IPC Shopping Centre
| 200px | |
| Lokasi | Mutiara Damansara, Selangor, Malaysia |
|---|---|
| Tarikh pembukaan | 2004 |
| Bil. penyewa utama | 11 [1] |
IPC Shopping Centre (dahulunya Ikano Power Centre) ialah sebuah pusat beli-belah yang terletak di Mutiara Damansara, Selangor, Malaysia. Dibuka pada tahun 2004, letaknya bersebelahan sebuah gedung borong IKEA dan The Curve. Antara tarikan utamanya ialah taman safari haiwan kesayangan, sebuah kedai buku Popular dan pasar raya mewah Cold Storage. Di tingkat satu terletaknya gedung perabot/kelengkapan elektrik Harvey Norman. Pusat beli-belah ini dioperasi oleh Ikano Pte. Ltd. yang merupakan sebahagian kumpulan IKANO dari Sweden.[2]
Di tingkat bawah tanahnya terletaknya deretan restoran seperti Manhattan Sea Food, kopitiam Uncle Lim's dan kedai makanan segera.
IPC dan IKEA berkongsi tempat letak kereta dua tingkat. IPC disambungkan oleh jejantas dan laluan bawah tanah ke The Curve dan IKEA.
Perkhidmatan bas segera percuma menghubungkan IPC dengan stesen LRT Kelana Jaya.
Rujukan [sunting]
- ↑ Virtual Malaysia. [http://www.virtualmalaysia.com/destination/ikano%20power%20centre.html Ikano Power Centre]. Retrieved October 19 2007.
- ↑ Retail / IKANO Pte. Ltd
Koordinat: 3°09′21″U 101°36′41″T / 3.1559303°U 101.611417°T