Hubungan Malaysia - Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hubungan Indonesia–Malaysia
Peta menunjukkan lokasi Indonesia dan Malaysia

Indonesia

Malaysia

Hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia telah wujud ribuan tahun lalu kerana Malaysia terletak berdekatan dan mempunyai sempadan yang sama. Penduduk Indonesia berhijrah ke Malaysia, Singapura dan Brunei membentuk penduduk utama negara-negara ini . Ada yang menyalahkan teori penghijrahan penduduk dari Yunan, China ke selatan dan terdapat theori sebaliknya yang mendakwa bahawa penduduk berhijrah dari selatan ke utara, tetapi tidak dapat menjelaskan dari mana datangnya penduduk, memandangkan bahagian selatan adalah laut. Ada juga pendapat mengatakan bahawa tidak mungkin penghijrahan penduduk bermula dari kawasan kepulauan ke tanah besar bahawa mengikut logik geografi Nusantara, semestinya penghijrah awal tiba ke Tanah Melayu sebelum ke kepulauan Indonesia. Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia dari rumpun bahasa yang sama iaitu Austronesia. Persamaan ini meliputi budaya, adat-resam , seni bina bangunan , agama dan lain-lain yang hampir sama.

Melayu Raya[sunting | sunting sumber]

Konsep 'Melayu Raya' atau 'Nusantara' telah wujud pada zaman Srivijaya dan Majapahit lagi. Kerajaan Srivijaya yang terletak di Palembang, Sumatera telah menguasai sebahagian Tanah Melayu. Kerajaan Majapahit yang terletak di pulau Jawa juga pernah menguasai wilayah yang sama. Kesultanan Melayu Melaka dari 1402-1511 juga pernah menguasai Tanah Melayu dan menjangkau ke pantai Sumatera.

Konsep Kepulauan Melayu telah wujud sejak zaman-berzaman. Selain itu istilah Nusantara merujuk kepada wilayah yang sama. Kepulauan Melayu lebih merujuk kepada persamaan budaya dan geografi yang meliputi Indonesia, selatan Filipina, Brunei, Malaysia dan Singapura.

Beberapa pemimpin di Tanah Melayu seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam dan Ishak Mohamad memang mahu bergabung dengan Indonesia bagi mendapatkan kemerdekaan segera sebagaimana India pada tahun 1945. Rundingan telah dijalankan antara Sukarno dengan Ibrahim Yaakob dan lain-lain agar negara 'Melayu raya' atau 'Indonesia raya' ditubuhkan dan kemerdekaan diumumkan serentak pada 1945 itu. Tetapi disebabkan pemimpin tersebut tidak mempunyai pengaruh dengan para Sultan yang memerintah Tanah Melayu, rancangan tersebut terbiar begitu sahaja. Indonesia pula mengambil peluang mengistiharkan kemerdekaan sebelum pihak Belanda sempat kembali mengukuhkan kedudukan mereka, di bawah pimpinan Sukarno yang karismatik.

Kerjasama bahasa dan budaya[sunting | sunting sumber]

Seboleh mungkin bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia mahu dirapatkan. Tatabahasa tidak disenangi oleh media Malaysia seperti istilah untuk pelacur, Koran, Allah, Injil dan lain-lain. Nampaknya tatabahasa Indonesia lebih bebas dan tidak mengambilkira sensitiviti umat Islamnya. Singkatan banyak digunakan oleh pakar bahasa Indonesia seperti Menlu, Jatim, Jateng dan lain-lain.

Pakar bahasa dari Dewan Bahasa dan Pustaka, UKM dan UM seperti Profesor Asmah Haji Omar dan Profesor Awang Had Salleh mahu menggunakan sistem bahasa yang keMalayuan. Dato Seri Anwar Ibrahim semasa menjadi Menteri Pendidikan Malaysia memperkenalkan sebutan baku yang diperkenalkan di sekolah-sekolah. Tetapi Menteri Penerangan Malaysia, Dato Mohamed bin Rahmat yang berketurunan Jawa dan berasal dari Kulai, Johor tidak senada dengan TV3. Jadi ada semacam konfrontasi antara RTM1 dengan TV3, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia dan sistem peperiksaan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah.

Sistem pendidikan Malaysia melalui Penyata Razak memperkenalkan novel Atheis dan Keluarga Gerilya bagi buku teks sastera tingkatan lima di Malaysia. Semua itu berjalan dengan harmonis tanpa sebarang sindiran dan ejekan dari rakyat Indonesia. Apabila Anugerah Sasterawan Negara diperkenalkan di Malaysia, ramai yang mahu novel Salina karya A Samad Said diangkat sebagai teks di sekolah menengah. Pihak lain pula mahu novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad menjadi teks kajian sastera.

Pada mulanya buku-buku agama, falsafah dan lain-lain dari Indonesia mudah dipasarkan ke Malaysia . Contohnya buku Al Quran dan Terjemahan terbitan Kementerian Agama Indonesia damn buku-buku Profesor Hamka amat disenangi di Malaysia. Bagaimanapun apabila bahasa Indonesia semakin berbeza dengan nahu bahasa Melayu dan buku Islamnya mengandungi unsur Kristian mendorong kepada pengurangan yang beransur-ansur terhadap permintaan kepada buku-buku dari Indonesia. Contohnya buku Alkitab yang berbahasa Indonesia banyak beredar di kalangan masyarakat Kadazan, Sabah. Sungguhpun begitu buku-buku agama Islam dari Indonesia masih mudah didapati dikedai-kedai di jalan Tengku Abdul Rahman.

Pendatang Tanpa Izin[sunting | sunting sumber]

Sejak zaman Tun Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, isu kehadiran Tenaga Kerja Indonesia (TKI) cuba diselesaikan, dipercepatkan, disalurkan mengikut agensi tertentu, dihadkan dan lain-lain mengikut keperluan semasa.

Pada 12 Jun 2008 , terdapat 24,000 pendatang dari Acheh, Indonesia bekerja di Malaysia akibat tsunami 26 Disember 2004. Tan Sri Da`i Bachtiar selaku Duta Indonesia ke Malaysia tidak berupaya lagi merayu agar mereka diterima buat sementara dengan 'kad tsunami'. Kini lebih selamat dan menerima bantuan dari Jakarta setelah Acheh mendapat status autonomi. Konflik ketenteraan tidak berlaku di sana lagi. Pada 2005 terdapat 32,000 keturunan Acheh di Malaysia.Mereka dibenarkan tinggal bekerja selama 2 tahun sahaja dan tamat 2007. Jumlah PATI dari Indonesia ialah 1.2 juta dengan 50,000 dari Acheh.[1]

Pemetaan dan batu sempadan[sunting | sunting sumber]

Sebuah lapangan helikopter (helipad) dibina di Tanjung Lokang, Kalimantan Barat , 7 km dari sempadan Malaysia-Indonesia bagi meningkatkan kerjasama persempadanan antara kedua-dua negara. Helipad ini telah dibina di no. U0921 Kapit, Sarawak . Ia terletak pada koordinat 0127.05N 11358.31E, menggunakan Peta Ulu Lengai no. PY407599. Kerjasama persempadanan ini untuk membaiki atau memperbetulkan kerosakan batu sempadan pada April 2007. Kerja-kerja menanda batu sempadan ini melibatkan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Angkatan Tentera Indonesia VI/TPR dan lain-lain agensi berkaitan. [2]

Mesyuarat EPG[sunting | sunting sumber]

Mesyuarat Kumpulan Tokoh-Tokoh Terkemuka Malaysia-Indonesia kali ke-2 (Eminent Persons Group) diadakan di Kuala Lumpur .Mesyuarat pertama di diadakan pada Ogos 2008 di Jakarta. Pada 11 Januari 2008 di Putrajaya ,EPG ditubuhkan secara rasmi oleh Presiden Indonesia , Susilo Bambang Yudhoyono bersama Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi terdiri dari 7 dari Malaysia dan 7 dari Indonesia . EPG ditubuhkan sempena 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia.

Tujuannya untuk membincangkan aktiviti dua hala bagi menentukan hala tuju dan memperkukuh hubungan dua hala.[3] Antara tumpuan masalah yang dikemukakan oleh Dr Rais Yatim ialah kes lagu Rasa Sayang, kes Tarian Barongan atau kes Reog Ponorogo. Selain itu merapatkan hubungan dan perspektif berkaitan sejarah, budaya, pertubuhan mahasiswa antara kedua-dua negara.

Mesyuarat pertama diadakan pada 29-30 Ogos 2008 di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. [4]

Delegasi Indonesia terdiri daripada bekas naib presiden Try Sutrisno (pengerusi) Ali Alatas (bekas menteri luar), Quraish Shihab (bekas menteri agama), Des Alwi Abubakar (sejarawan), Musni Umar (professor di Universiti Indonesia), Maria Purenti Sri Suniarti (profesor di Universiti Indonesia), Wahyuni Bahar (Kamar Dagang Indonesia-KADIN).

Sementara EPG-Malaysia diketuai oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam , Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin (bekas panglima TDM), Dr Khoo Kay Kim (sejarawan), Tan Sri Abdul Halim Ali (bekas setiausaha negara), Tan Sri Amar Dr. Haji Hamid Bugo (bekas setiausaha Kerajaan Negeri Serawak), Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas (ketua pengarah IKIM) dan Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan (bekas Ketua Menteri Sabah).[5]

[6]

Era Najib Tun Razak[sunting | sunting sumber]

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan lawatan rasmi ke Indonesia pada 23 April 2009. Kerjasama ekonomi akan dipertingkatkan setelah berunding dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.Syarikat penerbangan MAS, AirAsia dan Firefly akan mengenalpasti lokasi perdaratan terbaru. Petronas dipelawa melakukan carigali gas asli di Pulau Natuna, di tengah Laut China Selatan.Pekilang Malaysia akan membuka banyak kilang memproses minyak kelapa sawit di Indonesia. 90 % minyak kelapa sawit dunia dieksport dari Malaysia dan Indonesia.Perancangan strategik dilakukan bagi menentukan paras stok minyak sawit, peningkatan R&D dan program tanaman semula. Malaysia akan membeli beras dan jagung kerana Indonesia mempunyai lebihan pengeluaran. Tentera Malaysia dan Indonesia akan lebih mengawal kawasan perairan terutama Selat Melaka bagi mengelak aktiviti lanun seperti di Somalia.[7]

Bersama menangani keganasan[sunting | sunting sumber]

Rakyat Malaysia cukup terkilan kerana beberapa rakyatnya terlibat dengan keganasan di Indonesia. Dasar Belanda hendak mengkristian penduduk Indonesia masih berjalan selepas merdeka seperti di Ambon. Dr Azahari Husin dan Noordin Mohd Top dikatakan menjadi dalang serangan di Bali, Jakarta , Sulawesi dan lain-lain. Dikatakan banyak sekali gereja kecil dibina di kawasan pedalaman. Beberapa wanita terkenal Indonesia menggunakan nama 'Christine' dan lain-lain yang tidak melambangkan seorang Islam. Mereka mendapat latihan di selatan Filipina dan Afghanistan. Pada 14 Ogos 2009, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mahu berunding dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengatasi masalah terrorisme ini.[8]

Kewartawanan negatif[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Oktober 2009, Persidangan Hubungan Malaysia-Indonesia 2009: Media dan Budaya telah diadakan di Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Bekas Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin. Beliau mencadangkan pegawai penerangan ditempatkan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta. Pegawai Malaysia mestilah ada hubungan peribadi dengan media Indonesia. Kebangkitan masyarakat maklumat di Indonesia harus disertai oleh appratus komunikasi dari Malaysia agar tiada lagi ketidaktepatan maklumat berlaku.[9]

Pelancongan 2009[sunting | sunting sumber]

Ketua Pengarah Pemasaran Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Indonesia Sapta Nirwandar menyatakan pelancong dari Malaysia seramai 1 juta orang, Australia (600,000) dan China (400,000).Destinasi popular ialah ke Bandung untuk tujuan membeli-belah selain kunjungan untuk acara golf. Jumlah pelancong asing ke Indonesia ialah 6.4 juta orang. Tahun 2010 dijadikan Tahun Melawat Indonesia 2010. Mulanya pelancong Malaysia dan lain-lain bimbang dengan pengeboman di kedutaan Australia 2004, pengeboman bom di Bali pada 2005 serta gempa bumi di Yogyakarta pada 2006.[10]

Pencerobohan nelayan[sunting | sunting sumber]

Nelayan Malaysia dan Indonesia berkongsi laut yang sama iaitu Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Sulawesi dan Laut Sulu. Nelayan dari kedua-dua negara sering tersasar atau hanyut ke negara jiran kerana kehabisan minyak, tersalah bacaan kompas, ditiup angin kencang dan faktor lain.

Pada 25 Januari 2010, nelayan Pantai Puteri , Tanjung Keling,Melaka terbabas ke perairan Bengkalis, Indonesia. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berhubung dengan Bupati wilayah Bengkalis, H.Syamsulrizal dan Ketua Polis Bengkalis, Marudut Hutabarat bagi membebaskan nelayan 6 orang nelayan tersebut.Mereka ialah Mohd Safar Muhammad, 40; Mahad Jantan, 52; Badiuszaman Ahmad, 31; Abu Bakar Gani, 54; Anwar Khamis, 27, dan Abdullah Safri Abdul Ghani, 45.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]