Hugo Chávez

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hugo Chávez
Hugo Chávez

Penjawat kini
Mula berkhidmat 
2 Februari 1999
Didahului oleh Rafael Caldera

Tarikh lahir 28 Julai 1954
Tempat lahir Sabaneta, Barinas, Venezuela
Parti politik Parti Sosialis Bersatu Venezuela
Pasangan Nancy Colmenares (cerai)
Marisabel Chávez (cerai)

Hugo Rafael Chávez Frías merupakan Presiden Venezuela terkini. Beliau merupakan ahli politik berhaluan kiri yang bersuara lantang menyokong sosialisme demokratik[1], integrasi Latin Amerika dan antiimperialisme, seperti dilihat dalam program "Revolusi Sosialis"nya. Chávez juga mendapat perhatian warga dunia melalui kritikannya terhadap dasar luar negeri Amerika Syarikat yang tegas.

Chávez dipilih menjadi Presiden pada 1998 dengan janjian membantu golongan miskin Venezuela yang merupakan golongan majoriti. Beliau dipilih semula dalam pilihan raya 2000 dam 2006. Melalui program reformasinya, "Misi Bolivar" (bahasa Sepanyol: Misiones Bolivarianas) telah dilancarkan untuk menangani masalah penyakit, mengurangkan kadar buta huruf, malnutrisi, kemiskinan serta gejala sosial.

Antara dasar luar negerinya yang asas ialah menentang kuasaan ekonomi sedunia oleh Amerika Syarikat (neoliberalisme} serta kerjasama ekonomi dengan negara-negara miskin, terutamanya di Latin Amerika.[2]

Pengkritiknya terutama dari Amerika Syarikat menuduh Chávez memerintah sebagai diktator yang melemahkan demokrasi di Venezuela. Tuduhan ini timbul selepas beliau enggan memperbaharui lesen saluran televisyen yang banyak mengkritik dasarnya. Tindakannya menasionalisasikan sektor-sektor penting ekonomi juga menimbulkan kemarahan sektor swasta.[3]

Ada juga yang menyokong ideologinya,[4] terutamanya negara-negara yang mendapat bantuan dan kerjasama ekonomi daripada Venezuela.

[sunting] Presiden

Hugo Chávez menjadi presiden pada Februari 1999. Terbaru pada pilihan raya parlimen 2010, Parti Sosialis Bersatu Venezuela pimpinan beliau berjaya mengekalkan majoriti mudah yang dimiliki.[5]

[sunting] Rujukan

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain