Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit
Poster keluaran tayangan
PengarahMamat Khalid
PenulisMamat Khalid
Lakon layarMamat Khalid
Dihasilkan olehGayatri Su-Lin Pillai (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiRaja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin
Disunting olehZappa Khalid
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 7 Februari 2013 (2013-02-07) (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.65 juta
Pecah panggungRM 5.89 juta

Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (juga dikenali sebagai Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit) ialah sebuah filem komedi seram Malaysia 2013 yang diarahkan oleh Mamat Khalid terbitan Tayangan Unggul dan merupakan kesinambungan dari Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan siri kedua dalam trilogi Hantu Kak Limah.[1] Ia dibintangi oleh Awie, Ezlynn, Rashidi Ishak dan Usop Wilcha. Ia mengisahkan kepulangan Husin ke Kampung Pisang setelah diisytihar muflis di Singapura dan kedatangannya menjadi sebab kepada kemunculan bekas kekasihnya Mon.[2] Filem ini ditayangkan pada 7 Februari 2013 dan merupakan filem terakhir lakonan Allahyarham Zami Ismail yang ditayangkan di pawagam.[3][4]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Tiga tahun selepas kejadian dalam filem pertama, Husin telah diisytihar muflis akibat ditipu skim cepat kaya telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng-geng yang lamanya dan juga Mon, wanita yang mula-mula mengisi taman hatinya semasa Kampung Pisang dilanda Zombi dan penyebab kepadanya hendak berjaya walaupun tidak mempunyai SPM.

Namun beberapa hari selepas itu Kampung Pisang telah dilanda sesuatu perkara yang aneh. Nampaknya sejarah misteri seratus tahun dulu berulang kembali. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung Pisang kembali menghantui. Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya sibuk merancang rombongan ke Singapura dan menawarkan Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah menjadi semakin rumit apabila Husin sendiri telah didapati hilang dirumah oleh Usop dan kawan-kawannya. Kesan yang tinggal hanyalah bekas bungkusan Maggi dari Singapura.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit diarahkan oleh Mamat Khalid dan diterbitkan oleh Gayatri Su-Lin Pillai untuk Tayangan Unggul. Untuk filem ini, Mamat berkata Husin, Mon & Jin Pakai Toncit tidak mengulangi lawak yang pernah digunakan dalam Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Kampung Pisang masih dikekalkan sebagai latar utama. Kos pembikinan filem ini dianggarkan berjumlah RM1.65 juta dan sebanyak 20 peratus teknik imej janaan komputer (CGI) telah digunakan.[5]

Ketika penggambaran dijalankan, seramai 13 krew penerbitan telah dimasukkan ke hospital akibat suatu penyakit yang tidak dapat dikenalpasti. Watak jin pakai toncit telah diambil sempena filem Pendekar Bujang Lapok (1959) sebagai penghargaan kepada seniman agung, Tan Sri P. Ramlee.[6]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Promosi[sunting | sunting sumber]

Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit ditayangkan pada 7 Februari 2013 dan menjadi kejayaan komersial dari segi kewangan. Teaser promosi filem ini dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Tayangan Unggul dan menerima jumlah tontonan sebanyak 445,208 tontonan.[7][8][9]

Kutipan[sunting | sunting sumber]

Filem ini telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM2.5 juta dalam masa empat hari tayangan.[10] Seminggu selepas tayangan, filem ini telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM4 juta.[11] Sehingga hari terakhir tayangan, filem ini telah mengumpul kutipan pecah panggung sebanyak RM5.89 juta.

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Rata-rata ulasan untuk filem ini positif dan bercampur-campur. Mohd Al-Qayum Azizi dari mStar Online menulis "...Mamat (Khalid) berjaya memaparkan keharmonian kehidupan masyarakat di kampung itu yang terdiri daripada pelbagai watak dengan kewujudan beberapa watak baru memberikan nafas baru kepada latar filem ini."[3] Syazwan Zakariah dari Utusan Malaysia berkata: "Sudah pasti apabila filem ketiganya, Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit hendak dibikin, Mamat meletakkan harapan dan jangkaan yang lebih tinggi. Apatah lagi penonton. Mereka tidak sabar-sabar untuk mengikuti semula telatah masyarakat Kampung Pisang yang penuh semangat ingin tahu, gelabah dan cepat melatah."[12]

Kesinambungan[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Februari 2013, iaitu seminggu selepas Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit ditayangkan, Gayatri Su-Lin Pillai mengumumkan akan menerbitkan siri ketiga filem ini, berikutan sambutan positif yang diterima. Beliau berkata dalam temuramah bersama Sinar Harian: "Kami ada perancangan untuk hasilkan filem Hantu Kak Limah 3. Kami dah bincang dengan Mamat Khalid,".[13]

Mamat Khalid kembali menduduki kerusi pengarah dan menulis skrip dengan Awie dan Delimawati kembali menjayakan watak lakonan mereka.[14] Uqasha Senrose telah menandatangani untuk menjayakan filem ini.[15] Penggambaran dijalankan pada 19 Oktober 2017 di Taiping, Perak dan mengambil masa 22 hari untuk disiapkan dengan kos pembikinan sebanyak RM1.2 juta dan berakhir pada 9 November 2017.[16] Hantu Kak Limah 3 ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 9 Ogos 2018.[17]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan Ruj.
2014 Festival Filem Malaysia ke-26 Filem Box Office Menang [18]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hantu Kak Limah 2 janjikan kelainan Sinar Harian (31 Januari 2013). Dicapai pada 24 Ogos 2013.
  2. ^ Hantu Kak Limah mengamuk lagi Diarkibkan 2018-08-30 di Wayback Machine Kosmo! (17 Februari 2013). Diperoleh pada 30 Ogos 2013.
  3. ^ a b Mohd Al Qayum Al-Azizi (7 Februari 2013). Keharmonian Masyarakat Dalam 'Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit' Diarkibkan 2018-06-26 di Wayback Machine mSTAR Online. Dicapai pada 4 Julai 2017.
  4. ^ "Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit" mula ditayang hari ini Astro Awani (7 Februari 2013). Diperoleh pada 30 Ogos 2013.
  5. ^ Budiey (25 Jun 2012). Husin, Mon & Jin Pakai Toncit Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 30 Ogos 2012.
  6. ^ Raziatul Hanum A. Rajak (16 Disember 2012). Hantu Kak Limah beri nafas baru Sinar Harian. Diperoleh pada 1 Januari 2013.
  7. ^ Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit - Teaser Promo YouTube. Dicapai pada 1 September 2015.
  8. ^ Budiey (16 April 2011). Teaser Filem Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 September 2014.
  9. ^ Teaser Filem Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit Arahan Mamat Khalid Dilancarkan Oh Bulan! (5 Oktober 2012). Dicapai pada 1 September 2014.
  10. ^ Filem Husin, Mon & Jin Pakai Toncit kutip RM2.5 juta Diarkibkan 2018-08-30 di Wayback Machine Utusan Malaysia (12 Februari 2013). Diperoleh pada 30 Ogos 2013.
  11. ^ Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit Berjaya Kutip RM4 Juta Dalam Seminggu Rotikaya (14 Februari 2013). Dicapai pada 30 Ogos 2013.
  12. ^ Syazwan Zakariah (14 Februari 2013). Kak Limag sengat Husin Diarkibkan 2018-08-30 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 30 Ogos 2013.
  13. ^ Raziatul Hanim A. Rajak (14 Februari 2013). Penerbit rancang Hantu Kak Limah 3 Sinar Harian. Dicapai pada 23 Jun 2018.
  14. ^ ‘Hantu Kak Limah 3’ back to haunt fans[pautan mati kekal] The Malay Mail (23 November 2017). Dicapai pada 23 Jun 2018.
  15. ^ Amirul Haswendy Ashari (18 November 2017). "Respon positif kejutkan Uqasha". Harian Metro. Dicapai pada 23 Jun 2018.
  16. ^ Nan Hidayat Nan Azmie (19 November 2017). Hantu Kak Limah: sutradara sama, ceritera berbeza Diarkibkan 2018-06-26 di Wayback Machine Kosmo!. Dicapai pada 26 Jun 2018.
  17. ^ Amirul Haswendy Ashari (19 November 2017). Hantu Kak Limah 3 lebih kelakar Harian Metro. Dicapai pada 23 Jun 2018.
  18. ^ Keputusan penuh Festival Filem Malaysia ke-26 Filem Klasik Malaysia (6 November 2014). Diperoleh pada 30 Ogos 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]