Hubungan Malaysia - Vietnam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hubungan Malaysia-Vietnam
Peta menunjukkan lokasi Malaysia dan Vietnam

Malaysia

Vietnam

Hubungan Malaysia - Vietnam merujuk kepada hubungan dua hala antara Malaysia dan Vietnam. Hubungan dua hala antara dua negara ini tidaklah begitu rapat kerana Vietnam sebuah negara komunis dan lewat menyertai ASEAN. Malaysia merdeka pada 1957 sementara Vietnam masih berperang dengan Amerika Syarikat, sehingga penyatuan Vietnam Selatan dengan Vietnam Utara pada 1975. Vietnam mempunyai kedutaan di Kuala Lumpur, dan Malaysia mempunyai kedutaan di Hanoi.

Teori Domino[sunting | sunting sumber]

Vietnam merupakan blok negara komunis yang dikuasai oleh China dan Russia. Teori Domino yang meramalkan semua negara di Asia Tenggara akan runtuh dan menjadi blok komunis tidak kesampaian. Malaysia mengisytiharkan darurat menentang Parti Komunis Malaya dari 1948-1060. Indonesia hampir dikomuniskan melalui Sukarno dan Subandrio. Lee Kuan Yew berjaya menyingkir dan menangkap puak komunis di Singapura. Hanya Thailand yang berupaya mengekang Teori Domino.

Perang Vietnam[sunting | sunting sumber]

Perang Vietnam berlaku apabila Vietnam Utara cuba menguasai Vietnam Selatan yang dikuasai oleh Amerika Syarikat. Sebelum Amerika, Vietnam dijajah oleh Perancis. Kecanggihan senjata tentera Vietnam dapat dikalahkan oleh tentera gerila Vietnam. Mereka membina kubu / terowong bawah tanah dan melakukan serangan hendap. Malaysia mengamalkan dasar berkecuali melalui NAM.

Secara umumnya Malaysia menyokong Amerika Syarikat yang mengamalkan demokrasi . Sementara Vietnam menyokong China yang komunis.

Pulau Bidong[sunting | sunting sumber]

Apabila Vietnam Selatan kalah kepada Vietnam Utara pada 1974-1975, ramai rakyat Vietnam Selatan melarikan diri ke Thailand, Malaysia , Indonesia dan Australia. Matlamat akhirnya mereka hendak berhijrah ke Amerika Syarikat. Pada peringkat awal , negara Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat menerima mereka dengan beberapa syarat seperti memiliki kelayakan profesional dan bukan menjadi buruh di negara ketiga itu.

Ketika inilah ramai 'boat people' singgah di Pulau Bidong di perairan Terengganu. Sebahagian pelarian ini ditempatkan di Kem pelarian Vietnam di Sungai Besi. Rusuhan terjadi di kem pelarian kerana negara ketiga enggan menerima mereka lagi .Mereka bersesak-sesak di dalam kem dan mencuri-curi keluar . Kerajaan Malaysia dan UNHCR terpaksa menyediakan makanan dan tempat tinggal kepada mereka. Kem ini kemudian ditutup bagi menyelesaikan masalah pelarian Vietnam yang berterusan.

Vietnam selepas perang[sunting | sunting sumber]

Malaysia membantu membangunkan ekonomi Vietnam menerusi kepakaran tanaman getah. Malaysia menyokong penyertaan Vietnam dalam Asean dan negara ahli ASean menjadi 10 buah .

Tuntutan bertindih[sunting | sunting sumber]

Malaysia dan Vietnam dan banyak negara lain menuntut Kepulauan Spratly di Laut China Selatan. Setakat ini Malaysia menduduki Pulau Layang-Layang.

Buruh Vietnam[sunting | sunting sumber]

Rusuhan dan limpahan buruh Indonesia di Malaysia menyebabkan buruh Vietnam menjadi alternatif. Buruh Vietnam dibawa masuk ke Malaysia untuk bekerja di kilang-kilang. Tambahan pula banyak kilang telah dibuka di Vietnam setelah mengamalkan dasar ekonomi terbuka.

Kerjasama ekonomi[sunting | sunting sumber]

Pelabur asing (FDI) tidak lagi tertarik melabur di Malaysia. Malaysia kini terpaksa bersaing dengan China, India dan Vietnam yang menawarkan buruh murah, tarif dan insentif menarik selain pasaran yang luas.

Malaysia merupakan negara ketiga tertinggi melabur di Vietnam dan turut terlibat dalam projek-projek besar dan ikonik, antaranya pembinaan dua buah hotel terkemuka serta projek janakuasa elektrik menggunakan arang batu.[1]

Pada 9 April 2010, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri Sidang Kemuncak Asean 2010 di Hanoi,Vietnam.Mesyuarat dua hala diadakan dengan Perdana Menteri Vietnam Nguyen Tan Dung .

Usahawan Malaysia Tan Sri Vincent Tan membuka Hotel InterContinental Westlake di Hanoi sejak 2008 . Ia merupakan rangkaian hotel dan resort milik Berjaya terbaru selain menjadi hotel atas tasik bertaraf lima bintang terbaru di bandar raya ini. Berjaya turut terlibat dalam pelaburan hartanah, perkhidmatan broker saham serta pendidikan.

Syarikat Malaysia Jaks Resources Bhd mengadakan perjanjian dengan empat entiti Vietnam. Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Elektrik Vietnam, Vinacomin dan Hai Doung Province Office setuju membina kilang janakuasa elektrik tenaga termal batu arang 600MW berharga USD2 bilion (RM6.4 bilion) di wilayah Hai Duong mulai 2010.

Gamuda Berhad dari Malaysia dan Gamuda Land Vietnam serta Hanoi City Peoples' Committee akan melaksanakan projek rawatan sisa buangan (pembetungan) di daerah Hoang Mai. Bsandar baru akan dibangunakan dengan nilai USD500 juta (RM1.6 bilion).[2]

Syarikat penerbangan Malaysia AirAsia Berhad dan VietJet Aviation Joint Stock Company mengadakan kerjasama dengan VietJet Aviation Joint Stock Company dengan pelaburan bernilai kira-kira USD3.5 juta (RM11.3 juta).[3]

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]