Hubungan Kemboja–Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hubungan Malaysia - Kemboja)

Hubungan Malaysia - Kemboja memang erat kerana kedua-duanya terletak di Asia Tenggara dan menyertai ASEAN. Kedua-dua negara mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Kemboja termasuk dalam lingkungan Indo China (Kemboja, Thailand, Myanmar dan Vietnam).

Kemboja terletak dalam Lembangan Mekong yang meliputi Myanmar, Laos dan Vietnam, yang didiami 100 juta penduduk. Oleh itu pasaran produk sangat luas.

Bendera Kemboja
Bendera Kemboja
Bendera Malaysia
Bendera Malaysia

Hubungan diplomasi[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Ogos 2007, ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia diadakan di Dataran Merdeka. Pemimpin Asean yang turut hadir ialah Perdana Menteri Kemboja Hun Sen, Perdana Menteri Thailand Surayud Chulanont, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Laos Bouasone Bouphavanh, Perdana Menteri Vietnam Nguyen Tan Dung dan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla. Ini membuktikan hubungan dalam Asean cukup erat.[1]

Pada 9-11 Mei 2010, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama 45 orang anggota rombongan melawat Phnom Penh, Kemboja. Pertemuan dengan Raja Norodom Sihamoni di Royal Palace di Phnom Penh Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.Beliau bersama 117 ahli perniagaan Malaysia dalam Forum Perniagaan Malaysia-Kemboja.[2]

Najib menyaksikan perjanjian berkaitan pendidikan, keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi, industri halal, pertanian, latihan dan peruncitan bernilai AS$1 bilion (RM3.3 bilion). Najib akan menziarahi Tugu Kemerdekaan Kemboja, melawat Pusat Operasi komunikasi Hello Axiata dan melawat tapak baru kompleks Kedutaan Malaysia. Najib juga bertemu Presiden Perhimpunan Kebangsaan Heng Samrin dan Presiden Senat, Chea Sim.[3]

Datin Rosmah Mansor melawat Hospital Kantha Bopha IV dan Sekolah Tinggi Bun Rany Hun Sen.[4]

Kerjasama ekonomi[sunting | sunting sumber]

Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Pengiran Mohd Hussein Pengiran Mohd Tahir Nasruddin menyatakan dagangan Malaysia-Kemboja ialah AS$150 juta pada 2009.Ia membabitkan 90 % eksport tekstil, minyak kelapa sawit dan makanan dan minuman manakala 10 % impot getah, tekstil dan beras.

Malaysia adalah pelabur ke-4 terbesar selepas China, Korea Selatan dan Vietnam . Nilai pelaburan ialah AS$1.8 bilion. Bidang baru yang boleh diteroka ialah sektor pendidikan, penjagaan kesihatan, pembinaan, industri halal, pelancongan serta minyak dan gas,industri pakaian sukan, hotel, perbankan dan industri rangkaian makanan segera.

Laporan Bank Dunia pada 4 November 2009 mendapati KDNK Malaysia serta Kemboja menguncup.Tahun 2009 KDNK Malaysia menguncup 2.3 % tetapi 2010 meningkat kepada 4.1 %.[5]

Pada 30 Mac 2010, Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Nazir Razak menyatakan CIMB Group Holding Bhd sudah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan lesen perbankan di Vietnam serta Kemboja. [6]

Pengerusi QSR Brands Bhd, Tan Sri Muhammad Ali Hashim menyatakan QSR bercadang membuka 70 cawangan baru Pizza Hut, Kentucky Fried Chicken (KFC), RasaMas dan Kedai Ayamas di Malaysia, Singapura, Kemboja, Brunei dan India tahun 2010.[7]

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Pelancongan kereta api akan dapat menghubung Singapura, Malaysia, Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos dan Myanmar.Menteri Pelancongan , Datuk Ng Yen Yen juga menekankan potensi penerbangan tambang murah Asean.[8]

Kerjasama kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Terdapat ramai penduduk Melayu berugama Islam di Kemboja yang hidup dalam keadaan miskin dan daif seperti di Chrouk Romiet . Melayu Champa berjumlah setengah juta orang berturur dalam bahasa Champa (Campur). Mereka berasal dari keturunan Kerajaan Melayu Champa pada abad ke-3 hingga 15 Masihi . Tahun 1181 Empayar Khmer bangkit, runtuhlah kerajaan Champa dan bermulalah penghijrahan bangsa Champa ke Kemboja.

Orang Champa berugama Hindu menukar agama kepada Islam setelah kedatangan saudagar Arab. Tahun 1675 mendapati seluruh Melayu Champa (500,000) memeluk agama Islam. Penduduk Kemboja berjumlah 13 juta orang. Terdapat 370 perkampungan Islam yang amat daif.Mereka memerlukan al-Quran dan buku-buku agama, membiayai pembinaan masjid serta sekolah agama .[9]

Pada tahun 1975-1979 ramai orang Melayu di Kemboja dibunuh termasuk alim ulama serta ketua adat istiadat Melayu merangkap Ketua Mufti bagi agama Islam di kemboja (Raja Melayu Champa ) yg digelar Ong Chang Wang (Tuan Pendita) RIH LAH. Nama dan gelaran penuh beliau ialah YM Tuan Pendita Hj Abdullah bin Ideris bin Muhammad Arif bin Muhammad yg bersalasilah dari keturunan Ali Nur Alam.

Menurut sumber maklumat soheh yang terkini (2019). Anak-anak dan cucu-cucu Imam Abdullah Ideris telah berhijrah semula ke Malaysia sejak tahun 1975 - 1984. Dua orang anak lelaki terakhir Imam Abdullah Ideris ialah Ustaz Abdul Bari Abdullah kini berada di Pasir Mas, Kelantan dan Tn Ariffin Abdullah yang kini berada di Shah Alam, Selangor.

Tamadun Dunia Melayu terutama di Malaysia bermula dengan pengaruh tiga budaya, iaitu Hindu, Islam dan Barat. Asal mereka berasal dari tanah besar Asia. Mereka melalui Kemboja, Burma, Thailand, Vietnam, Semenanjung Tanah Melayu dan terus ke kawasan kepulauan rantau ini sehingga ke Kepulauan Pasifik.[10]

Pada 23-24 Ogos 2005, Kolokium Peradaban Melayu Kawasan Timur Laut Ketiga diadakan di Kota Baharu, Kelantan. 18 sarjana dan penyelidik dari Thailand, Kemboja dan Malaysia turut serta kerana adanya persamaan kebudayaan. Dr Kamaruddin Yusof dari Kemboja turut membentangkan hasil kajian dan penemuan.[11]

Chai Lani Sles dari Kemboja turut serta dalam Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2010 (PABM 2010), di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Perbarisan Lambang Perpaduan Rakyat Setengah Abad Bernama
  2. ^ Najib Lakukan Lawatan Rasmi Pertama Ke Kemboja Dari 9-11 Mei Bernama
  3. ^ "PM Saksi Perjanjian Niaga RM3.3 Bilion". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-02. Dicapai pada 2010-05-09.
  4. ^ Rosmah visits hospital and school theStar Online
  5. ^ KDNK Malaysia Dijangka Menguncup 2.3 Peratus Pada 2009, Berkembang 4.1 Peratus Pada 2010
  6. ^ CIMB bakal masuk Vietnam, Kemboja[pautan mati kekal]
  7. ^ QSR rancang labur RM80 juta tahun ini
  8. ^ Pelancongan Keretapi Kalangan Asean Diusul Ketika Mesyuarat
  9. ^ "Islam Kemboja perlu al-Quran". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-24. Dicapai pada 2010-05-08.
  10. ^ Memahami Sejarah Budaya Makanan Nusantara
  11. ^ Penyelidik Thailand, Kemboja Sertai Kolokium Peradaban Melayu