Hukum Hooke
| Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Hooke's law. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Dalam mekanik, dan fizik, hukum Hooke untuk kekenyalan ialah suatu penghampiran yang mengatakan bahawa pemanjangan suatu spring berkadar langsung dengan beban yang ditambah kepadanya selagi bebanan itu tidak melepasi had anjalnya. Bahan yang sifatnya mengampiri hukum Hooke dikenali sebagai bahan linear-kenyal atau "Hooke".
Secara matematik, hukum Hooke menyatakan
di mana
- x ialah sesaran hujung spring daripada kedudukan keseimbangannya;
- F ialah daya pemulih yang dikenakan bahan; dan
- k ialah pemalar daya (atau pemalar spring).
Templat:Continuum mechanics Apabila ini benar, tindakan ini disebut linear. Jika ditunjukkan pada graf, garisannya akan menunjukkan ubahan langsung. Terdapat tanda negatif di sebelah kanan persamaan kerana daya pemulih sentiasa bertindak pada arah yang berlawanan dengan sesaran (contohnya, bila suatu spring diregang ke kiri, ia akan menarik balik ke kanan).
Hukum Hooke dinamakan bersempena ahli fizik British abad ke-17 Robert Hooke. Dia pertama kali menyatakan hukum ini pada 1676 sebagai suatu anagram Latin,[1] yang jawapannya dia terbitkan pada 1678 sebagai Ut tensio, sic vis, ertinya, "Sebagaimana pemanjangan, begitu juga daya".
Rujukan [sunting]
- A.C. Ugural, S.K. Fenster, Advanced Strength and Applied Elasticity, 4th ed
- Symon, Keith (1971). Mechanics. Addison-Wesley, Reading, MA. ISBN 0-201-07392-7.
