Hulu Rajang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hulu Rajang terletak di hulu Sungai Rajang, Sarawak, Malaysia. Pengangkutan utama di sini ialah perahu di sepanjang Sungai Rajang. Jumlah penngundi seramai 17,696 daripada kaum Iban dan Orang Ulu.

Pilihan raya Mac 2008[sunting | sunting sumber]

Parlimen Hulu Rajang dimenangi oleh Billy Abit Joo dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) ditentang calon Bebas George Lagong. Kawasan pilihan raya Hulu Rajang adalah yang terbesar di Malaysia iaitu seluas 31,817 km persegi.

Pada 8 Mac 2008 itu, bot petugas pilihan raya SPR terbalik dipukul arus sungai Batang Rajang dan semua kertas undi basah. Pengundian semula terpaksa diadakan bagi saluran bergerak di Uma Sekapan Piit yang melibatkan 101 pengundi pada 9 Mac 2008. Bot itu karam ketika dalam perjalanan dari Uma Sekapan Piit ke Uma Balo Kasing.