Hutan Lipur Cherok To'Kun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hutan Lipur Cherok To'Kun mempunyai pokok dan tumbuhan hutan asal seperti Meranti Seraya dan Meranti rambai Daun. Di antara daya tarikan hutan lipur ini termasuklah sungai-sungai, air terjun, kolam-kolam mandi, kawasan perkelahan, taman permainan kanak-kanak, pelantar pemandangan, flora hutan seperti paku-pakis, pokok bunga-bungaan hutan, epifit serta rama-rama, burung-burung dan serangga 'exotic'. Hutan Lipur Bukit Mertajam terletak kira-kira 6 kilometer di pinggir bandar Bukit Mertajam (Cherok To'Kun) iaitu melalui jalan ke Kulim.

Ciri-ciri istimewa hutan lipur ini termasuklah[sunting | sunting sumber]

Perkelahan[sunting | sunting sumber]

Kawasan berkelah yang selesa dengan pondok-pondok rehat, meja dan bangku telah disediakan untuk kemudahan pengunjung.

Perkhemahan[sunting | sunting sumber]

Sebuah tapak serta kemudahan asas seperti tempat memasak, kawasan unggun api, bilik air serta bekalan air dan elektrik memenuhi keperluan riadah yang sangai popular ini.

Merentas Denai Hutan[sunting | sunting sumber]

Para pengunjung yang gemarkan aktiviti cabaran fizikal bolehlah merentas denai hutan. Ini juga membolehkan para pengunjung mempelajari dan mengenali pokok-pokok hutan asli di sini sambil merehatkan minda dan fikiran .

Kolam Mandi[sunting | sunting sumber]

Sebuah kolam mandi, yang merupakan salah satu tarikan utama hutan lipur ini, mengalu-alukan kedatangan para pengunjung yang meminati kegiatan sukan air.

Penginapan[sunting | sunting sumber]

Untuk kemudahan para pengunjung dari luar mahupun setempat yang ingin merasakan suasana dalam malam persekitaran hutan, sebanyak enam buah chalet telah dibina dan setiap satu dilengkapi dengan bilik mandi, sesuai untuk kegunaan semua.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Hutan lipur ini terletak di sebelah Jalan Kulim, Bukit Mertajam. Selepas itu ke Jalan Kolam dan Jalan Masuk Ke Stesen Gelombang Mikro, dan sampai ke stesen gelombang radio yang merupakan puncak bagi hutan lipur ini.[1]

  1. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-12-28. Dicapai pada 2019-02-11.