Hubungan Malaysia–Rusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hubungan Malaysia - Rusia)
Hubungan Malaysia–Rusia
Peta menunjukkan lokasi Malaysia dengan Russia

Malaysia

Rusia
Presiden Rusia Vladimir Putin bertemu Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad di Putrajaya, 5 Ogos 2003

Hubungan Malaysia-Rusia (Rusia: Российско-малазийские отношения) wujud sejak perjanjian perdagangan ditandatangani antara kedua negara pada 3 April 1967. Rusia mempunyai kedutaan di Kuala Lumpur sejak April 1968, manakala Malaysia memiliki kedutaan di Moscow sejak November 1968.

Jadual perbandingan negara[sunting | sunting sumber]

 Malaysia

 Rusia

Penduduk 27,496,000 146,009,033
Luas 329,847 km² (127,355 sq mi) 17,124,442 km2 (6,612,073 sq mi)
Kepadatan penduduk 83/km² (216/sq mi) 8.4/km2 (21.8/sq mi)
Ibu negara Kuala Lumpur Moscow
Bandar terbesar Kuala Lumpur - 1,887,674 (7,200,000 Metro) Yekaterinburg - 1,349,772 (1,495,066 Metro)
Kerajaan Kerajaan persekutuan, Demokrasi berparlimen Republik separuh presiden persekutuan
Bahasa rasmi Bahasa Melayu Bahasa Rusia
Kunpulan etnik 69.7% Bumiputera (Melayu, orang asli, kumpulan orang asal Sabah dan Sarawak)

22.5% Cina 6.8% India 1.0% lain-lain

80.9% Rusia

3.9% Tatar 1.4% Ukraine 1.1% Bashkir 1.0% Chuvash 1.0% Chechen 10.7% lain

Agama utama 60.4% Islam, 19.2% Buddha, 9.1% Kristian, 6.3% Hindu, 2.6% Agama tradisi Cina, 2% Lain-lain kepercayaan 73% Kristian

—70% Orthodoks Rusia —3% Lain-lain Kristian 15% Tiada Agama 10% Islam 2% Lain-lain kepercayaan

Pemimpin pertama Tuanku Abdul Rahman (raja)

Tunku Abdul Rahman (perdana menteri)

Rurik (putera raja)
Boris Yeltsin (presiden)
Pemimpin semasa Anwar Ibrahim Vladimir Putin
Mata wang Ringgit Malaysia Rubel Rusia

Sumber senjata[sunting | sunting sumber]

Malaysia telah membeli 18 pesawat Sukhoi-30MKM buatan Rusia pada 2003.[1] Malaysia juga membeli pesawat pejuang seperti Su-30s, MiG-29s daripada Rusia sebagai persediaan awal menghadapi musuh.

Pada 19 Julai 2008, Agensi berita Rusia Novosti melaporkan Syarikat pengeksport senjata milik kerajaan Rusia, Rosoboronexport mahu menjual model terbaru jet pejuang generasi kelima Sukhoi seperti Su-35 Flanker, kepada Malaysia.[2]

Malaysia juga bercadang untuk memberi tempat kepada Angkatan Tentera Udara Rusia di Melaka International Airport bagi urusan ketahanan Institute Fiscal Study bagi South East Asia Region dalam menjaga keselamatan modal perdagangan serta asset dan kilang pengeluaran komponen dan minyak jet awam untuk pelancaran satelite dari rantau ini.


Angkasawan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Mei 2007, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Jamaluddin bin Mohd Jarjis mengumumkan angkasawan Malaysia menjalani latihan di Pentadbiran Aeronautikal dan Angkasa Kebangsaan (Nasa) Amerika Syarikat di Texas. Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)adalah milik bersama Rusia Amerika Syarikat. ISS terletak 402.3km dari bumi. Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Kapten Dr Faiz Khaleed berlatih di Pusat Latihan Angkasa Yuri Gagarin di Moscow, Rusia. Angkasawan Malaysia membawa sel kanser, bakteria dan protein untuk kajian di angkasa lepas.[3]

11 Okt 2007, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha menjadi Angkasawan Malaysia pertama mengembara ke angkasa lepas selama 11 hari. Dari Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan pada 14:17:58 waktu Malaysia, menaiki pesawat angkasa Soyuz TMA-11 kemudian mendarat di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Projek ini di bawah perjanjian timbal balas kerajaan dengan kerajaan Rusia melalui pembelian pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM bagi Tentera Udara Diraja Malaysia. Malaysia setuju membeli 18 jet pejuang Sukhoi Su-30MKM dan Agensi Angkasa Persekutuan Rusia bersetuju membawa angkasawan Malaysia ke ISS menaiki pesawat udara Soyuz TMA-11. [4]

Majalah Malaysia Plus[sunting | sunting sumber]

Majalah ini diterbitkan dalam bahasa Rusia diedarkan ke seluruh dunia terutama negara-negara berbahasa Rusia seperti Russia, Ukraine, Azerbaijan, Turkmenistan, Kazakhstan, Uzbekistan, Tajikistan, Kyrgyzstan, Belarus, Armenia, Moldova, Georgia, Estonia, Latvia dan Lithuania. Ia turut diedarkan di Indonesia, Thailand dan Singapura. Majalah ini membekalkan panduan tentang Malaysia kepada para pelancong, ahli perniagaan, pedagang, pelabur malah sebagai ekspatriat.Presiden Persatuan Perniagaan Malaysia-Russia (Malruba) Ruslan Israpil menyatakan majalah ini dapat merapatkan hubungan dua hala.[5]

Penerbangan MH17 ditembak[sunting | sunting sumber]

Penerbangan MH17 milik Malaysia Airlines terhempas selepas ditembak jatuh di Grobovo, wilayah Donetsk, Ukraine. Dari segi sejarah, Ukraine adalah bekas jajahan / wilayah Rusia dan mencapai kemerdekaan pada 1991. Pada awal 2014, undian diadakan di timur Ukraine dan mendapati mereka menyokong dan berjuang mahu berpisah dari Ukraine , membentuk negara sendiri 'Donetsk' yang pro Rusia. Sejak itu berlaku rusuhan dan pertempuran sehingga Ukraine yang pro Amerika Syarikat gagal mengawal keadaan.

Tragedi tembakan mengguna peluru berpandu jenis pelancar Buk adalah buatan Rusia. Pemberontak dikatakan mendapat peluru berpandu dari Rusia. Sengketa AS-Rusia menjejaskan Malaysia. Tragedi MH17 seolah-olah hendak mengadu-dombakan Malaysia dengan Rusia.[6]

Ramai pihak terutama AS [7] dan Belanda menyalahkan Rusia / Vladimir Putin yang cenderung mendiamkan diri. PM Najib sendiri berhubung terus dan berunding dengan Alexander Borodai iaitu ketua pemisah Republik Rakyat Donetsk ketika kuasa-kuasa besar bercakaran sesama sendiri.Akhirnya pada 22 Julai 2014 Alexander Borodai setuju menyerahkan 282 mayat kepada Belanda dan 2 kota hitam kepada Malaysia. Kotak hitam itu dimasukkan ke dalam guni sahaja dan pihak Smart Malaysia mengambilnya dalam satu sidang akhbar.[8][9]Duta Rusia di Malaysia, Lyudmila Vorobyeva mengucapkan terima kasih kepada Malaysia kerana bersikap berkecuali, tidak menyalahkan Rusia tanpa sebarang bukti dan siasatan antarabangsa.[10] Mayat penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dibawa ke Stesen Kereta api Kharkiv oleh sebuah kereta api dari Stesen Kereta Api Torez. Seterusnya 18 pegawai forensik Malaysia (DV1) membantu proses penandaan dan pemindahan mayat ke pesawat tentera Belanda, C130 Hercules. [11] Borodai juga setuju pasukan penyiasat bebas antarabangsa (ICAO) diberi jaminan untuk memasuki kawasan nahas Grabovo untuk melakukan siasatan penuh.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ India Sedia Jual Peluru Berpandu Supersonik Brahmos Kpd Malaysia
  2. ^ Russia Berminat Jual Model Terbaru Jet Pejuang Su-35 Kepada Malaysia
  3. ^ Angkasawan Malaysia Jalani Latihan Di Nasa Bulan Depan Bernama
  4. ^ Pengembaraan Manusia Ke Bulan: 39 Tahun Berlalu
  5. ^ Majalah Berbahasa Russia Mengenai Gaya Hidup Mewah Di Malaysia Dilancarkan
  6. ^ Perspektif geopolitik tragedi MH370-MH1
  7. ^ What We Know About Downed Malaysia Airlines Flight MH 17
  8. ^ "Najibs Latest MoveIn MH17 tragedy-Goh Wei Liang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-22. Dicapai pada 2014-07-22.
  9. ^ Dua daripada tiga persetujuan dengan Borodai telah dicapai - Najib
  10. ^ MH17: Kerajaan Rusia puji Malaysia bersikap berkecuali
  11. ^ [1]
  12. ^ "Malaysia dapat hak kotak hitam MH17". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-12. Dicapai pada 2014-07-22.