Hubungan Amerika Syarikat–Israel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hubungan Israel–Amerika Syarikat
Peta menunjukkan lokasi USA dengan Israel

Amerika Syarikat

Israel
Amerika Syarikat

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan pemerintahan
Amerika Syarikat



Negara lain · Atlas
 Portal Kerajaan A.S.


Hubungan dua hala Amerika Syarikat-Israel (Tulisan Jawi: هوبوڠن دوا هالا اميريك شريكت-إسرائيل) merupakan faktor penting dalam dasar Amerika Syarikat di Timur Tengah. Kongres Amerika Syarikat meletakkan keutamaan dalam hubungan dua hala yang erat dan saling tolong-menolong. Sokongan ketara ke atas Israel adalah pemberian bantuan luar yang sentiasa dipantau oleh Kongres selain daripada isu lain yang yang timbul dalam hubungan dua hala. Sikap mengambil berat Kongres ini telah mempengaruhi polisi pentadbiran dalam jangka masa lebih kurang 60 tahun sehingga ke hari ini.

Hubungan dua hala ini telah berkembang dari polisi bersimpati dengan nasib Yahudi dan sokongan untuk penubuhan satu negara Yahudi pada tahun 1948 ke satu perkongsian luar biasa yang menghubungkan negara kecil tetapi kuat dari segi ketenteraan iaitu Israel, kepada kebergantungan dengan Amerika Syarikat untuk kekuatan ekonomi dan ketenteraannya, pada masa yang sama kuasa besar seperti Amerika Syarikat untuk mengimbangi kepentingannya di rantau Timur Tengah. Sesetengah warga Amerika mempersoalkan komitmen yang diberikan kepada Israel, dan berhujah bahawa komitmen ini bertentangan dengan hubungan di antara A.S. dengan negara-negara Arab yang lain. Selebihnya pula berpendapat bahawa negara demokrasi Israel merupakan sekutu strategik dan hubungan dua hala, dengan Israel memperkuatkan pengaruh Amerika di Timur Tengah.[1] Israel merupakan salah satu daripada dua negara sekutu asal bukan dari gabungan NATO di Timur Tengah. Kini terdapat tujuh negara sekutu bukan NATO di Timur Tengah Besar.

Pengiktirafan awal Pergerakan Zionis[sunting | sunting sumber]

Kepercayaan Kristian mengenai kepulangan Yahudi ke Tanah Suci berakar umbi sejak sekian lama bermula lebih awal dari penubuhan Zionisme dan negara Israel. Deklarasi Balfour British pada tahun 1917 bukan sahaja membantu menaikkan lagi pergerakan Zionis tetapi memberikannya satu legitimasi. Kongres Amerika Syarikat meluluskan resolusi bersama pertama menyatakan sokongannya terhadap pendudukan Yahudi di Palestin pada 21 September 1922.[2] Pada hari yang sama, mandat untuk Palestin telah diluluskan oleh Majlis Liga Bangsa.

Woodrow Wilson bersimpati dengan nasib Yahudi di Eropah. Pada tahun 1919 beliau telah berkata bahawa polisi AS adalah untuk "membiarkan" Deklarasi Balfour dikuatkuasakan tetapi tidak akan menyokong Zionisme secara rasmi.[3] Polisi ini berlanjutan sehingga selepas Perang Dunia II.

Semasa peperangan, keputusan dasar luar AS sentiasa ad hoc berpandukan kepada keperluan peperangan. Pada Persidangan Biltmore bulan Mei 1942, pergerakan Zionis menuntut "Palestin dijadikan komanwel Yahudi".[4] [5]

Era selepas peperangan menyaksikan penglibatan penuh Amerika Syarikat dalam agenda politik dan ekonomi Timur Tengah, berlainan dengan sikapnya yang dingin sebelum peperangan. Di bawah pentadbiran Truman, Amerika Syarikat terpaksa berdepan dan menerangkan polisinya di ketiga-tiga sektor yang menyumbang ke arah kepentingan Amerika di rantau itu: iaitu ancaman Kesatuan Soviet, kelahiran negara Israel dan petroleum.” [6]

Pengiktirafan negara dan hubungan awal[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Mei 1948, Amerika Syarikat, di bawah Presiden Harry Truman, menjadi negara pertama di dunia mengiktiraf kewujudan negara Israel. Pada masa yang sama bekas presiden Amerika dengan dorongan kumpulan sivik, kesatuan pekerja, parti politik, dan ahli komuniti-komuniti Yahudi Amerika dan dunia, menyokong konsep yang dicanangkan dalam deklarasi Balfour oleh Britain pada tahun 1917 mengenai pendudukan Yahudi. Satu isu penting yang mengeruhkan kedudukan Palestin dalam kerajaan A.S. dan Britain adalah beberapa perjanjian yang dibuat oleh pemimpin Palestin dengan Jerman. Jerman didakwa telah berjanji untuk membebaskan Palestin dari belenggu British dan membantu mewujudkan negara berdaulat bagi mereka.[perlu rujukan].

Presiden Harry Truman berjumpa dengan Perdana Menteri Israel David Ben Gurion (kanan) dan Abba Eban (tengah) pada 8 Mei 1951.

Keputusan menyokong Israel ini masih dipertikai kerana dengan terdapat perbezaan antara Truman dan Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam mengendalikan situasi ini. Truman merupakan seorang penyokong pergerakan Zionis, manakala Setiausaha Negara George Marshall bimbang sokongan A.S. ke atas negara Yahudi akan menjejaskan hubungan dengan dunia Islam, menyekat laluan bekalan minyak di Timur Tengah dan menyebabkan ketidakstabilan rantau itu. Pada 12 Mei 1948, Marshall berkata kepada Truman yang dia akan menentang pihak lawan dalam pilihan raya akan datang sekiranya A.S. bertindak mengiktiraf Israel.1 Akhirnya, Truman telah mengistiharkan kewujudan negara Israel hanya 11 minit selepas Israel diisytiharkan. Pengiktirafan rasmi telah diberikan pada 31 Januari 1949.

Dalam situasi geopolitik yang berbeza, polisi A.S. bertujuan menyokong pembangunan negara-negara pengeluar minyak yang bersikap berkecuali dalam konflik Arab-Israel, dan menghalang pengaruh Soviet bertapak di Iran dan Turki. Penggubal dasar luar Amerika telah menggunakan bantuan luar untuk menyokong matlamat-matlamat ini pada tahun-tahun 1950-an dan 1960-an.

Pada tahun-tahun awal, Amerika Syarikat telah membekalkan jumlah bantuan yang sederhana (kebanyakannya dalam bentuk pinjaman) ke Israel, dan penyokong utama Israel ketika itu seperti Perancis membekalkan teknologi ketenteraan canggih. Sokongan ini adalah untuk menentang ancaman dari Mesir di bawah Presiden Gamal Abdel Nasser mengenai terusan Suez.

Semasa krisis Suez pada tahun 1956, A.S. yang bimbangkan sokongan Soviet kepada Mesir, memaksa gencatan senjata ke atas Britain, Perancis, dan Israel. Kemudian, Nasser telah mencadangkan hubungan yang lebih erat antara negaranya dengan Amerika Syarikat. Oleh sebab mahu menyebarkan pengaruhnya di rantau itu, dan mencegah Nasser dari bersekongkol dengan Blok Soviet, polisi A.S. pada masa itu adalah untuk menjauhkan dirinya daripada Israel. Pada awal tahun 1960-an, A.S. bukan sahaja menjual senjata canggih kepada Israel (peluru berpandu anti pesawat Hawk), tetapi juga kepada Mesir dan Jordan.

Dasar luar kerajaan A.S.[sunting | sunting sumber]

Pentadbiran Johnson (1963–1969)[sunting | sunting sumber]

Semasa pentadbiran Lyndon B. Johnson dasar luar A.S mula memihak sepenuhnya, tetapi tidak tanpa soal, pada Israel. Sebelum Perang Enam Hari pada tahun 1967, pentadbiran A.S. berusaha mengelak menunjukkan ia mempunyai ikatan ketenteraan dengan Israel.

Walaupun Pentadbiran A.S bersimpati dengan keperluan Israel untuk melindungi dirinya dalam perang tersebut, A.S. bimbang yang tindakan Israel akan melampaui batas dan berpotensi menyebabkan ketidakstabilan rantau Timur Tengah. Pengeboman Israel ke atas Jordan selepas Kejadian Samu turut membimbangkan A.S. disebabkan Jordan juga merupakan sekutu A.S. yang menerima dana sebanyak AS$500 juta.

Kebimbangan utama pentadbiran Johnson adalah sekiranya perang tercetus di rantau itu, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet juga akan terlibat. Perbincangan diplomatik dengan negara-negara di rantau itu dan dengan pihak Soviet, termasuk penggunaan Hotline pertama, tidak mampu mengelakkan peperangan. Apabila Israel melancarkan serangan awal terhadap kelengkapan tentera udara Mesir, Setiausaha Negara Dean Rusk amat kecewa kerana dia berpendapat bahawa penyelesaian diplomatik boleh dicapai.

Semasa peperangan, kapal perang dan pesawat udara Israel telah menyerang sebuah kapal risikan Tentera Laut Amerika Syarikat, iaitu USS Liberty di perairan antarabangsa, sekaligus membunuh 34 orang dan mencederakan 173. Insiden itu disifatkan sebagai satu kesilapan oleh Israel, tetapi telah disangkal oleh Setiausaha Pertahanan Clack Clifford, Pengarah CIA Richard Helms dan CNO Thomas Moorer.

Buat kali pertamanya, Amerika Syarikat gembira melihat suatu negara demokrasi iaitu Israel, berjaya melumpuhkan kuasa ketenteraan negara-negara Arab yang disokong oleh Kesatuan Soviet. Selepas peperangan itu, Washington mempunyai persepsi negara-negara Arab telah memilih untuk bersekongkol dengan Sovet. Dengan itu pada tahun 1968, dengan sokongan padu Kongres, Johnson telah meluluskan penjualan pesawat Phantom II ke Israel, dan bermulalah sokongan Amerika untuk peningkatan kemampuan kuasa ketenteraan Israel melebihi jiran-jirannya. Pada masa yang sama, A.S. masih terus membekalkan senjata ke Lubnan dan Arab Saudi, untuk mengimbangi penjualan senjata Soviet di rantau itu.

Pentadbiran Nixon dan Ford (1969–1974)[sunting | sunting sumber]

Rancangan Rogers 1970[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Jun 1970, Setiausaha Negara William P. Rogers mencadangkan Rancangan Rogers, yang memanggil untuk suatu gencatan senjata 90 hari dan zon bebas tentera pada kedua-dua belah terusan Suez. Ia merupakan suatu usaha untuk mencapai persetujuan dalam rangka Resolusi MKPBB 242, yang memanggil untuk pengunduran Israel dari kawasan-kawasan yang diduduki pada tahun 1967 dan pengiktirafan bersama kedaulatan dan kemerdekaan kedua-dua negara.[7] Pihak Mesir menyetujui rancangan Rogers akan tetapi rancangan ini gagal kerana ketiadaan sokongan dari Israel. Tiada perkara yang berlaku selepas Presiden Sadat dari Mesir pada tahun 1972 tiba-tiba membuang penasihat-penasihat Soviet dari negaranya dan menyatakan kesediaan beliau untuk berunding.[8]

Walaupun bimbang serangan dari Mesir dan Syria, Perdana Menteri Golda Meir membuat keputusan untuk tidak melakukan serangan pertama disebabkan bimbang akan memulaukan Amerika Syarikat yang mana diperlukan bagi Israel membekalkan semula ketenteraaannya. Syria dan Mesir kemudiaannya menyerang, dan memulakan Perang Yom Kippur.

Keputusan untuk tidak menyerang dahulu membuahkan hasil. Sekiranya Israel memulakan serangan, menurut Setiausaha Negara Henry Kissinger, mereka tidak mungkin menerima "walau paku pun". A.S. melakukan operasi strategik dari udara untuk menghantar senjata dan bekalan ke Israel yang kadangkala disebut sebagai "operasi yang menyelamatkan Israel."

Sekali lagi, A.S. dan pihak Soviet bimbang akan tertarik dalam konflik Timur Tengah. Selepas pihak Soviet mengugut akan campur tangan untuk membantu Mesir, A.S. meningkatkan Keadaan Pertahanan (DEFCON) dari empat ke tiga, peringkat tertinggi sewaktu ketiadaan perperangan. Pihak Soviet kemudian mengundurkan dirinya, dan Mesir menarik balik permintaannya untuk bantuan.

Selepas tentera Mesir tersekat di seberang terusan Suez, Kissinger kemudian menyedari bahawa situasi ini merupakan peluang terbaik A.S. kerana Mesir bergantung kepada A.S. untuk menghalang Israel daripada menghapuskan ketenteraannya, yang kini tiada akses ke makanan dan minuman. Keadaan ini bolehlah menjadi titik rundingan untuk membenarkan Amerika Syarikat memeditasikan pertikaian dan memaksa Mesir keluar dari pengaruh Soviet. Kemudiannya Amerika Syarikat memaksa Israel untuk tidak memusnahkan ketenteraan Mesir yang tersekat itu. Dalam satu panggilan telefon dengan duta Israel Simcha Dinitz, Kissinger memberitahu duta itu yang kemusnahan ketenteraan Mesir merupakan satu "pilihan yang tidak wujud".

Selepas perperangan, Kissinger memaksa Israel untuk memberikan tanah sebagai tukaran kepada perdamaian, dan sekaligus menyumbang ke arah fasa pertama perdamaian Israel-Mesir. Sokongan Amerika terhadap Israel menyumbang ke sekatan OPEC 1973 keatasnya, yang kemudian dimansuhkan pada bulan Mac 1974.

Pentadbiran Carter (1977–1981)[sunting | sunting sumber]

Tahun-tahun Jimmy Carter didefinasikan penglibatan aktif A.S. dalam proses rundingan damai Timur Tengah, dan sebagai akibat, menyebabkan sedikit sebanyak pergeseran dalam hubungan dua hala A.S.-Israel. Proses-proses di Kem David yang dimulai Carter dilihat oleh sesetengah pihak Israel sebagai memaksa rundingan damai dengan Mesir untuk berundur dan menyebabkan risiko demi perdamaian dengan Mesir. Sokongan Carter untuk tanah air Palestin dan untuk hak politik Palestin menyebabkan pergeseran dengan Israel. Sesetengah pula berpendapat bahawa teks terakhir persetujuan di Kem David adalah bukti kejayaan Menachem Begin dalam menghadkan keperluan Israel dalam berunding dengan pihak Palestin. [perlu rujukan]

Pentadbiran Reagan (1981–1989)[sunting | sunting sumber]

Penyokong-penyokong Israel menyuarakan kebimbangan mereka pada awal pentadbiran Ronald Reagan mengenai potensi permasalahan dalam hubungan Israel-Amerika Syarikat, sebahagiannya kerana beberapa pilihan wakilnya punyai hubungan atau perniagaan bersama dengan negara-negara Arab (Setiausaha-setiausaha Caspar Weinberger dan George P. Shultz, umpamanya, merupakan pegawai di Bechtel Corporation, yang mempunyai hubungan erat dengan dunia Arab, lihat lobi Arab di Amerika Syarikat.) Tetapi sokongan peribadi Reagan untuk Israel dan keserasian perspektifnya dengan Israel atas isu keganasan, kerjasama sekuriti, dan ancaman Soviet, membuahkan peningkatan dalam hubungan dua hala.

Pada tahun 1981, Weinberger dan Menteri Pertahanan Israel, Ariel Sharon menandatangani Persetujuan Kerjasama Strategik, menubuhkan rangka kerja untuk konsultasi dan kerjasama secara terus menerus untuk meningkatkan keselamatan dalam negeri kedua-dua negara. Pada bukan November 1983, kedua-dua belah pihak membentuk Kumpulan Bersama Ketenteraan Politik, yang bertemu dua kali setahun, untuk mengimplimentasiikan kebanyakan peruntukan persetujuan itu. Kerjasama ketenteraan udara dan laut bermula pada bulan Jun 1984, dan Amerika Syarikat telahpun membina fasiliti-fasiliti untuk menyimpan peralatan ketenteraan di Israel. Meskipun perang Lubnan 1982 melihat perbezaan ketara antara polisi-polisi Israel dan A.S., seperti penggunaan senjata pembekalan A.S. dalam perang itu dan penolakan oleh Israel terhadap cadangan perdamaian Reagan pada 1 September 1982, ia tidak sedikitpun mengubah pendirian Pentadbiran dalam sokongannya terhadap Israel dan penekanan yang diberikannya oleh Amerika Syarikat.

Hubungan erat A.S.-Israel terus bertambah keeratannya pada penggal kedua pentadbiran Reagan. Israel diberikan status "sekutu bukan NATO penting" pada tahun 1987 yang memberikan akses pada perkembagan sistem senjata Amerika dan peluang untuk mendapat tender dalam kontrak pertahanan A.S. Amerika Syarikat terus memberikan bantuan dana kepada Israel pada kadar AS$ 3 bilion setahun dan mengimplimentasikan perjanjian perdagangan bebas pada tahun 1985. Semenjak itu semua cukai dan duti kastam antara kedua-dua negara ini telah dihapuskan.

Pada tahun 1985 sokongan A.S. untuk rancangan penstabilan ekonomi Israel diberikan dalam bentuk gran $1.5 bilion untuk dua tahun dan nasihat pengeksportan ekonomi.

Pada bulan November 1985, Jonathan Pollard, pekerja perisikan laut A.S. dan isterinya didakwa menjual dokumen rahsia sulit pada Israel. Empat pegawai Israel juga didakwa atas tuduhan yang sama. Kerajaan Israel mendakwa bahawa insiden ini tidak rasmi. Pollard dihukum penjara seumur hidup dan isterinya pula disabitkan dengan dua penggal lima tahun berturut-turut. Orang Israel membantah bahawa Pollard telah diberikan hukuman yang keterlaluan, dan mendukung kesengsaraannya. Pollard diberikan kerakyatan Israel pada tahun 1996 dan pegawai Israel kadangkala membincangkan kesnya dengan pegawai A.S., walaupun tiada tindakan susulan timbul.

Penggal kedua Reagan berakhir dengan apa yang dikatakan oleh ramai orang Israel suatu yang tidak disukakan kerana Amerika Syarikat bertindak membuka dialog dengan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pada bulan Disember 1988. Tetapi, meskipun dialog itu berlangsung, dan kes perisikan Pollard tidak selesai, dan penolakan inisiatif perdamaian Shultz pada musim bunga 1988, pertubuhan-pertubuhan pro-Israel di Amerika menyifatkan Pentadbiran Reagan dan Kongres ke-100 Amerika Syarikat sebagai "yang paling pro-Israel setakat ini" dan memuji hubungan dua hala yang secara amnya baik.

Pentadbiran Bush Senior (1989–1993)[sunting | sunting sumber]

Setiausaha Negara James Baker memberitahu Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika-Israel (AIPAC, suatu lobi pro-Israel) pada 22 Mei 1989, yang Israel harus berhenti daripada terus mengamalkan polisi-polisi berkembangan wilayahnya, satu komen yang disifatkan sebagai era pro-Israel zaman pentadbiran Reagan telah berakhir. Presiden Bush senior menyebabkan kemarahan Israel apabila mengingatkan perjumpaan akhbar pada 3 Mac 1990 yang Baitulmaqdis Timur merupakan kawasan terjajah dan bukan sebahagian daripada wilayah Israel yang rasmi seperti yang didakwa oleh orang-orang Israel. Amerika Syarikat dan Israel tidak bersetuju atas penakrifan Israel terhadap rancangannya untuk mengadakan pilihanraya untuk deligasi perdamaian Palestin pada musim panas 1989 dan juga tidak bersepakat dalam keperluan menyasat insiden Baitulmaqdis pada 8 Oktober 1990 di mana polis Israel didapati membunuh 17 warga Palestin.

Dengan ancaman Iraq terhadap Israel yang didirikan oleh Perang Teluk, Bush Senior menekankan semula komitmen A.S. terhadap keselamatan Israel. Pergeseran Israel-A.S. kembali tenang selepas bermulanya perperangan pada 16 Januari 1991, apabila Israel diancam peluru berpandu Scud Iraq. Amerika Syarikat menekan Israel untuk tidak bertindak balas terhadap bedilan Iraq kerana ia dipercayai bahawa Iraq mahukan Israel terlibat dan memaksa Mesir dan Syria berhenti dari menyokong Amerika dalam perang Teluk dan bersama Iraq untuk menentang Israel. Israel tidak bertindak balas dan dipuji keranya tindakan terkawal itu.

Bush dan Baker terus instrumental dalam menyebabkan Persidangan Damai Madrid pada Oktober 1991 berjaya memaksa semua pihak untuk turut serta dalam perundingan damai selepas persidangan ini. Ia dilaporkan bahwa Pentadbiran Bush Senior tidak punyai hubungan erat dengan kerajaan Yitzhak Shamir di Israel. Hanya selepas Parti Buruh memenangi pilihan raya Israel barulah hubungan bertambah baik. Kerajaan pimpinan parti Buruh Israel menyetujui pemberhentian pembinaan pendudukan Yahudi di kawasan-kawasan jajahan Palestin pada 19 Julai, iaitu sesuatu yang tidak dipersetujui kerajaan pimpinan Shamir meskipun ia merupakan syarat untuk pemberian dana pinjaman dari Amerika Syarikat.

Pentadbiran Clinton (1993–2000)[sunting | sunting sumber]

Yitzhak Rabin, Bill Clinton, dan Yasser Arafat semasa Persetujuan Oslo pada 13 September 1993.

Israel dan PLO menukar surat saling mengiktiraf pada 10 September 1993 dan menandatangani Deklarasi Prinsip pada 13 September 1993. Presiden Bill Clinton mengumumkan pada 10 September yang Amerika Syarikat dan PLO akan mengadakan semula dialog mereka. Pada 26 Oktober 1994, presiden Clinton menyaksikan penandatanganan perjanjian damai Israel-Jordan dan Presiden Clinton, Presiden Mesir Mubarak, dan Sultan Hussein dari Jordan menyaksikan tandatangan di Rumah Putih berkait perjanjian sementara antara Israel dan Palestin pada 28 September 1995.

Presiden Clinton menghadiri pengebumian Perdana Menteri Israel yang dibunuh, Yitzhak Rabin di Baitulmaqdis pada bulan November 2005. Di lawatannya ke Israel pada bulan Mac 1996, Presiden Clinton menawarkan sebanyak AS$ 100 juta dalam bantuan untuk kegiatan anti-keganasan Israel, peruntukan AS$ 200 juta untuk sistem anti-peluru berpandu Arrow dan lebih kurang AS$ 50 juta untuk senjata anti-peluru berpandu laser. Presiden Clinton tidak bersetuju dengan tindakan Perdana Menteri Israel yang baru Benjamin Netanyahu untuk mengembangkan pendudukan Yahudi di kawasan-kawasan jajahan Tebing Barat, dan dilaporkan yang Clinton percaya bahawa Netanhayu menjadi penyebab masalah rundingan damai yang terpaksa ditundakan. Presiden Clinton menjemput rundingan diadakan di Pusat Persidangan Sungai Wye di Maryland, dengan berakhirnya tandatangan satu perjanjian pada 23 Oktober 1998. Pelaksanaan persetujuan Wye telah digantung oleh Israel pada Disember 1998 kerana Netanyahu mendakwa pihak Palestin mengugut akan mengistiharkan satu negara (negara Palestin bukan sebahagian persetujuan Wye). Pada bulan Januari 1999, persetujuan Wye telah ditunda sehingga pilihan raya Israel pada bulan Mei.

Ehud Barak dipilih sebagai Perdana Menteri Israel pada 17 Mei 1999 dan menang undi percaya kerajaannya pada 6 Julai 1999. Presiden Clinton dan Perdana Menteri Barak mengadakan hubungan yang lebih erat semasa perjumpaan empat hari antara 15 Julai dan 20 hari bulan yang sama berbanding hubungan sebelumnya dengan Netanyahu yang disifatkan keruh. Presiden Clinton menjadi perantara antara Barak dan Yasser Arafat di Rumah Putih, Oslo, Shepherdstown, Kem David dan Sharm al-Shaykh dalam usaha mencapai kedamaian sejagat.

Pentadbiran Bush Junior (2001–2009)[sunting | sunting sumber]

Ehud Olmert dan George W. Bush

Presiden George W. Bush dan Perdana Menteri Ariel Sharon berhubung secara baik pada perjumpaan-perjumpaan bulan Mac dan jun 2001 mereka. Pada bulan 4 Oktober 2001, Sharon menggertak Pentadbiran Bush sebagai meraih sokongan negara-negara Arab dan mengenepikan kepentingan Israel untuk sokongan perang terhadap anti-keganasan sebagai tukaran. Rumah Putih menyifatkan kata-kata demikian sebagai tidak bertanggungjawab. Dengan tidak meminta maaf kerana komen itu, Sharon menyatakan bahawa Amerika Syarikat tidak memahami beliau. Juga, Amerika Syarikat mengritik amalan Israel dalam membunuh rakyat Palestin yang kononnya terlibat dalam aktiviti keganasan, yang kepada orang Israel kelihatan tidak konsisten dengan polisi A.S. dalam memburu Osama bin Laden, "mati ataupun hidup".

Naib Presiden Amerika Syarikat Dick Cheney bertemu dengan Menteri Luar Israel Tzipi Livni di Rumah Putih.

Kesemua Pentadbiran A.S. telah membangkang tindakan Israel menduduki tanah-tanah Palestin sebagai menyusahkan kewujudan satu negara Palestin. Akan tetapi Presiden Bush menegaskan perlunya mengambil kira "realiti di akar umbi, termasuk kewujudan beberapa pusat populasi Israel," (iaitu pendudukan), mengatakan bahawa "ia tidak realistik untuk mendapat kembali keadaan seperti masa seperti gencatan senjata 1949 lalu." Beliau kemudian menekankan bahawa ia semuanya perlu dirundingkan antara kedua-dua belah pihak.

Pada masa keganasan, pegawai-pegawai A.S. telah menyeru Israel supaya pantas berundur dari kawasan-kawasan Palestin yang diambil semula pada ketika operasi-operasi keselamatan. Pentadbiran Bush telah menyifatkan yang resolusi-resolusi Majlis Keselamatan PBB "seimbang" dengan mengveto resolusi yang tidak memenuhi piawaian itu.

Setiausaha Negara Condoleezza Rice tidak menamakan Wakil Khas ke Timur Tengah dan menyatakan bahawa dia tidak akan terlibat dalam perundingan isu antara Israel dan Palestin. Dia menyatakan bahawa dia lebih suka kedua-dua pihak saling memberikan kerjasama, meskipun dia telah pergi ke rantau itu beberapa kali pada tahun 2005. Pentadbiran Bush menyokong tindakan Israel berundur dari Gaza sebagai satu cara kembali ke proses perdamaikan dan mengadakan penyelesaikan dua negara, Israel dan Palestin yang berjiran dalam keadaan aman dan selamat. Pengusiran penduduk Yahudi dari semenanjung Gaza dan empat pendudukan kecil di utara Tebing Barat selesai pada 23 Ogos 2005.

Presiden telah menghalang permintaan rahsia Israel untuk bom-bom letupan bunker untuk menyerang tempat kegiatan aktiviti nuklear Iran, menurut beberapa pegawai A.S. dan asing yang lain. Alasan yang diberikan adalah kerana dia telah membenarkan tindakan perisikan untuk menyabotaj tindak-tanduk Iran dalam mencapai senjata nuklear.

Pentadbiran Bush juga terkejut akan satu permintaan Israel untuk terbang merentasi Iraq untuk meletupkan Natanz, satu-satunya bandar Iran yang diketahui punyai kilang pengkayaan uranium. Rumah Putih menolak secara terus permintaan itu, akan tetapi disebabkan tekanan Israel yang melarat mereka terpaksa mendedahkan rancangan mereka untuk menyerang infrustruktur Iran, dan rancangan ini dijangka akan dilaksanakan semasa pentadbiran Barack Obama. [4]

Semasa konflik Israel-Lubnan 2006[sunting | sunting sumber]

Pembekalan Israel[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Julai, Kongres AS diberitahu mengenai satu potensi jualan minyak jet bernilai sebanyak AS$210 juta kepada Israel. Agensi Perhubungan Keselamatan Bersama George Bush mengatakan bahawa penjualan minyak JP-8, sekiranya tercapai, akan "membolehkan Israel terus menyelengara inventori kapal terbangnya bagi terus beroperasi." dan "minyak jet akan digunakan untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan dalam rantau itu."[9] Ia dilaporkan pada 24 Julai yang Amerika Syarikat sedang memberikan Israel bom-bom letupan pemusnah kubu untuk menyerang Hezbollah di Lubnan dan memusnahkan terusan-terusan mereka.[10]

Media Amerika juga mempersoalkan sama ada Israel telah melanggar satu perjanjian untuk tidak menggunakan bom-bom berangkai yang dibekalkan ke atas orang awam. Bukti yang terdapat pada konflik itu menunjukkan bom-bom yang disebutkan digunakan pada kawasan-kawasan awam, dan sesetengah partikel yang turun tidak meletup dan menyebabkan bahaya pada penduduk awam Lubnan. Israel sebagai membalas kenyataan-kenyataan ini menegaskan ia tidak sama sekali melanggar undang-undang antarabangsa.[11]

Menentang Gencatan Senjata Spontan Tanpa Syarat[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Julai, Majlis Keselamatan PBB menolak usul dari Lubnan untuk memangil gencatan senjata antara Israel dan Lubnan. Suratkhabar Israel Haaretz melaporkan bahawa A.S. merupakan satu-satunya ahli dari badan beranggota sebanyak 15 negara itu yang menentang sebarang tindakan diambil.[12]

Pada 19 Julai pentadbiran Bush menolak panggilan untuk satu gencatan senjata.[13] Setiausaha Negara Condoleezza Rice menyatakan bahawa untuk gencatan senjata perlulah beberapa syarat-syarat untuk dipatuhi.

John Bolton yang merupakan wakil A.S. ke PBB pada ketika itu juga menolak gencatan senjata, atas alasan tidak menyelesaikan masalah secara mendalam. Katanya "Pandangan yang anda boleh dengan hanya memaksa gencatan senjata seperti ia satu jalan penyelesaian, saya rasa itu terlalu simplistik."[14]

Pada 26 Julai, menteri-menteri luar dari Amerika Syarikat, Eropah, dan Timur Tengah berjumpa di Rome dan berazam untuk "berkerja segera dengan untuk mencapai gencatan senjata untuk menamatkan keganasan sekarang ini," meskipun A.S. terus menyokong kempen Israel semasa persidangan itu dan hasil perjumpaan tidaklah begitu memberangsangkan pada pemimpin-pemimpin Eropah dan Arab.[15]

Isu-isu terkini[sunting | sunting sumber]

Pemberian bantuan ketenteraan dan ekonomi Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Jadual 5. Bantuan A.S kepada Israel baru-baru ini. Bermula pada 2 Januari, 2008 laporan Perkhidmatan Penyelidikan Kongres kepada Kongres A.S yang bertajuk "Bantuan Luar A.S. kepada Israel." [16] Sila lihat laporan tahun-tahun sebelumnya, carta dan huraian terperinci geran dan pinjaman kewangan.

Sejak tahun 1970-an, Israel telah menjadi salah satu penerima teratas bantuan luar Amerika Syarikat.[17] Walaupun kebanyakkan adalah bantuan ketenteraan, pada masa lalu sebahagiannya dikhaskan untuk bantuan ekonomi. Pada 2004, penerima kedua teratas bagi bantuan ekonomi daripada Amerika Syarikat adalah Israel, iaitu selepas Iraq. Dari segi per kapita, nilai kepada Israel diletak pada kedudukan pertama.[18]

Pada 2007, Amerika Syarikat telah meningkatkan bantuan ketenteraan kepada Israel lebih daripada 25% kepada purata AS$3 bilion setahun bagi tempoh selama 10 tahun, dan menamatkan bantuan ekonomi.[19][20]

Pada 1998, para pegawai Israel, Kongres dan pentadbiran telah bersetuju untuk mengurangkan AS$1.2 bilion dalam Tabung Sokongan Ekonomi (TSE) kepada kosong untuk 10 tahun berikutnya, sementara pada masa yang sama meningkatkan Tabung Ketenteraan Luar (TKL) daripada AS$1.8 bilion kepada AS$2.4 bilion. Berasingan dari potongan berjadual, terdapat tambahan AS$200 juta bagi bantuan melawan keganasan, AS$1.2 bilion bagi melaksanakan perjanjian Wye, dan tambahan belanjawan bantuan bernilai AS$1 bilion untuk tabung ketenteraan luar bagi tahun kewangan 2003. Bagi tahun kewangan 2005, Israel menerima AS$2.202 bilion untuk TKL, AS$357 juta untuk TSE, dan bantuan penyelesaian imigran sebanyak AS$50 juta. Bagi tahun 2006, pihak pentadbiran telah memohon AS$240 juta untuk TSE dan AS$2.28 bilion untuk TKL. H.R. 3057, telah diluluskan oleh Kongres A.S pada 28 Jun, 2005, dan Senat A.S pada 20 Julai, telah meluluskan jumlah ini. Kongres dan Senat A.S juga telah menyokong AS$40 juta bagi bantuan penyelesaian imigran daripada negara bekas Kesatuan Soviet dan mengetahui rancangan Israel bagi membawa pulang Yahudi Habsyah yang masih tinggal ke Israel dalam masa tiga tahun.[perlu rujukan]

Akbar-akhbar Israel telah melaporkan bahawa Israel sedang memohon kira-kira AS$2.25 bilion bantuan khas dalam bentuk gabungan jaminan geran dan pinjaman selama empat tahun, dengan satu per tiga akan digunakan bagi menempatkan semula pangkalan-pangkalan tentera dari Semenanjung Gaza ke Israel dalam rancangan pengunduran daripada Genting Gaza dan selebihnya bagi membangunkan kawasan Negev dan Galilee, Israel dan untuk kegunaan lain-lain, tetapi bayaran bagi ganti rugi ke atas peneroka atau aspek-aspek awam ekoran tindakan pengunduran ini. Pasukan Israel telah melawat Washington bagi membentangkan unsur-unsur permohonan, dan perbincangan awal sedang berjalan. Tiada permohonan rasmi telah dibentangkan kepada Kongres A.S. Dalam meringankan beban kos yang dihadapi oleh Amerika Syarikat dalam Taufan Katrina, delegasi Israel yang bertujuan untuk membincangkan bantuan ini telah membatalkan perjalanan ke Washington.

Kongres telah menggubal peruntukan-peruntukan khas lain mengenai bantuan kepada Israel. Sejak 1980-an, TSE dan TKL telah disediakan sebagai satu geran pindahan wang tunai, bukan diberikan untuk projek-projek tertentu, dipindahkan secara sekaligus dalam bulan pertama bagi tahun kewangan, berbanding secara peningkatan berkala. Israel dibenarkan membelanjakan satu per empat daripada TKL untuk membeli peralatan dan perkhidmatan ketenteraan di Israel, termasuk penyelidikan dan pembangunan, selain daripada Amerika Syarikat. Akhirnya, bagi membantu Israel daripada kemerosotan ekonominya, A.S telah menyediakan AS$9 bilion dalam bentuk jaminan-jaminan pinjaman selama tiga tahun, penggunaan pendekatan ini dilanjutkan sehingga 2008. Setakat bulan Julai 2005, Israel tidak menggunakan AS$4.9 bilion jaminan-jaminan ini.

Washington menentang rundingan damai dengan Syria[sunting | sunting sumber]

Syria telah berulang-kali meminta Israel untuk menyambung semula rundingan damai dengan kerajaan Syria.[21] Perbahasan dalaman dalam kerajaan Israel masih berlanjutan berkenaan kesungguhan jemputan Syria untuk berunding. Beberapa pegawai Israel menyatakan terdapat beberapa perbincangan yang tidak diketahui rakyat telah diadakan tanpa mendapat kebenaran rasmi dari kerajaan Israel.[22][23][24]

Amerika Syarikat mendesak Israel berhenti dari mengadakan hubungan awal dengan Syria bagi menguji sama ada Damsyik bersungguh-sungguh mengumumkan keinginan mereka untuk mengadakan rundingan dengan Israel. Setiausaha Negara A.S. Condoleezza Rice telah bersungguh-sungguh dalam menyatakan pandangan Washington dalam perkara ini kepada pegawai-pegawai Israeli bahwa rundingan awal dengan Syria tidak akan diadakan. Selama beberapa tahun Israel telah mematuhi desakan Washington bagi menolak dari kembali ke meja rundingan secara rasmi.[25][26] Bagaimanapun sekitar Mei 2008, Israel telah memberitahu A.S. bahawa ia telah memulakan rundingan damai dengan Syria dengan ditaja oleh Turki.

Penjualan senjata ke China[sunting | sunting sumber]

Israel dan Amerika Syarikat juga telah lama membincangkan penjualan beberapa peralatan keselamatan dan teknologi sensitif kepada beberapa negara, seperti Republik Rakyat China. Pentadbiran A.S. juga percaya yang penjualan-penjualan sedemikian berpotensi mengundang masalah kepada tentera-tentera A.S. yang ditempatkan di Asia.

Pada tahun 2000, Amerika Syarikat telah memujuk Israel supaya tidak menjual Phalon, iaitu satu sistem amaran awal terbang yang canggih kepada China. Pada tahun 2005, Jabatan Pertahanan A.S. marah dengan persetujuan Israel untuk menaiktaraf kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) yang telah dijual oleh Israel kepada China pada tahun 1999. China telah menguji UAV ini dengan dengan menyeberangi Selat Taiwan pada tahun 2004. Jabatan Pertahanan A.S telah menggantung kerjasama teknologi dengan Tentera Udara Israel mengenai cadangan pesawat F-35 Lightning II disamping kerjasama-kerjasama yang lain, menggantung penghantaran peralatan ketenteraan, dan enggan untuk berkomunikasi dengan Pengarah Kementerian Pertahanan Israel, Jeneral Amos Yaron, yang dipercayai oleh pegawai-pegawai Pentagon mengadakan helah mengenai perjanjian Harpy. Mengikut kata seorang wartawan terkemuka Israel, Jabatan Pertahanan A.S. menuntut dibongkarkan lebih kurang 60 persetujuan Israel dengan China, dan pemeriksaan penyeliaan sistem keselamatan Israel dan memorandum persefahaman mengenai penjualan senjata untuk mencegah berlakunya masalah-masalah ini pada masa hadapan.

Kontrak dengan Venezuela[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Oktober 2005, laporan telah menyebut bahawa tekanan daripada Washington telah memaksa Israel mengantung kontrak besar dengan Venezuela bagi menaik taraf 22 buah jet pejuang F-16 buatan Amerika Syarikat. Kerajaan Israel telah meminta kebenaran dari A.S. bagi meneruskan perjanjian, akan tetapi tidak dibenarkan.[27]

Baitulmaqdis[sunting | sunting sumber]

Semenjak menawan Baitulmaqdis Timur pada Perang Enam Hari 1967, Israel telah berkeras menuntut Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya yang kekal abadi. Amerika Syarikat tidak bersetuju dengan pandangan ini dan percaya bahawa status Baitulmaqdis masih boleh dirunding. Ini berdasarkan pelan pembahagian wilayah Palestin 1947 PBB, yang memanggil kepada pengantarabangsaan Baitulmaqdis. Seruan ini diterima pada masa berkenaan oleh pemimpin-pemimpin gerakan Zionis dan ditolak oleh negara-negara Arab. Juga sebelum 1967, Baitulmaqdis terletak di sempadan yang dipertikaikan, dan kebanyakan negara yang mengiktiraf Israel meletakkan kedutaan mereka di Tel Aviv. Deklarasi Prinsip yang ditandatangan oleh Israel dan Palestin pada tahun 1993 juga mengatakan bahawa status bandar suci itu masih tertahluk kepada perundingan. Pentadbiran-pentadbiran A.S. telah mengkitiraf bahawa status Baitulmaqdis tidak selesai dengan menyimpan kedutaannya di Tel Aviv. Pada tahun 1995 pula, kedua-dua dewan Kongres A.S. mengundi supaya kedutaannya harus dipindahkan ke Baitulmaqdis; dan yang masih menghalang tindakan ini adalah keengganan Pentadbiran A.S. untuk menuntul penalti bagi ketidakpindahan ini. Perundangan A.S. telah mengiktiraf status Baitulmaqdis sebagai ibu negara buat beberapa perihal, dan keengganan Pentadbiran A.S. melakukan seperti yang Kongres kehendaki telah mengundang balasan dalam rang undang-undang Pengiktirafan Hubungan Luar, yang diluluskan di Dewan pada 20 Julai 2005.

Pandangan awam[sunting | sunting sumber]

Kippah dengan bendera-bendera Israel dan Amerika

Keputusan timbangan naik turun setiap tahun, meskipun kedua-dua pihak mendapat simpati yang bertambah semenjak 1998 dan mereka yang tidak ada kesukaan bilangannya telah turun. Peratusan tertinggi telah sentiasa konsisten menyokong Israel (Tinjauan Gallup). Serangan September 11 dan Perang Israel-Hezbollah 2006 menyaksikan peningkatan sokongan rakyat Amerika terhadap Israel, dan rata-rata rakyat Amerika menyalahkan Hezbollah atas sebab perperangan dan jumlah orang awam yang terkorban.[5] Diarkibkan 2010-02-06 di Wayback Machine Sokongan Israel memuncak pada Perang Teluk 1991, dan juga simpati terendah bagi pihak Palestin, yang kepemimpinannya menyokong Saddam Hussein.[6]

Menjelang Julai 2006, 44% rakyat Amerika berpendapat bahawa "Amerika Syarikat menyokong Israel dengan kadar yang betul," 11% berpendapat "terlalu sedikit", dan 38% berpendapat "terlalu banyak".[28][29][30][31][32][33] Sesetengah di Amerika Syarikat mempersoalkan bantuan dan komitmen yang diberikan kepada Israel, dan berhujah bahawa tindakan berat sebelah ini adalah bayaran yang mahal berbanding hubungan yang lebih baik dengan negara-negara Arab. Mereka yang lainnya pula menegaskan yang Israel sebagai negara demokrasi adalah satu sekutu yang membantu dan strategik, dan percaya bahawa hubungan A.S. dengan Israel mengetengahkan kepentingan A.S. di Timur Tengah.[34] Tinjauan Gallup Poll pada 2002-2006 yang menilai rakyat Amerika mengikut parti (Republikan/Demokrat) dan ideologi (konservatif/sederhana/liberal) mendapati bahawa meskipun sokongan terhadap Israel adalah paling ketara pada yang berhaluan paling kanan (Republikan konservatif), mereka yang terdapat di paling kiri (Demokrat liberal) juga mempunyai peratusan lebih tinggi yang bersimpati dengan Israel. Walaupun kadaran berbeza, setiap kumpulan ada majoriti yang menyokong Israel, diikuti oleh berkecuali, dan akhirnya yang menyokong Palestin.[7]. Tinjauan Gallup dari 1-4 Februari termasuk kemaskini tahunan mengenai kepentingan negara yang dinilai rakyat Amerika seluruh dunia, dan meminta rakyat Amerika memberikan sukatan kepada kepentingan kepada Amerika apa yang berlaku di negara-negara ini. Israel adalah satu negara yang paling disenangi dan dikatakan penting apa yang berlaku di sana kepada Amerika Syarikat.[8][9]

Pendapat Israel mengenai A.S. secara keseluruhannya baik sekali. Orang-orang Israel adalah penyokong kuat Amerika dari segi konsep demokrasi, cara melakukan perdagangan, muzik, filem dan televisyen; sains dan teknologi, penyebaran idea-idea Amerika dan lain-lain.[10]

Pendek kata, hubungan rakyat A.S. dengan Israel dan rakyat Israel dengan A.S. bagai aur dengan tebing.

Penghijrahan[sunting | sunting sumber]

Seperti Amerika Syarikat, Israel adalah negara pendatang. Israel menyambut pendudukan oleh Yahudi berfahaman Zionis. Zionisme adalah satu ideologi pendudukan Yahudi ke atas tanah Palestin. Pendatang-pendatang yang paling ramai adalah dari negara-negara Timur Tengah dan Eropah di mana Yahudi dicaci.

Amerika Syarikat memainkan peranan yang penting dalam membantu Yahudi menduduki tanah Palestin dalam masa yang singkat. Tidak lama selepas pengistiharan Israel, Presiden Truman menawarkan pinjaman sebanyak $135 untuk membantu Israel berhadapan dengan pendatang-pendatang Yahudi yang membanjiri Palestin. Dalam masa tiga tahun pertama penubuhan Israel, bilangan pendatang Yahudi negara ini telah melebihi penduduk asal.

Penghijrahan telah terus berlaku sepanjang sejarah Israel. Semenjak tahun 1989, Israel mendaftar masuk sebanyak satu juta orang Yahudi dari Kesatuan Soviet. Amerika Syarikat bekerjasama dengan Israel untuk membawa Yahudi dari negara-negara Arab, Habsyah dan Kesatuan Soviet ke Israel.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Hubungan ekonomi penting dijalankan antara A.S. dan Israel dengan termeterainya Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), iaitu FTA pertama yang pernah ditandatangani oleh Amerika Syarikat. Pada 20 tahun lamanya FTA membenarkan perdagangan dua hala yang berkembang pesat. Israel menjadi negara dagangan antara terbesar dengan A.S. di Timur Tengah dan eksport utama Israel adalah ke Amerika Syarikat. Ekonomi-ekonomi Israel dan Amerika berpandukan kebebasan pasaran, kompetitifan, sokongan liberalisasi perdagangan antarabangsa dan sistem pertukaran multilateral. Terdapat dialog yang sentiasa diadakan oleh kerajaan Israel dan Amerika Syarikat untuk mengeratkan lagi hubungan perdagangan yang penting ini.

Pertukaran korporat[sunting | sunting sumber]

Beberapa Dewan Perdagangan Amerika-Israel kawasan diwujudkan bagi membantu pengembangan syarikat-syarikat Amerika dan Israel menembusi pasaran satu sama lain.[perlu rujukan] Syarikat-syarikat seperti Motorola, IBM, Microsoft dan Intel telah memilih Israel bagi menubuhkan pusat-pusat Penyelidikan dan Pembangunan. Israel mempunyai lebih banyak syarikat yang tersenarai di NASDAQ berbanding mana-mana negara lain di Amerika Utara.

Perkongsian strategik[sunting | sunting sumber]

A.S dan Israel terlibat dalam kerjasama strategik, politikal dan ketenteraan yang luas. Antara bentuk kerjasama ini adalah bantuan, pengkongsian perisikan, latihan ketenteraan bersama dan komitmen bersama bagi mempertahankan pandangan terhadap demokrasi. Bantuan ketenteraan Amerika kepada Israel datang dalam bentuk-bentuk berbeza ia termasuk geran, peruntukan projek khas dan pinjaman. Kira-kira 75% daripada bantuan ini dibelanjakan di Amerika Syarikat, menyediakan pekerjaan bagi rakyat Amerika, menjana industri pertahanan dan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat.

Memorandum persefahaman[sunting | sunting sumber]

Untuk membincangkan ancaman keselamatan di Timur Tengah, termasuk pergerakan ketenteraan dan aktiviti kesediaan, kerjasama dalam perdangangan pertahanan dan akses ke fasiliti pembaikian dilakukan dengan tandatangan suatu Memorandum Persefahaman dan ini merupakan titik tolak kerjasama keselamatan dan koordinasi antara kerajaan Amerika dan Israel. Kerjasama komprehensif antara Israel dan Ameria Syarikat pada isu keselamatan menjadi rasmi pada tahun 1981 dengan tandatangan Menteri Pertahanan Israel Ariel Sharon dan Setiausaha Pertahanan Amerika Casper Weinberger menandatangani Memorandum Persefahaman yang mengiktiraf "persahabatan erat antara Amerika Syarikat dan Israel dan binaan-binaan pada perhubungan keselamatan bersama yang wujud antara kedua buah negara." Memorandum ini memanggi beberapa tindakan.

Sistem Peluru Berpandu Arrow[sunting | sunting sumber]

Satu aspek hubungan strategik A.S. - Israel adalah pembangunan bersama program peluru berpandu anti balistik Arrow. Direka bagi memintas dan memusnahkan peluru berpandu yang balistik, Arrow merupakan sistem pertahanan peluru berpandu paling maju di dunia. Pembangunan itu dibiayai oleh kedua-dua Israel dan Amerika Syarikat. Arrow bukan sahaja melindungi Israel, ia telah juga menyediakan A.S, penyelidikan dan pengalaman yang perlu bagi membangunkan sistem persenjataan pertahanan tambahan.

Menentang keganasan[sunting | sunting sumber]

Pada April 1996, Presiden Bill Clinton dan Perdana Menteri Simon Peres telah menandatangani Perjanjian Melawan Keganasan A.S-Israel. Kedua negara ini bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam berkongsi maklumat, latihan, pentiasatan, penyelidikan dan pembangunan serta membuat polisi.

Keselamatan dalam negeri[sunting | sunting sumber]

Pada peringkat persekutuan, negeri dan tempatan terdapat kerjasama erat Amerika Syarikat dan Israel berkenaan Keselamatan Dalam Negeri. Israel adalah antara negara-negara pertama yang berkerjasana dengan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri A.S. dalam membuat inisiatif baru untuk mengembangkan keselamatan dalam negeri. Dalam rangka kerja ini, terdapat banyak bidang kerjasama, termasuk kesediaan dan perlindungan permusafiran dan perdagangan. Pegawai-pegawai penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan dalam negeri Amerika dan Israel lazimnya berjumpa di dua-dua negara untuk teknik menentang keganasan dan idea-idea baru mengenai perisikan dan pencegahan ancaman.

Pada Disember 2005, Amerika Syarikat dan Israel menandatangani perjanjian untuk memulakan tindakan mendapat tahu perihal penyeludupan nuklear dan bahan-bahan radioaktif lain dengan memasang peralatan khas di Haifa, perlabuhan Israel yang paling maju aktivitinya. Percubaan ini adalah sebahagian daripada program ketidakproliferasi A.S. Pentadbiran Keselamatan Nuklear Nasional Jabatan Tenaga A.S. yang berkerjasama dengan rakan-rakan asingnya untuk mengenalpasti, mencegah dan mengetahui aktiviti penyeludupan dalam bahan-bahan radioaktif dan nuklear.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Israeli-United States Relations (Adapted from a report by Clyde R. Mark, Congressional Research Service, Updated 17 October 2002) [1] Diarkibkan 2002-11-04 di Wayback Machine
  2. ^ Rubenberg, Cheryl (1986). Israel and the American National Interest: A Critical Examination. University of Illinois Press. m/s. 27. ISBN 0-252-06074-1.
  3. ^ Walworth (1986) 473-83, esp. p. 481; Melvin I. Urofsky, American Zionism from Herzl to the Holocaust, (1995) ch. 6; Frank W. Brecher, Reluctant Ally: United States Foreign Policy toward the Jews from Wilson to Roosevelt. (1991) ch 1-4.
  4. ^ American Jewish Year Book Vol. 45 (1943-1944) Pro-Palestine and Zionist Activities, ms 206-214
  5. ^ Michael Oren, Power, Faith and Fantasy, Decision at Biltmore, ms 442-445

    Dalam persidangan di ruang makan Hotel Biltmore di New York pada bulan Mei 1942, perwakilan Zionis meluluskan pelan lapan isi yang pada kali pertamanya, memanggil supaya ditubuhkan satu "Komanwel Yahudi di struktur dunia baru demokratik." Ini sekaligus melenyapkan cadangan pendudukan Yahudi di Palestin secara kelompok berautonomi dalam satu negara Arab. Juga, lenyaplah tanggapan yang nasib Palestin ditentukan oleh London. Perwakilan bersetuju bahawa Amerika Syarikatlah penentu sama ada kedaulatan Yahudi mampu dicapai. Dengan itu pergerakan Zionis akan berusaha ke arah kemerdekaan Yahudi di tanah Palestin, dalam negara yang punyai sempadan, institusi republik, dan dengan ketenteraan sendiri, yang akan dibentuk dengan sokongan Amerika.

  6. ^ Lenczowski, George (1990). American Presidents and the Middle East. Duke University Press. m/s. 6. ISBN 0-8223-0972-6.
  7. ^ “The Ceasefire/Standstill Proposal” 19 June 1970, http://domino.un.org/UNISPAL.nsf/db942872b9eae454852560f6005a76fb/3e33d676ae43229b85256e60007086fd!OpenDocument Diarkibkan 2009-02-10 di Wayback Machine last visited 2007/6/11
  8. ^ “The Camp David Accords: A Case of International Bargaining” Shibley Telhami, Columbia International Affaris Online, http://www.ciaonet.org/casestudy/tes01/index.html, last visited 2007/6/11
  9. ^ Defense Security Cooperation Agency news release 14 July 2006, Transmittal No. 06-40, [2] Diarkibkan 2009-03-27 di Wayback Machine
  10. ^ Israel to get U.S. "bunker buster" bombs - report, Reuters, 24 Julai 2006
  11. ^ US probes Israel cluster bomb use, BBC NEWS
  12. ^ "Headlines for July 17, 2006". Democracy Now!.
  13. ^ "Headlines for July 19, 2006". Democracy Now!. 19 July 2006.
  14. ^ "Headlines for July 20, 2006". Democracy Now!.
  15. ^ "Rome talks yield no plan to end Lebanon fighting". Reuters. 2006-07-26. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-07-10. Dicapai pada 2009-01-18. Check date values in: |date= (bantuan)
  16. ^ U.S. Foreign Aid to Israel. Congressional Research Service report for Congress. Jan 2, 2008. By Jeremy M. Sharp.
  17. ^ U.S. Military Assistance and Arms Transfers to Israel Diarkibkan 2006-08-14 di Wayback Machine, World Policy Institute.
  18. ^ Tarnoff, Curt; Nowels, Larry (2004), Foreign Aid: An Introductory Overview of U.S. Programs and Policy (PDF), State Department, m/s. 12–13, 98-916, dicapai pada 2008-03-04
  19. ^ Forbes (29 Julai 2007).[3]"Israeli PM announces 30 billion US dollar US defence aid". Dicapai 3 Ogos 2007.
  20. ^ New York Times, 17 Ogos 2007 "US and Israel sign Military deal". Dicapai 17 Ogos 2007.
  21. ^ The Times (UK), 20 Disember 2006, http://www.timesonline.co.uk/tol/comment/columnists/guest_contributors/article758520.ece, dicapai 26 Februari 2007
  22. ^ "Syrians and Israelis 'held talks'," BBC, 1/16/07
  23. ^ "Syrian, Israeli backdoor talks now emerging," Christian Science Monitor, 1/18/07
  24. ^ "Why can't they just make peace?," Economist, 1/18/07
  25. ^ Haaretz, 24 Februari 2007, https://web.archive.org/web/20070225075317/http://www.haaretz.com/hasen/spages/829441.html dicapai 26 Februari 2007
  26. ^ The Times (UK), 20 Disember 2006, http://www.timesonline.co.uk/tol/comment/columnists/guest_contributors/article758520.ece dicapai 26 Februari 2007
  27. ^ "DefenseNews.com - U.S. Forced Israel to Freeze Venezuelan F-16 Contract: Ministry - 10/21/05 10:01". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-24. Dicapai pada 2009-01-18.
  28. ^ PollingReport compilation
  29. ^ CBS NEWS POLL: FIGHTING IN THE MIDDLE EAST
  30. ^ "Thoughts on aid". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-24. Dicapai pada 2009-01-18.
  31. ^ ZOA poll shows support for Israel in US[pautan mati kekal]
  32. ^ UPI Poll: Israel's barrier finds support
  33. ^ New Poll Shows Strong and Stable U.S. Support for Israel in Third Week of Conflict with Iran-Backed Hezbollah
  34. ^ Israel, the Palestinians....

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Hubungan luar negeri Amerika Syarikat