Huey, Louie dan Dewey

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Scrooge bersama Dewey, Huey, dan Louie dalam Duck Tales.

Huey, Louie dan Dewey adalah 3 watak Disney yang muncul dalam kartun dan buku komik yang diterbitkan oleh Syarikat Disney. Mereka adalah anak saudara Donald Duck. Huey, Louie dan Dewey dibuat oleh Ted Osborne dan Al Taliaferro. Mereka muncul pertama kali di komik jalur akhbar pada 17 Oktober 1937, manakala kemunculan pertama dalam filem animasi adalah dalam filem kartun Donald's Nephews pada 15 April 1938.

Huey, Louie dan Dewey adalah anak kepada kakak Donald Duck. Pada filem Donald's Nephews, nama ibu kandung Huey, Louie dan Dewey adalah Dumbella, namun dalam komik, nama lengkapnya adalah Della Thelma Duck. (Dumbella sebenarnya bukan nama, tapi nama panggilan). Pada filem Donald's Nephews, mereka dihantar oleh ibunya untuk mengunjungi Donald buat sepanjang sepanjang hari, namun dalam komik, mereka dihantar untuk tinggal bersama Donald hingga ayah mereka (yang tidak pernah kelihatan) kembali dari hospital. Baik dalam komik ataupun filem, ibu bapa mereka mereka tidak pernah kedengaran lagi setelah cerita itu kerana selanjutnya mereka tinggal bersama Donald. Mereka berempat tinggal di Duckburg, di negara rekaan iaitu Calisota.

Huey, Louie dan Dewey memiliki sifat yang nakal, kadang-kala mereka membalas dendam apa yang dilakukan pakcik kepada mereka. Namun, dalam komik buatan Al Taliaferro dan Carl Barks, mereka kelihatan lebih sopan, selalu menolong pakcik mereka dan datuknya, Scrooge McDuck dalam pengembaraan mereka. Mereka memanggil Scrooge sebagai pakcik ("uncle") walaupun dia adalah datuk mereka. Pada awal komik Barks, mereka bertiga masih liar dan tidak dapat dikawal, tetapi mereka mula berubah kemudiannya.

Huey, Louie dan Dewey dapat dibezakan dengan warna topi dan baju mereka: Huey memakai baju dan topi berwarna merah, Dewey mengenakan baju dan topi berwarna biru, dan Louie memakai baju dan topi berwarna hijau.

Animasi[sunting | sunting sumber]

Huey, Louie dan Dewey muncul dalam beberapa filem kartun pendek bersama Donald, bermula dengan Donald's Nephews pada tahun 1938. Setelah itu, mereka muncul bersama Donald dalam filem kartun pendek seperti:

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.