Hutan Lipur Ulu Kinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fail:Hlprk 71.jpg
Pintu masuk Hutan Lipur Ulu Kinta. Gambar oleh: http://www.forestry.gov.my/hlprk_ulukinta.html Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Hutan Lipur Ulu Kinta terletak di Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak. Ia terletak 12 km dari Ipoh dan boleh naik bas ke Tanjung Rambutan di Medan Kid, Ipoh.

Kebanyakan orang Ulu Kinta enggan menyebut Tanjung Rambutan , mereka lebih selesa menyebut Ulu Kinta sahaja kerana Tanjung Rambutan] dikaitkan dengan Hospital Bahagia, tempat pemulihan orang gila terbesar dan terawal di Malaysia. Malahan Maktab Perguruan Ulu Kinta (MPUK) diperlecehkan dengan isu itu.

Ulu Kinta merupakan bahagian ulu Sungai Kinta, merupakan sungai yang sangat penting dalam aktiviti perlombongan dari tahun 1850 hingga 1970 . Hilir Sungai Kinta bertemu dengan Sungai Perak di Kampung Gajah, Perak. Air di bahagian hulu sangat jernih tetapi di hahagian hilir sangatlah keruh dan kotor. Ini kerana Sungai Kinta melalui bandar Ipoh, Batu Gajah dan Tanjung Tualang. Perlombongan bijih timah di sini dan sekitar Lembah Kinta menyebabkan air sungainya sangat keruh. Walaupun tidak ada lagi aktiviti perlombongan, penduduk taman perumahan, kampung dan setinggan di tepi sungai ini membuang sampah sesuka hati ke dalam sungai ini.

Hutan Lipur Ulu Kinta telah diwartakan sebagai kawasan hutan simpan, sesiapa tidak boleh menebang dan membalak di kawasan ini. Ia merupakan kawasan tadahan hujan yang sangat penting bagi membekalkan air minuman kepada penduduk sekitar kawasan ini. Sebuah kolam air terbina di sini berdekatan dengan kampung orang asli.

Hutan Simpan Bukit Kinta merupakan Hutan Dipterokarp Bukit. Istimewanya hutan lipur ini ialah ia merupakan pintu masuk untuk mendaki Gunung Korbu. Puncak Gunung Korbu adalah setinggi 3183 m, puncak kedua tertinggi di Semenanjung Malaysia, selepas Gunung Tahan.

Hutan lipur ini diuruskan dengan baik oleh Pejabat Hutan Daerah Kinta/Manjung, 31000 Batu Gajah.

Sebarang aktiviti perkhemahan bolehlah menghubungi pegawai di pejabat berkenaan. Aktiviti pendakian mestlah dimaklumkan kepada Balai Polis Tanjung Rambutanatau Markas PGA yang berdekatan dengan Bukit Kinta dengan memberikan nama, kad pengenalan, alamat, bilangan peserta, berapa lama dan bila akan balik semula. Tujuannya agar sebarang kecemasan, kemalangan dan hilang, bantuan kecemasan dapat diberi dengan cepat dan tepat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]