Hybrid Theory

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kulit album Hybrid Theory

Hybrid Theory adalah album studio sulung bagi kumpulan nu metal popular dari selatan California, Amerika Syarikat iaitu Linkin Park.

Dilancarkan pada 24 Oktober 2000, album tersebut menjadi album terlaris mereka, dengan jumlah jualan melebihi 24 juta unit di seluruh dunia, sekaligus menjadikan Linkin Park sebagai kumpulan nu metal paling berjaya dalam sejarah. Di Malaysia sahaja, album ini telah terjual melebihi 500,000 unit walaupun pada masa itu industri rakaman Malaysia terpaksa berhadapan dengan masalah cetak rompak yang kian parah. Kejayaan tersebut membolehkan Linkin Park memperoleh anugerah Berlian (10x Platinum) oleh Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA).

Asal-usul nama serta gaya muzik[sunting | sunting sumber]

Hybrid Theory adalah nama lama kumpulan Linkin Park sebelum mereka menandatangani kontrak dengan Warner Bros. Music. Nama tersebut menerangkan konsep muzik mereka iaitu gabungan unsur-unsur muzik rock dengan hip-hop. Namun demikian, nama tersebut tidak boleh dipakai sebagai nama kumpulan mereka untuk mengelakkan mereka daripada disaman oleh sebuah kumpulan dari Wales, United Kingdom iaitu kumpulan Hybrid. Oleh kerana itu, mereka akhirnya memilih nama Linkin Park sebagai nama kumpulan dan nama lama mereka digunakan sebagai judul album sulung mereka.

Ilustrasi gambar "askar pepatung" rekaan Mike Shinoda yang menghiasi muka depan kulit album mereka menggambarkan muzik mereka - berirama keras tetapi dalam masa yang sama mengandungi lirik yang puitis seperti yang digambarkan melalui imej "sayap pepatung".

Tidak seperti kebanyakan album kumpulan nu metal yang lain, lagu-lagu di dalam album Hybrid Theory tidak mengandungi sebarang kata-kata kesat.

Lagu yang digubah semula[sunting | sunting sumber]

Hampir kesemua lagu di dalam album Hybrid Theory adalah gubahan semula lagu-lagu demo mereka yang dirakamkan sekitar tahun 1997-1999 sebelum mereka menandatangani kontrak dengan Warner Bros. Records. Lagu-lagu tersebut ialah:-

  • One Step Closer (tajuk asal: Plaster)
  • With You (tajuk asal: Now I See)
  • Points of Authority (tajuk asal: Points & Authority)
  • Crawling (tajuk asal dikekalkan, tetapi lirik lagu telah digubah semula)
  • Runaway (diambil rentaknya daripada lagu lama mereka iaitu Stick 'N Move)
  • By Myself (tajuk asal: Super Xero; diambil daripada nama asal kumpulan mereka)
  • In The End (asalnya lagu ini tiada tajuk)
  • A Place for My Head (tajuk asal: Esaul)
  • Forgotten (tajuk asal: Rhinestone)
  • High Voltage (tajuk asal dikekalkan, tetapi rentak serta lirik lagu telah digubah semula)

Senarai lagu Hybrid Theory[sunting | sunting sumber]

  1. Papercut - 3:05
  2. One Step Closer - 2:36
  3. With You - 3:23
  4. Points of Authority - 3:20
  5. Crawling - 3:29
  6. Runaway - 3:04
  7. By Myself - 3:10
  8. In The End - 3:36
  9. A Place For My Head - 3:05
  10. Forgotten - 3:14
  11. Cure For The Itch - 2:37
  12. Pushing Me Away - 3:12

Lagu tambahan pada album Hybrid Theory Special Edition (2002):-

  1. Papercut (Live) - 3:13
  2. Points of Authority (Live) - 3:30
  3. A Place For My Head (Live) - 3:11
  4. My December - 4:20
  5. High Voltage - 3:45