IKIM.fm

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

IKIM.fm merupakan salah satu saluran radio yang terdapat di Malaysia. IKIM ialah singkatan kepada Institut Kefahaman Islam Malaysia, iaitu pengendali stesen radio ini. Ia dipancarkan menggunakan frekuensi 91.5 MHz (di Lembah Klang) dan dipancarkan ke seluruh negara. IKIM.fm boleh didengari di Singapura, Batam, Brunei dan selatan Thailand (Satun, Narathiwat dan Pattani) IKIMfm dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri ketika itu, YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad pada 6 Julai 2001. Frekuensi IKIM.fm dahulunya digunakan oleh RFM (kini Red FM), sebelum bertukar ke 104.9 MHz (di Lembah Klang), pada awal tahun 2000. Ia juga boleh diikuti melalui internet di laman webnya. Rancangan dan isi kandungannya adalah bercorak agama Islam. Stesen radio ini beroperasi selama 24 jam.

Sekitar 95% programnya dipersembahkan dalam bahasa Melayu manakala selebihnya dalam bahasa Arab dan Inggeris. Anggaran rasmi oleh pihak The Nielsen Company (Malaysia), sebuah syarikat pengkaji (survey) antarabangsa terhadap semua radio-radio di Malaysia dalam kajian terbaru mereka sepertimana yang dilaporkan dalam Gelombang 2, 2010 menunjukkan sekitar 786,000 pendengar di Semenanjung Malaysia mengikuti radio Islami ini.

Rancangan[sunting | sunting sumber]

  • Carta Nasyid IKIM.fm
  • Belajar Bahasa Arab
  • Berita Dunia Islam
  • Ceramah/Kuliah Agama
  • Soal Jawab Agama

Penyampai radio[sunting | sunting sumber]

  • Mahathir
  • Erwan
  • Mona
  • Siti
  • Nik Hasnah
  • Fairuz
  • Maslina
  • Mazlina
  • Ustaz Zamri
  • Nazri
  • Nurhayati

Frekuensi[sunting | sunting sumber]

  • 91.5 FM dari Bukit Cincin untuk Lembah Klang, Perak Selatan dan Pahang Barat
  • 89.0 FM dari Gunung Jerai untuk Kedah, Perlis dan Langkawi
  • 102.7 FM dari Bukit Genting untuk Balik Pulau, Pulau Pinang dan bahagian selatan Kedah (Kulim)
  • 102.7 FM dari Gunung Kledang untuk Ipoh, Perak Tengah, Perak Utara (Taiping), Kuala Kangsar dan Cameron Highlands
  • 102.7 FM dari Gunung Telapa Burok untuk Negeri Sembilan
  • 89.5 FM dari Gunung Ledang untuk Melaka dan Johor Utara (Muar, Segamat, Ledang dan Batu Pahat)
  • 106.2 FM dari Gunung Pulai untuk Johor Selatan (Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi, Kluang, Pontian, Mersing) dan Singapura. Frekuensi asal ialah 107.9MHz, ditukar kepada 106.2MHz sejak tahun 2002.
  • 89.6 FM dari Bukit Pelindung II untuk Pahang Timur (Kuantan, Pekan), dan Terengganu Selatan (Kemaman)
  • 100.2 FM dari Bukit Besar untuk Kuala Terengganu
  • 89.8 FM dari Bukit Panau untuk Kota Bharu, Terengganu Utara (Besut) dan Selatan Thai (Narathiwat dan Pattani)
  • 93.6 FM dari Gunung Serapi untuk Kuching, Sarawak
  • 104.0 FM dari Tanjung Lobang untuk Miri, Sarawak dan Kuala Belait, Brunei Darussalam.
  • 93.9 FM dari Bukit Kokol untuk Kota Kinabalu
  • 100.7 FM dari Gunung Andrassy untuk Tawau, Sabah
  • 107.3 FM dari Gunung Silam untuk Lahad Datu, Sabah

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]