Hubungan Malaysia–Sudan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hubungan Malaysia-Sudan)
Bendera Malaysia
Bendera Malaysia
Bendera Sudan
Bendera Sudan

Hubungan Malaysia-Sudan agak erat kerana kedua-dua negara ini berteraskan Islam. Negara Sudan terletak di tengah benua Afrika, sementara Malaysia terletak di Asia Tenggara.

Bantuan Malaysia di Darfur[sunting | sunting sumber]

Wilayah Darfur berlaku pertempuran dan peperangan sesama umat Islam tetapi berlainan etnik sejak 2003. Media Barat menuduh kerajaan Sudan menyokong tentera Jenjaweed yang berketurunan Arab. Sementara penduduk Asli Darfur terpaksa hidup dalam kem-kem yang sesak.

Dalam Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2007, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berbincang dengan Presiden Sudan Omar Hasan Ahmad al-Bashir berhubung krisis di Darfur. Malaysia diharap dapat membantu pelarian dalam negara (IPD), termasuk usaha menyediakan tempat-tempat perlindungan, sekolah-sekolah, dan telaga, untuk menggalakkan mereka kembali ke kampung halaman yang mereka tinggalkan semasa ia bergelumang dengan keganasan.

Pada 17 April 2007, Abdullah Ahmad Badawi sendiri singgah di Darfur bagi meninjau situasi dan kondisi semasa.Ini selaras dengan peranannya sebagai pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Bagi Abdullah, keadaan di Darfur tidaklah seteruk gambaran media Barat. Penduduk berhijrah ke Darfur kerana mencari penghidupan yang lebih baik. Makanan dan kemudahan asas amat kurang. Tiada peluang pendidikan, sekolah dan hospital. Sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke atas Sudan hanya akan membawa kesan buruk dan menambahkan lagi penderitaan rakyatnya.[1]

Malaysia melantik wakil khas Malaysia ke Sudan iaitu Datuk Syed Ariff Fadzillah pada 2007. Syed Ariff ke Darfur pada Ogos 2007 untuk mengakses keadaan di sana sebelum Malaysia menawarkan diri untuk menghantar pasukan pengaman di bawah panji PBB - UNAMID. Antara bantuan yang disalurkan ialah bidang pertanian dan industri. Sudan meminta bantuan Malaysia dalam pembinaan semula Darfur agar pelarian di Darfur dapat pulang ke kediaman masing-masing. Antaranya bantuan makanan, air, pendidikan bagi kanak-kanak mereka.[2]

Pada 27 Mac 2009, Malaysia menyebelahi kerajaan Sudan terhadap tindakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap ke atas Presiden Omar Hasan Ahmad al-Bashir atas dakwaan melakukan pembersihan etnik penduduk Darfur. Wisma Putra mengutuskan surat sokongan kepada Duta Sudan ke Malaysia Nadir Yousif Eltayeb. Malaysia mahu konflik diselesaikan di bawah naungan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Pada 4 Mac 2009,ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Bashir. Tetapi presiden Sudan itu telah melakukan lawatan ke Eritrea, Mesir dan Libya yang membawa mesej bahawa beliau tidak akan tunduk kepada tekanan dari ICC. Sudan tidak tertakluk kepada ICC yang berpangkalan di Hague dan negara itu tidak mengikitiraf bidang kuasa badan antarabangsa itu.[3]

Tabung Dapur untuk Darfur[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Februari 2008, kutipan Tabung Dapur untuk Darfur bagi membantu lebih dua juta pelarian berjaya mengutip RM1.2 juta. Lebih 200,000 penduduk Darfur terkorban. Kutipan ini anjuran Dewan Pemuda Masjid Malaysia dan TV3.[4]

Mercy Malaysia[sunting | sunting sumber]

Mercy Malaysia memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan di Darfur. 10 warga Sudan dari Darfur sedang mengikuti latihan dalam pembinaan kapasiti yang relevan di Malaysia selama enam bulan sejak Januari 2009.

Pembabitan Petronas[sunting | sunting sumber]

Petronas menyiapkan loji penapis yang mampu mengeluarkan 150,000 tong minyak sehari di Pelabuhan Sudan, yang mempunyai keupayaan khas menapis Dar Blend berasid menjelang tahun 2010.Akta Pelaburan Sudan memberikan pelabur asing dan tempatan layanan yang saksama. Petronas juga memberi bantuan persekolahan dan pelajaran.[5]

Pada 9 Jun 2008, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican mengumumkan penangguhan projek loji penapis minyaknya di Sudan disebabkan kos yang meningkat.[6]

Pelaburan Proton[sunting | sunting sumber]

Sudan melaksanakan dasar pasaran terbuka. Jadi Proton meneroka pasaran automotif di Sudan, bersama dengan lain-lain pembuat kereta. Proton menimbangkan kemungkinan menubuhkan kilang unit komponen terurai (CKD) di Mesir tahun depan, sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menembusi pasaran Afrika.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]