Hyeonmi cha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hyeonmi cha
Nama Korea
Hangul 현미차
Hanja
Perumian Semakan hyeonmi cha
McCune–Reischauer hyŏnmi ch'a

Hyeonmi cha ("teh beras merah" 현미차) adalah teh herba diperbuat daripada beras perang bakar.

Untuk membuat hyeonmi cha, beras perang dicuci, kemudian dipanggang dalam periuk. Kemudian air dituang ke dalam periuk, dididih, dan kemudian direbus selama lebih kurang sepuluh minit. Akhirnya, sisa makanan beras merah ditapis dan berwarna dari kuning pucat ke perang cair keemasan, disajikan dalam cawan atau mangkuk. Walaupun umumnya diminum tanpa pemanis, gula atau madu boleh ditambah sesuai dengan selera peminum.

Meskipun hyeonmi cha boleh dibuat dari awal dengan memanggang beras itu sendiri, beras dan telah dipanggang turut tersedia secara komersil di kedai runcit Korea, baik di Korea Selatan mahupun di luar negara, dalam bungkusan plastik.

Sebuah periuk mendidih hyeonmi cha

Di restoran, teh ini biasanya disaji tanpa butir beras, manakala yang dibuat di rumah beberapa butir dituang dari periuk ke dalam cawan. Sisa di dalam periuk lazimnya dibuang dan bukan dimakan atau digunakan semula untuk tujuan lain.

Dalam masakan Vietnam, minuman hampir serupa disebut gao nước gạo lức, nước gạo lức rang, atau nước gạo rang.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]