IKEA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
IKEA International Group
Jenis Syarikat persendirian Sweden
Industri Runcit (Pengkhususan)
Ditubuhkan Flag of Sweden.svg 1943 di Älmhult, Småland, Sweden
Ibu pejabat Flag of the Netherlands.svg Leiden, Holland Selatan, Belanda
Perancang utama Ingvar Kamprad, Pengasas
Anders Dahlvig, Presiden
Hans Gydell, Presiden Inter IKEA Group
Produk Perabot pasang sendiri, lihat bahagian produk
Hasil $28.6B USD ( 14%) (FY 2007)
Pekerja 118,000 (2007)
Laman web www.ikea.com
Peta menunjukkan lokasi gedung IKEA di seluruh dunia, di mana warna hijau menandakan gedung yang sedang beroperasi dan warna biru gedung yang dicadangkan, setakat 2007

IKEA merupakan syarikat penjual perabot yang terkemuka dari Sweden yang mempunyai lebih daripada 160 cawangan di 29 buah negara. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 1943 oleh Ingvar Kamprad di Sweden. Ia kini dimiliki oleh yayasan berdaftar di Belanda yang dikawal oleh keluarga Kamprad. IKEA merupakan akronim dari parap nama pengasasnya (Ingvar Kamprad), ladang di mana dia membesar (Elmtaryd), dan kaunti tempat asalnya (Agunnaryd, di Småland, Sweden Selatan).[1]

Syarikat ini mengedarkan produknya sama seperti kedai-kedai perabot yang lain, tetapi juga mempunyai laman web untuk pelanggan melihat katalog produk yang dijual.

IKEA disebut /i'ke.a/ tetapi di kebanyakan negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris ia disebut /ai'kiːa/, sama seperti menyebut perkataan idea dalam bahasa Inggeris.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Ingvar Kamprad and IKEA." Harvard Business School Publishing, Boston, MA, 02163. 1996