ICANN

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
ICANN
ICANN Logo
Ibu pejabat Marina Del Rey, CA
Penubuhan
Identiti
Fokus Manage Internet Protocol numbers and Domain Name System root
Laman sesawang www.icann.org

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Ibu pejabat di ICANN USC ISI

ICANN (Internet Corporation for Assigned Names and Numbers) ialah sebuah perbadanan yang diasaskan pada 18 September 1998 dan diperbadankan pada 30 September 1998[1] dengan tujuan menyelia sebilangan tugasan berkaitan Internet yang pernah dilaksanakan secara langsung bagi pihak kerajaan Amerika Syarikat oleh pertubuhan-pertubuhan lain, khususnya Internet Assigned Numbers Authority (IANA). Ibu pejabatnya terletak di Marina Del Rey, California, Amerika Syarikat.

Antara tugas-tugas yang dipikul oleh ICANN termasuk tanggungjawab peruntukan ruangan alamat protokol Internet (IP), penguntukan pengecam protokol, pengurusan sistem nama domain peringkat tinggi umum (gTLD) dan kod negara (ccTLD), dan fungsi-fungsi pengurusan sistem pelayan akar. Secara amnya, ICANN bertanggungjawab menguruskan penguntukan nama domain dan alamat IP. Kini, kebanyakan tugas ICANN adalah berkenaan pengenalan domain peringkat tinggi baru (TLD). Kerja-kerja teknikal ICANN dipangil fungsi IANA.

Prinsip-prinsip operasi utama ICANN disifatkan sebagai membantu memelihara kestabilan pengendalian Internet; memupuk persaingan; meluaskan masyarakat Internet sedunia; dan membangunkan dasar-dasar yang selaras dengan misinya melalui proses-proses berasaskan kesepakatan dari peringkat bawah ke atas.[2]

Pada 29 September 2006, ICANN menandatangai perjanjian baru dengan Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (DOC) yang menggerakkan pertubuhan swasta ini ke arah pengurusan sepenuhnya bagi sistem pengecam terselaras pusat di Internet melalui model rundingan pelbagai pihak yang diwakili oleh ICANN.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]