Hubungan Australia–Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hubungan Indonesia - Australia)
Hubungan Australia–Indonesia
Peta menunjukkan lokasi Australia dengan Indonesia

Australia

Indonesia

Hubungan Indonesia - Australia sentiasa turun naik. Negara Australia merasakan Australia sebagai sebuah negara Barat di Timur. Sebagai sebuah negara maju dan besar, Australia bertindak seperti 'syerif' selepas Amerika Syarikat.

Kepulauan Indonesia mempunyai 230 juta penduduk majoriti Islam sedangkan Australia mempunyai 22 juta penduduk sahaja, majoritinya Kristian. Kedua-dua negara dipisahkan laut sekitar beberapa kilometer sahaja. Menteri Luar Australia, Stephen Smith menyifatkan hubungan diplomasi semakin erat di bawah Susilo. Pada 2008-09, Indonesia merupakan penerima terbesar bantuan Australian sebanyak AUD462 juta.[1]

Balibo Five[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Mei 2007 Sutiyoso, Gabenor Jakarta telah ditahan oleh polis New South Wales di bilik hotelnya berhubung kes pembunuhan 5 wartawan Australia di Balibo ,Timor Timur pada 1975 . Dua pegawai polis iaitu sarjan Steve Thomas dan detektif Scrzvens menyerbu bilik Hotel Shangri-La di Sydney. Insiden memalukan ini menyebabkan Sutoyoso menuntut kerajaan Autralia memohon maaf. Pada 31 Mei 2007, Duta Besar Australia ke Indonesia, Bill Farmer telah menyampaikan surat permohonan maaf.

Pengedaran dadah[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Mei 2005, ratu cantik Schapelle Corby telah dihukum kerana penyeludupan dadah di pulau mistik, Bali. Dia ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali untuk bercuti. Sejumlah 4.2 kg ganja ditemui dalam begnya.

Pengeboman Bali 2002[sunting | sunting sumber]

Seramai 88 rakyat Australia terbunuh angkara pengganas di Bali. Kemudian 3 rakyat Australia terbunuh dalam letupan bom di sebuah hotel di Jakarta pada 2009. Serangan bom kereta ke atas kedutaan Australia di Jakarta pada 2004 membunuh 9 orang.[2]

Susilo melawat Australia[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Mac 2010, Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono melawat Melbourne ,Australia.Perdana Menteri Australia Kevin Rudd menjemput beliau berucap di Parlimen Australia, sebagai bukti Indonesia adalah sahabat Australia. Susilo juga akan bertemu ahli-ahli perniagaan Australia di Sydney. Kunjungan ini merupakan kunjungan pertam kali presiden Indonesia ke negara kanggaru itu. Karpet merah turut diberikan oleh Gabenor Jeneral, Quentin Bryce. Susilo akan diberi anugerah tertinggi berhubung kerjasama selepas Pengeboman Bali 2002

Australia Associated Press melaporkan isu utama ialah membanteras keganasan dan penyeludupan manusia yang menjadikan Australia sebagai destinasi migrasi dari Afghanistan, Pakistan, Myanmar dan lain-lain. Australia berharap tiga rakyatnya yang dihukum mati di Indonesia kerana kesalahan dadah diampunkan.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]