordial bagi inspirasi; teknik pentadbiran (fa-li), berdasarkan prinsip dan model semulajadi Jalan; penting bagi pembentukan pandangan mendalam (kuan), agar raja boleh memerintah tanpa memaksakan pandangan berpusat pada dirinya pada aturan perkara yang wujud dalam alam semulajadi; dan keperluan bagi mencapai keseimbangan dinamik (ch'eng) bagi memastikan aliran berterusan, sebagaimana, system politik sebagai cermin imej bagi kosmos. (1979:108)

Tu (1979:107) merumuskan, "Doktrin Huang-Lao bukanlah Taoist ataupun Legalist dari segi konvensional, mahupun, secara khusus, satu bentuk Legalized Taoism. Ia sebaliknya merupakan system pemikiran yang unik." John S. Major (1983:12) merumuskan ideology Huang-Lao. Dao merupakan "gambaran tertinggi dan asas potensial, aturan dan ramalan (“potency”)", dan "digambarkan dalam aturan alam, yang merangkumi kedua-dua dunia semulajadi dan dunia manusia." Kerajaan DiRaja perlu mematuhi aturan alam, dengan itu raja perlu mengamalkan wuwei ("tilak-melampau " atau "tidak mengambil tindakan yang bertentangan dengan alam semulajadi ") dan menggunakan shenming (神明 "pandangan mendalam ") bagi "mempelajari semua yang boleh dipelajari mengenai aturan alam, dengan itu membuat tindakannya mematuhi nya." Dengan itu, "kerajaan raja sebenar bukanlah menurut perasaan atau bolak-balik, dan bukan juga arbitari mahupun bersikap dominan," ia mematuhi sepenuhnya dengan "pola bagi Dao sebagaimana digambarkan dalam aturan alam, ia sekata, serdahana, dan amat kuat tidak tertahan."

Randall P. Peerenboom (1990) menyatakan, " Boshu Huang-Lao, sungguhpun menggalakkan pemerintahan yang serasi dengan kosmologi organismik, adalah unik dari segi sokongan terhadal hukum alam berdasarkan peraturan alam." Peerenboom (1993:27-31) mencirikan Huang-Lao sebagai "semulajadi asas ", bererti naturalism berdasarkan aturan kosmik semulajadi yang termasuk kedua-dua rendao (人道 "cara manusia ") dan tiandao (天道 "cara Alam "). Ideologi Huang-Lao memberikan "keutamaan normatif " pada aturan alam, dengan aturan social manusia berdasarkan dan secara harmoni dengan aturan kosmik.

Jeffrey L. Richey (2006:336-339) menyongsang teori Huang-Lao dan Mohist mengenai tunjang kosmik fa "hukum". Dalam Jingfa, fa berasal dari impersonal Dao; dalam Mozi, ia berasal dengan anthropomorfik Tian ("alam; tuhan").

Harold D. Roth (1991, 1997) menyatakan bahawa erti asal Cina Daojia (道家 "Daoism") adalah Huang-Lao dan bukannya pemahaman tradisi sebagai "Lao-Zhuang" (老莊, terutamanya Laozi dan teks Zhuangzi) Daoism. Sima Tan mencipta istilah Daojia dalam ringkasan Shijinya mengenai enam falsafah jia ("aliran"). Aliran Taoist membolehkan unsur ketuhanan manusia ditumpukan dan disatukan, untuk bergerak bersama tanpa bentuk, dan memberikan bekalan yang cukup bagi pelbagai perkara. Bagi kaedahnya pula, ia menurut kecenderungan umum Semulajadi (Yinyang chia), memilih terbaik dari Confucians dan Mohists, dan menyerap pati Terminologists (Ming-chia) dan Legalists. Ia berubah menurut masa dan perubahan sebagai tindak balas kepada perkara; dan dalam adat sedia ada dan amalan ia sentiasa sesuai. Aliran umum ajarannya adalah mudah dan senang diamalkan, banyak yang dicapai dengan sedikit usaha. (tr. Roth 1991:605)

Dengan itu, Huang-Lao Daoism memasukkan konsep dari lima tradisi: Aliran Semulajadi, Confucianism, Mohism, Aliran Nama, dan falsafah Legalism. Roth (2004:8) menggambarkan tanda utama Huang-Lao: pemerintah patut menggunakan perubahan diri " sebagai teknik memerintah, dan penekanan pada koordinat politik dan aturan kosmik melalui pemerintah yang bijaksana, dan perpaduan social dan falsafah politik yang meminjam iden berkait dari Legalist dan aliran Confucian lebih awal sementara mengekalkan konteks Taoist kosmologi."


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Allen, Herbert J. (1906), Early Chinese history: Are the Chinese classics forged?, Society for promoting Christian knowledge.
  • Carrozza, Paola. (2002), "A Critical Review of the Principal Studies on the Four Manuscripts Preceding the B Version of the Mawangdui Laozi," B.C. Asian Review 13:49-69.
  • Chang, Leo S. and Yu Feng (1998), The Four Political Treatises of the Yellow Emperor, University of Hawaii Press.
  • Fu Zhengyuan (1993), Autocratic tradition and Chinese politics, Cambridge University Press.
  • Jan Yun-hua (1980), "Tao Yuan or Tao: The Origin," Journal of Chinese Philosophy 7:195-204.
  • Loewe, Michael (1994), "Huang Lao Thought and the Huainanzi", Journal of the Royal Asiatic Society of Great Britain & Ireland (Third Series), 4:377-395.
  • Loewe, Michael (1999), "The Heritage Left to the Empires," in The Cambridge History of China: Volume I: the Ch'in and Han Empires, 221 B.C. – A.D. 220, edited by Denis Twitchett and Michael Loewe, Cambridge University Press, 967-1032.
  • Major, John S. (1993), Heaven and Earth in Early Han Thought: Chapters Three, Four and Five of the Huainanzi, SUNY Press.
  • Peerenboom, Randall P. (1990), "Natural Law in the Huang-Lao Boshu", Philosophy East and West 40.3:309-329.
  • Peerenboom, Randall P. (1993), Law and Morality in Ancient China: The Silk Manuscripts of Huang-Lao, SUNY Press.
  • Richey, Jeffrey L. (2006), "Lost and Found Theories of Law in Early China," Journal of the Economic and Social History of the Orient 49/3: 329-343.
  • Roth, Harold D. (1991), "Psychology and Self-Cultivation in Early Taoistic Thought," Harvard Journal of Asiatic Studies, 51/2: 599-650.
  • Roth, Harold D. (1997), "Evidence for Stages of Meditation in Early Taoism," Bulletin of the School of Oriental and African Studies 60/2: 295-314.
  • Roth, Harold D. (2004), Original Tao: Inward Training (Nei-yeh) and the Foundations of Taoist Mysticism, Columbia University Press.
  • Ryden, Edmund (1997), The yellow emperor's four canons, a literary study and edition of the text from Mawangdui, Ricci Institute and Kuangchi Press.
  • Tang Lan 唐蘭 (1975), "Mawangdui chutu Laozi yiben juanqian guyishu de yanjiu (馬王堆出土《老子》乙本卷前古佚書的研究)," Kaogu xuebao (考古學報) 1:7–38. (Cina)
  • Tu Wei-ming (1979), "The 'Thought of Huang-Lao': A Reflection on the Lao tzu and Huang ti Texts in the Silk Manuscripts of Ma-wang-tui," Journal of Asian Studies 39:95-110.
  • Van Ess, Hans (1993) The Meaning of Huang-Lao in Shiji and Hanshu, Études chinoises XII.2.
  • Schwartz, Benjamin J. (1985), The World of Thought in Ancient China, Belknap Press.
  • Yates, Robin D.S. (1997), Five Lost Classics: Tao, Huang-lao, and Yin-yang in Han China, Ballantine Books.
  • Yates, Robin D.S. (2008), "Huang-Lao 黃老," in The Encyclopedia of Taoism, ed. by Fabrizio Pregadio, 508-510.
  • Yu Mingguang 余明光 (1993), Huangdi sijing jinzhu jinyi (黃帝四經今註今譯). Yuelu shushe (岳麓书社). (Cina)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Chinese philosophyKategori Dinasti Han