IFOR

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tentera Finland mengawal kawasan mesyuarat Suruhanjaya Awam Bersama, Mac 1996.

Implementation Force atau IFOR (bahasa Melayu; Pasukan Pelaksanaan) adalah merupakan satu pasukan pelbagai negara yang diketuai oleh NATO di Bosnia dan Herzegovina di bawah satu mandat selama satu tahun bermula pada 20 Disember 1995 sehingga 20 Disember 1996 di bawah nama kod Operasi Usaha Bersama. Pasukan ini ditugaskan bagi melaksanakan pendudukan ketenteraan di bawah Perjanjian Kerangka Umum untuk Keamanan (GFAP) di Bosnia dan Herzegovina. Ia membantu pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu, UNPROFOR yang mana telah tiba pada tahun 1992. Hampir 60,000 anggota dari negara NATO dan negara-negara lain diatur gerak ke Bosnia. Operasi Usaha Muktamad (SACEUR OPLAN 40105), yang bermula pada 6 Disember 1995, merupakan satu sub-komponen Operasi Usaha Bersama.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-26. Dicapai pada 2009-12-20.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]