iPad (Generasi Pertama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
iPad
Pembangun Apple Inc.
Pengilang Foxconn
Keluarga produk iPad
Jenis Tablet
Tarikh jualan

3 April 2010 (2010-04-03) (Amerika Syarikat)[1]

30 November 2010 (2010-11-30) (Malaysia)[2]
Sistem pengendalian iOS 5.1.1
Kuasa

Bateri cas semula litium-polimer terbina dalam

25 W·h (90 kJ),jangka penggunaan 10 jam
Sistem-atas-cip Apple A4
CPU 1 GHz ARM Cortex-A8
Muatan storan Ingatan kilat
16 GB, 32 GB atau 64 GB
Ingatan 256 MB DDR RAM
Paparan

9.7 in (250 mm)
1,024 × 768 px; 132 ppi

IPS LCD pengcahayaan belakang LED
Grafik PowerVR SGX535
Input Skrin sesentuh (multisentuh), penderia hampir jarak dan penderia cahaya sekitar, meter pecut 3-paksi, kompas digital
Kamera Tiada
Ketersambungan

Wi-Fi (802.11 a/b/g/n)
Bluetooth v2.1 + EDR
GSM model:
UMTS/HSDPA
(850, 1,900, 2,100 MHz)
GSM/EDGE
(850, 900, 1,800, 1,900 MHz)
CDMA model:
CDMA/EV-DO Rev. A

(800, 1,900 MHz)
Perkhidmatan
dalam talian
iTunes Store, App Store, MobileMe, iBookstore, Safari
Dimensi

9.56 in (243 mm) (t)
7.47 in (190 mm) (l)

0.50 in (13 mm) (d)
Berat Wi-Fi: 1.5 lb (680 g)
Wi-Fi + 3G: 1.6 lb (730 g)
Rencana berkait iPhone, iPad, iPod touch
Laman sesawang apple.com/ipad


iPad (Generasi pertama) adalah komputer tablet, direka dan dipasarkan oleh Apple. Dikeluarkan pada 3 April 2010, ia adalah yang pertama dalam keluarga iPad. Berjalan dengan menggunakan sistem pengendalian iOS, antara muka pengguna dibina dengan mengguna papan sesentuh maya. iPad mempunyai sambungan Wi-Fi dan selular (2G dan 3G).

iPad boleh digunakan untuk memain muzik, menghantar dan menerima e-mel dan melayar laman sesawang. Fungsi lain seperti permainan video, navigasi GPS dan lain-lain boleh digunakan dengan memuat turun perisian dari App Store.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

iPad bukanlah komputer tablet pertama oleh Apple. Apple sebelum ini telah memgeluarkan komputer tabletnya, Newton MessagePad pada tahun 1993.[3] Selepas itu, Apple telah membangunkan pelbagai peranti dengan sambungan selular tetapi tidak memasuki pasaran. [4] PDA terakhir Apple ialah MessagePad 2100 yang dihentikan pengeluarannya pada tahun 1998.[5]

Apple memasuki semula pasaran pengkomouteran bergerak dengan memperkenalkan iPhone pada tahun 2007.[6] Kecil daripada iPad dan mempunyai kamera serta iPhone direka untuk menjadi sebuah telefon bimbit. Steve Jobs berkata, Apple membangunkan iPad sebelum membangunkan iPhone.[7]

iPad mula dijual di Amerika Syarikat pada 3 April 2010[1], dan memasuki pasaran Malaysia hampir lapan bulan selepas itu[2]. iPad berjaya menguasai lebih 70% pasaran komputer tablet pada akhir 2010.[8]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Perisian[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya iPad menggunakan versi iPhone OS yang telah disesuaikan untuk kegunaan iPad sahaja[9]. Pada 1 September 2010, Apple mengumumkan bahawa iOS 4.2 akan menyokong iPad pada November 2010[10]. Untuk memenuhi kehendak ini, iOS 4.2.1 telah dikeluarkan pada 22 November[11]. iPad didatangkan dengan beberapa aplikasi termasuk Safari, Mel, Foto, Video, iPod, iTunes, App Store, iBooks, Peta, Nota, Kalendar dan Kenalan dengan beberapa daripadanya adalah versi telah diperbaiki daripada aplikasi yang terdapat di iPhone atau Mac.

iPad boleh diselaraskan (sync) dengan iTunes di Mac atau Komputer Windows. Applikasi iWork yang sebelum ini hanya di Mac, dibawa masuk ke iPad dengan aplikasi Pages, Numbers, dan Keynotes yang telah disesuaikan untuk iPad. Walaupun iPad direka bukan untuk menggantikan telefon bimbit, pengguna boleh menggunakan fon kepala atau speaker dan mikrofon terbina-dalam dan menelefon dengan sambungan Wi-Fi atau 3G menggunakan aplikasi VoIP.

Peralatan[sunting | sunting sumber]

iPad dilengkapi dengan skrin sesentuh, paparan hablur kristal 9.7 in (250 mm), 1024 x 768 piksel, berukuran 7.75 × 5.82 in (197 × 148 mm) dengan kaca tahan calar dan cap jari. Paparan ini bertindak balas dengan penderia lain: penderia cahaya sekitar untuk memperbetulkan kecerahan skrin dan meter pecut 3-paksi untuk mengesan orientasi iPad dan menukar antara mod potret dan landskap. Tidak seperti iPod touch dan iPhone hanya menyokong 3 orientasi (potret, landskap-kiri, landskap-kanan), iPad menyokong semua empat orientasi (termasuk terbalik). Berikutan itu, "orientasi asal" boleh dikatakan tiada; hanya posisi relatif dengan butang utama.

Terdapat empat suis fizikal pada iPad, termasuk butang utama berhampiran paparan yang membawa pengguna ke menu utama dan tiga suis di bahagian sisi: tidur/bangkit dan kelantangan (naik/turun), dan juga suis yang dikawal perisian yang fungsinya telah diubah dengan kemaskini perisian. Pada mulanya, suis tersebut mengunci orientasi skrin iPad, tetapi iOS 4.2 menukarkan ia kepada fungsi senyap dengan kunci pusingan terdapat di menu atas skrin. [12] Semasa kemaskini iOS 4.3, tetapan untuk suis tersebut telah ditambah membenarkan pengguna untuk menetapkan fungsi suis tersebut samada untuk mengunci putaran atau senyap.

iPad ini tidak didatangkan dengan kamera.

Aksesori[sunting | sunting sumber]

Apple menawarkan pelbagai aksesori iPad, kebanyakannya menggunakan sambungan dok 30-pin, satu-satunya port iPad selain bicu fon kepala. Pengguna boleh memasang aksesori seperti papan kekunci yang direka khas untuk iPad dengan menyambungkan ke port tersebut.

Walaubagaimanapun, kebanyakan aksesori kini menggunakan sambungan tanpa wayar bluetooth, memberikan kebebasan kepada pengguna. Tetapi, sambungan wayar masih diperlukan untuk mengecas dengan menggunakan pengecas 10W yang disediakan serta beberapa aksesori seperti sambungan keluar video[13] .

Jualan di Malaysia[sunting | sunting sumber]

iPad mula dijual di Malaysia pada 30 November 2010.[2] Harga yang ditawarkan kepada pengguna Malaysia adalah:

Wi-Fi

  • 16GB - RM1549
  • 32GB - RM1849
  • 64GB - RM2149

Wi-Fi + 3G

  • 16GB - RM1999
  • 32GB - RM2299
  • 64GB - RM2499

Tawaran terawal plan data kepada pengguna adalah oleh Maxis tanpa kontrak[2].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Apple Inc. (5 Mac 2010). iPad Available in US on April 3. Kenyataan akhbar. Dicapai pada 13 November 2012.
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 "Apple's iPad on sale in Malaysia from today". The Star Online. 30 November 2010. Diperoleh pada 13 November 2012. 
  3. "The Original Tablet". Daring Fireball. 14 Januari 2010. Diperoleh pada 19 November 2012. 
  4. "Apple Prototypes: 5 Products We Never Saw". applegazzete. 27 November 2006. Diperoleh pada 19 November 2012. 
  5. "Apple Newton MessagePad 2100". pocketnow. 1 Oktober 2008. 
  6. "The Apple iPhone". engadget. 9 Januari 2007. Diperoleh pada 19 November 2012. 
  7. "Jobs Says iPad Idea Came Before iPhone". Fox News. 2 Jun 2010. Diperoleh pada 19 November 2012. 
  8. "iPad held 85% market share in 2010 according to ABI Research". TUAW. 20 April 2011. Diperoleh pada 19 November 2012. 
  9. "iPhone OS 3.2 is iPad-only, potential camera support, A4 processor". Apple Insider 2012. 27 Januari 2010. Diperoleh pada 17 November 2012. 
  10. "iPad to get iOS 4.2 in November". CNET. 1 September 2010. Diperoleh pada 17 November 2012. 
  11. "Apple releases iOS 4.2.1". Mac. 22 November 2010. Diperoleh pada 17 November 2012. 
  12. "iPad's 'Mute' Switch Replaced With Screen Rotation Lock". MacRumors. 12 Mac 2010. Diperoleh pada 18 November 2012. 
  13. "2010’s Best iPhone and iPad Accessories (Year in Review)". Cult of Mac. 22 Disember 2010. Diperoleh pada 19 November 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]