I-mobile 516

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
I-Mobile 516
Nama I - Mobile
Pengeluar I-Mobile Inc
Laman Web www.i-mobilephone.com.my [1]
Harga pasaran (RM) RM 499
Jaringan Triband: (GSM 900 / 1800 / 1900 MHz )
Jenis LCD Paparan TFT-LCD 262K warna - 176 x 220 Piksel
Navigasi 4 cara kekunci Navi
Deringan Ringtone MP3, 64-polifonik

Sokong Mod Getaran

Ingatan ingatan luaran: kad microSD (Sokong hingga 2 GB)

1000 kapasiti buku telefon

Dimensi 87 x 45 x 17.3mm
Berat 75 g

I-mobile 516 adalah satu jenama telefon bimbit multimedia keluaran Smart I-Mobile daripada Thailand. Jenama ini mungkin masih kurang dikenali di pasaran tempatan tetapi sesetengah fungsinya tidak boleh dipertikaikan walaupun ramai yang kurang yakin apabila pertama kali menggunakannya.

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Menu utama yang terpampang di skrin sebaik membuka telefon bimbit ini ialah buku alamat, i-Kaitan, pendaftaran panggilan, perkhidmatan, pusat mesej, galeri, agenda, multimedia dan pengaturcaraan. Ciri utama I-Mobile 516 ialah ia memiliki aplikasi kamus terbina di dalamnya untuk membolehkan terjemahan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu atau Cina.

Selain itu, ia turut menyediakan suara latar bagi menyebut perkataan Inggeris terbabit secara jelas. Mungkin ia memudahkan sesetengah pengguna apabila berada di luar negara yang dimuatkan dalam ikon 'Organizer' sebaik ia diklik.

Bagi yang gemar mendengar radio, peranti ini juga berupayaan demikian. Secara amnya, ia mempunyai penerimaan isyarat radio berfrekuensi jelas untuk modulasi frekuensi (FM) membolehkan pendengar menggunakan peranti ini sepenuhnya walau di mana mereka berada.

Butang kekuncinya pun tidak bising walaupun ketika menaip mesej pada keadaan laju dengan nombor 1 hingga 0 kerana ia mempunyai permukaan rata dan lembut.

Berkonsepkan telefon bimbit mudah guna, reka bentuknya mungkin agak ringkas tetapi boleh diperkemaskan lagi kerana reka bentuknya dilihat seolah-olah barang mainan. Fungsi lain yang mungkin digemari ialah aplikasi kesihatan yang membolehkan pengguna mengira kadar indeks badan umum (BMI) atau kadar haid wanita.

la juga memiliki ikon yang membolehkan pengguna merekod suara bersesuaian jika mereka menghadiri seminar, mesyuarat atau keias tertentu. Telefon bimbit ini mampu bertahan sehingga empat hari dengan menerima serta membuat panggilan pada kadar biasa.

Paparan warna LCD TFT 262K dengan resolusi l76 x 220 piksel mungkin cukup bagus bagi sesetengah individu ditambah sambungan pelabuh USB atau GPRS Class 10. Memorinya mampu menjangkau dua gigabait menggunakan kad memori microSD dan memori dalaman 56 megabait selain menyokong aplikasi Java.

Walau bagaimanapun terdapat sedikit kekurangan di mana peranti tidak mempunyai kemudahan 'bluetooth' yang kini semakin meluas digunakan di negara ini. Di samping itu, penggunaan pembesar suaranya tidak sejelas seperti yang diharapkan penulis dan masih kurang mendengar suara walaupun pada jarak 15 sentimeter.

Namun, satu aspek perlu dipuji kerana I-Mobile 516 sememangnya ringan (75 gram mengikut brosur).

Kemunculan telefon bimbit dari Asia menjadi pesaing kepada keluaran lain yang lebih popular seperti t-Mobile 516 yang mempunyai ciri uniknya tersendiri untuk ditempatkan antara barisan telefon bimbit di pasaran Malaysia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

line dia pun kurang...