IOI Mall

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
IOI Mall
LokasiPuchong
Koordinat3°02'44.3"N 101°37'05.6"E
AlamatBandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia
Tarikh pembukaan1996
PemajuIOI Corporation Berhad
Bil. gedung dan perkhidmatan150+
Bil. tingkat4
Laman webhttp://www.myioi.com/

IOI Mall ialah nama bagi dua buah pusat beli-belah yang didirikan di Malaysia oleh syarikat pemaju hartanah IOI Corporation Berhad.

IOI Mall Puchong[sunting | sunting sumber]

Pusat beli-belah IOI Mall pertama terletak di Bandar Puchong Jaya, Puchong, Selangor. Dibuka pada Jun 1996, pusat beli-belah ini asalnya meliputi keluasan tanah seluas 650,000 kaki persegi (60,000 m2), tetapi diperluas menjadi 1,000,000 kaki persegi (93,000 m2) setelah menjalani pengubahsuaian. IOI Mall menempatkan sebuah gedung Jusco dan pawagam Golden Screen Cinemas.

IOI Mall Bandar Putra[sunting | sunting sumber]

IOI Mall Bandar Putra

Pusat IOI Mall kedua dibina di perbandaran Bandar Putra Kulai, Kulai, Daerah Kulai, Johor. Beroperasi sejak tahun 2001, pusat beli-belah yang seluas 600,000 kaki persegi (56,000 m2) ini menempatkan Pasaraya Besar Giant.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]