Yijing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari I-Tsing)
Lompat ke: pandu arah, cari

Yijing atau I T'sing (Yiqing, I Ching atau Yi Ching) (义净 Yìjìng, 三藏法师义静 635-713) ialah seorang sami Buddha Dinasti Tang yang nama asalnya Zhang Wenming (张文明). Rekod bertulis pelayarannya telah menyumbangkan pengetahuan tentang kerajaan purba Srivijaya dan juga memberi maklumat tentang negara-negara lain yang terletak di laluan antara China dengan Universiti Buddha Nalanda di India. Beliau juga bertanggungjawab menterjemahkan sejumlah besar kitab Buddha daripada bahasa Sanskrit kepada bahasa Cina.

Pelayaran ke Srivijaya dan Nalanda[sunting | sunting sumber]

Zhang Wenming menjadi sami pada umur 14 tahun dan mengagumi Fa Xian dan Xuanzang yang merupakan sami terkenal ketika zaman kanak-kanak beliau. Selepas ditawarkan bantuan kewangan oleh seorang dermawan yang bernama Fong, beliau mengambil keputsan untuk melawat Universiti Buddha Nalanda yang terkenal di Bihar, India untuk melanjutkan pengajian Buddhisme. Dengan menaiki sebuah bot Parsi dari Guangzhou, beliau sampai ke Srivijaya (Palembang di Kepulauan Sumatera pada hari ini) selepas 22 hari. Beliau menghabiskan masa 6 bulan yang seterusnya untuk mempelajari tatabahasa Sanskrit dan bahasa Melayu. Beliau terus merekod lawatannya ke wilayah kerajaan Melayu dan Kiteh (Kedah) dan sampai ke 'naked kingdom' (barat daya negara Shu)pada 673M. Yijing merekod impresionnya terhadap orang 'Kunlun', iaitu istilah yang digunakan olehorang Cina purba untuk merujuk kepada orang Melayu. Berdasarkan rekodnya, orang Kunlun mempunyai rambut keriting, berkulit hitam, berkaki ayam dan memakai sarung. Selepas itu beliau tiba di pantai timur India dan bertemu dengan seorang sami tua yang sudah tinggal di situ setahun untuk mengkaji bahasa Sanskrit. Selepas itu, mereka mengikuti sekumpulan pedagang untuk melawat 30 prinsipal yang lain. Dalam perjalanan ke Nalanda, Yijing menjatuh sakit dan tidak berdaya untuk berjalan. Akibatnya, beliau ditinggal oleh kumpulannya. Beliau dirompak oleh penyamun dan bajunya ditanggalkan sehingga menjadi bertelanjang bulat. Beliau mendapati bahawa orang asli di kawasan tersebut menangkap orang yang berkulit putih untuk mengorbankan kepada tuhan-tuhan mereka. Oleh itu, beliau melompat ke dalam lumpur dan menggunakan daun untuk menutup badan sendiri. Selepas itu, beliau berjalan dengan perlahan sehingga ke Nalanda dan beliau tinggal di situ selama 11 tahun. Yijing memuji tahap pengetahuan yang tinggi tentang agama Buddha di Srivijaya dan menasihati sami China membuat pengajian di situ terlebih dahulu sebelum membuat pelayaran ke Nalanda India.

Pengembalian[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 687M, Yijing berhenti di kerajaan Srivijaya dalam perjalanannya balik ke Dynasti Tang (China). Pada masa itu, Palembang merupakan pusat Buddhisme dan cendekiawan asing berkumpul di situ. Yijing tinggal di situ selama 2 tahun unutk menterjemahkan kitab Buddha dari bahasa Sanskrit kepada bahasa Cina. Pada tahun 689M beliau kembali ke Guangzhou untuk mendapatkan dakwat dan kertas kerana tidak terdapat dakwat dan kertas di Srivijaya dan kembali lagi ke Srivijaya pada tahun yang sama. Pada tahun 695M, beliau menghabiskan segala penterjemahannya dan pulang ke Luoyang China , dan menerima sambutan yang meriah daripada Maharani Wu. Keseluruhan pelayarannya mengambil masa 25 tahun. Beliau membawa balik 400 teks penterjemahan Buddha, seperti:

  • Saravanabhava Vinaya (一切有部毗奈耶)
  • Avadana, (Kisah-kisah kebajikan 譬喻经) pada tahun 710.
  • Suvarnaprabhascottamaraja-sutra (Sutra Raja yang Paling Dimuliakan 金光明最胜王经) pada tahun 703.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]