Hung Ga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hung Ga
Bahasa Cina: 洪家
Maksud harfiah: Keluarga Hung

Hung Ga, Hung Kuen, atau Hung Ga Kuen ialah sejenis seni bela diri Cina selatan yang dikaitkan dengan perwira rakyat Cina Wong Fei-hung yang pernah menguasai dan mengajar seni ini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Menurut legenda, Hung Ga dinamakan sempena Hung Hei-gun yang mempelajari seni bela diri dari Jee Sin, seorang mahaguru Chan (Zen) di Tokong Shaolin selatan. Jee Sin (ak Gee Sum Sim See) juga merupakan pengajar kepada Choy Gau-lee, Mok Da-si, Lau Sam-ngan and Li Yao-san, yang bersama Hung HeiGun menjadi mereka merupakan pengasas kepada lima gaya seni bela diri Cina, iaitu: (Hung Ga, Choy Gar, Mok Gar, Li Gar dan Lau Gar).

Tokong Shaolin menjadi tempat perlindungan bagi para penentang pemerintahan Qing, tetapi lambat-lain dibinasakan oleh tentera Qing. Hung, seorang saudagar teh, akhirnya meninggalkan kampung halamannya di Fujian untuk membawa seninya ke Guangdong.

Disebabkan sejarah seni bela diri Cina disampaikan secara lisan dan jarang sekali bertulis, maka kebanyakan sejarah awal Hung Ga sukar dipastikan atau ditahkikkan oleh catatan bertulis.