Hydra Lerna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hydra merupakan raksasa dari mitos Yunani purba. Raksasa ini berbentuk ular atau naga yang memiliki sembilan kepala. Apabila salah satu kepalanya dipotong, maka kepala tersebut akan tumbuh membentuk dua buah kepala yang baru. Dikisahkan bahawa Hercules pernah mengalahkan Hydra. Hercules membakar lapan dari sembilan kepala itu, sebelum menguburkan kepala yang terakhir (yang kekal) di bawah batu.