Agensi Tenaga Atom Antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari IAEA)
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa
اݢينسي تناݢ اتوم انتارابڠسا
Kerangka
KependekanIAEA Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahPertubuhan yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sunting ini di Wikidata
Anggota bagiGabungan Pemeliharaan Digital, Persatuan Penerbit Saintifik, Teknikal dan Perubatan Antarabangsa Sunting ini di Wikidata
Bahasa rasmiBahasa Rusia, bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Sepanyol, bahasa Arab, bahasa Cina Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.iaea.org Sunting ini di Wikidata
Facebook: iaeaorg Twitter: iaeaorg Instagram: iaeaorg LinkedIn: iaea Youtube: UCJjzF7cdxa0jZv_fDE_wm4A Flickr: 35068899@N03 Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditubuhkan1957 Sunting ini di Wikidata
Pengurusan
Pengarah/pengurusRafael Grossi Sunting ini di Wikidata
Pertubuhan indukPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sunting ini di Wikidata
SubsidiariRangkaian Perpustakaan Nuklear Antarabangsa, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa - Trieste Sunting ini di Wikidata
Perangkaan
Belanjawan 380,000,000 euro (2021) Sunting ini di Wikidata
Kakitangan/pekerja 2,500 (2021) Sunting ini di Wikidata
Anugerah
Hadiah Keamanan Nobel (2005) Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatVienna Sunting ini di Wikidata
Lokasi
  • Austria Sunting ini di Wikidata
Koordinat48°14′2″N 16°24′58″E Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan berautonomi pada 29 Julai 1957. Pertubuhan ini bertujuan mempromosikan penggunaan secara aman tenaga nuklear dan meneruskan usaha melarang penggunaan tenaga nuklear bagi tujuan ketenteraan. Presiden Amerika Syarikat, Dwight D. Eisenhower dalam ucapannya ketika Perhimpunan Agung PBB tahun 1953, berkata penciptaan pertubuhan ini dapat mengawal dan membangunkan tenaga atom. Pertubuhan ini dan Ketua Pengarahnya, Mohamed ElBaradei, dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel pada 7 Oktober 2005.

Pihak media sering merujuk IAEA sebagai "Badan Pengawas Nuklear PBB".

IAEA berpusat di Vienna, Austria. Dua "Pejabat Keselamatan Serantau" terletak di Toronto, Kanada; dan Tokyo, Jepun. IAEA mempunyai dua pejabat lain, satu terletak di New York, AS; dan satu terletak di Geneva, Switzerland. Tambahan pula, IAEA mempunyai makmal-makmal di Seibersdorf dan Vienna, Austria; Monaco; dan Trieste, Itali.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

IAEA berkhidmat sebagai forum inter-kerajaan bagi kerjasama saintifik dan teknikal dalam penggunaan secara aman teknologi nuklear di seluruh dunia. Program-program IAEA menggalakkan pembangunan aplikasi teknologi nuklear, pengawalan antarabangsa bagi penyalahgunaan teknologi ini dan menyediakan langkah-langkah keselamatan semasa penggunaan teknologi ini. IAEA menggembangkan lagi usaha-usaha keselamatan nuklear selepas berlakunya tragedi Chernobyl pada tahun 1986.

IAEA diketuai oleh Hans Blix dari tahun 1981 hingga 1997. Ketua Pengarah IAEA terkini ialah Mohamed ElBaradei dari Mesir. Semasa Persidangan Agung yang ke-49, ElBaradei telah disahkan memegang jawatan Ketua Pengarah sehingga tahun 2009.

Misi[sunting | sunting sumber]

Agensi ini secara umumnya mempunyai tiga misi utama:[1]

  • Mengalakkan penggunaan tenaga nuklear yang selamat dalam kalangan negara-negara anggotanya,
  • Mengenakan langkah keselamatan sebaai pengesahan bahawa tenaag nuklear tidak digunaakn untuk tujuan ketenteraan, serta,
  • Memaklumkan piawaian tinggi untuk keselamatan menggunakan tenaga tersebut.

Keahlian[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan ahli-ahli PBB termasuk Kota Vatikan mmenganggotai agensi ini. Pihak yang tidak menyertai:

Negara-negara yang keluar daripada IAEA:

Negara-negara yang masih belum sahkan dokumen pengesahan mereka:

Entiti lain yang tidak diwakili di IAEA:

Ketua-Ketua Pengarah[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The IAEA Mission Statement". IAEA. Dicapai pada 29 January 2012.