ISO/IEC 7816

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

ISO/IEC 7816 ialah piawai antarabangsa berkaitan dengan kad pengenalan elektronik bersentuh, khususnya kad pintar. Ia diuruskan secara bersama oleh Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) dan Suruhanjaya Elektronik Antarabangsa (IEC). Ia disunting oleh Gabungan Suruhanjaya Teknikal (Joint Technical Committee, JTC) / Sub-Suruhanjaya (Sub-Committee, SC) 17, Kad dan pengenalan peribadi.

Bahagian[sunting | sunting sumber]

7816-1: Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Bahagian ini menerangkan tentang ciri-ciri fizikal bagi kad, kebanyakannya merujuk kepada ISO/IEC 7810 Kad pengenalan — Ciri-ciri fizikal, namun turut menerangkan tentang ciri-ciri lain seperti kekuatan mekanik. Ia dicipta pada tahun 1987 kemudian dikemaskini pada tahun 1998, dan diperbaiki pada tahun 2003.[1][2]

7816-2: Kad bersentuh — Dimensi dan kedudukan sesentuh[sunting | sunting sumber]

Bahagian ini dicipta pada tahun 1988, dikemaskini pada 1999, diperbaiki pada 2004, dan dikemaskini sekali lagi pada 2007.[3]

7816-3: Kad bersentuh — Antara muka elektrik dan protokol penghantaran[sunting | sunting sumber]

Bahagian ini dicipta pada tahun 1989, dikemaskini pada 1992 (penambahan protokol T=1), dikemaskini pada 1994 (semakan semula bagi Pemilihan Jenis Protokol), dikemaskini pada 1997 (penambahan operasi 3 Volt), diperbaiki pada 2002 (penambahan operasi 1.8 Volt), kali terakhir dikemaskini pada 2006 (Vpp dibuang).[4]

7816-4: Pengaturan, keselamatan dan perintah untuk disaling tukar[sunting | sunting sumber]

Bahagian ini dicipta pada tahun 1995 dan dikemaskini pada tahun 2005.[5] Di dalamnya ada dinyatakan tentang yang berikut:

  • kandungan tukaran pasangan perintah-jawapan pada antara muka,
  • cara-cara mendapatkan unsur data dan objek data dalam kad,
  • struktur dan kandungan bait sejarah untuk memerihalkan ciri-ciri pengendalian bagi kad,
  • struktur untuk aplikasi dan data dalam kad, sebagaimana yang dilihat pada antara muka semasa memproses perintah,
  • kaedah capaian kepada fail serta data dalam kad,
  • seni bina keselamatan yang menerangkan hak-hak capaian kepada fail dan data dalam kad,
  • cara-cara dan mekanisme untuk mengenalpasti serta mengalamatkan aplikasi dalam kad,
  • kaedah untuk pemesanan selamat,
  • kaedah capaian kepada algoritma-algoritma yang diproses oleh kad. Ia tidak memerihalkan algoritma-algoritma ini.

Arahan antaraindustri[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah antara bait-bait arahan antaraindustri dalam ISO/IEC 7816-4, yang diletakkan pada medan INS dalam sesebuah APDU arahan:

Bait dalam perenambelas Nama Keterangan
0E ERASE BINARY Padam data perduaan daripada fail yang dipilih
20 VERIFY Dapatkan pengesahsahihan
70 MANAGE CHANNEL
82 EXTERNAL AUTHENTICATE
84 GET CHALLENGE
88 INTERNAL AUTHENTICATE
A4 SELECT FILE Pilih fail
B0 READ BINARY Baca perduaan bagi fail yang dipilih
B2 READ RECORD(S) Baca rekod bagi fail yang dipilih
C0 GET RESPONSE Dapatkan jawapan daripada kad
C2 ENVELOPE
CA GET DATA
D0 WRITE BINARY Tulis data perduaan pada fail yang dipilih
D2 WRITE RECORD Tulis data pada fail yang dipilih
D6 UPDATE BINARY Tukar isi perduaan bagi fail yang dipilih
DA PUT DATA
DC UPDATE DATA
E2 APPEND RECORD

7816-5: Pendaftaran pembekal aplikasi[sunting | sunting sumber]

Dicipta pada tahun 1995 kemudian dikemaskini pada tahun 2004.[6]

7816-6: Elemen data antaraindustri untuk disaling tukar[sunting | sunting sumber]

Dicipta pada tahun 1996 dan dikemaskini pada tahun 2004.[7]

Menurut abstraknya, ia menyatakan Unsur Data (data element, DE) yang digunakan untuk saling tukar antaraindustri berasaskan kad litar bersepadu (integrated circuit cards, ICC) samada bersentuh atau tidak bersentuh. Pengenal pasti, nama, penerangan, format dan susun atur bagi setiap DE diberikan oleh bahagian ini. Di samping itu, cara-cara mendapatkan DE daripada kad turut dinyatakan.

7816-7: Perintah antaraindustri untuk Bahasa Pertanyaan Kad Berstruktur[sunting | sunting sumber]

Dicipta pada tahun 1999.[8]

7816-8: Perintah-perintah untuk kendalian keselamatan[sunting | sunting sumber]

7816-9: Perintah-perintah untuk pengurusan kad[sunting | sunting sumber]

7816-10: Isyarat elektronik dan answer to reset untuk kad segerak[sunting | sunting sumber]

7816-11: Pengesahsahihan peribadi menerusi kaedah-kaedah biometrik[sunting | sunting sumber]

7816-12: Kad bersentuh — Antara muka elektrik USB dan tatacara pengendalian[sunting | sunting sumber]

7816-13: Perintah-perintah untuk pengurusan aplikasi dalam persekitaran berbilang aplikasi[sunting | sunting sumber]

Bahagian ini menyatakan perintah-perintah untuk pengurusan aplikasi dalam persekitaran berbilang aplikasi.[9]

7816-15: Aplikasi maklumat kriptograf[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "ISO/IEC 7816-1:1998 Identification cards — Integrated circuit(s) cards with contacts — Part 1: Physical characteristics". Iso.org. 2011-01-31. Diperoleh pada 2011-11-12. 
  2. "ISO/IEC 7816-1:1998/Amd 1:2003 Maximum height of the IC contact surface". Iso.org. 2011-01-31. Diperoleh pada 2011-11-12. 
  3. "ISO/IEC 7816-2:2007 Identification cards — Integrated circuit cards — Part 2: Cards with contacts — Dimensions and location of the contacts". Iso.org. 2007-10-11. Diperoleh pada 2011-11-12. 
  4. "ISO/IEC 7816-3:2006 Identification cards — Integrated circuit cards — Part 3: Cards with contacts — Electrical interface and transmission protocols". Iso.org. Diperoleh pada 2011-11-12. 
  5. "ISO/IEC 7816-4:2005 Identification cards — Integrated circuit cards — Part 4: Organization, security and commands for interchange". Iso.org. 2008-10-03. Diperoleh pada 2011-11-12. 
  6. "ISO/IEC 7816-5:2004 Identification cards — Integrated circuit cards — Part 5: Registration of application providers". Iso.org. 2010-03-17. Diperoleh pada 2011-11-12. 
  7. "ISO/IEC 7816-6:2004 Identification cards — Integrated circuit cards — Part 6: Interindustry data elements for interchange". Iso.org. 2009-09-30. Diperoleh pada 2011-11-12. 
  8. "ISO/IEC 7816-7:1999 Identification cards — Integrated circuit(s) cards with contacts — Part 7: Interindustry commands for Structured Card Query Language (SCQL)". Iso.org. 2010-06-17. Diperoleh pada 2011-11-12. 
  9. "ISO/IEC 7816-13:2007 Identification cards — Integrated circuit cards — Part 13: Commands for application management in a multi-application environment". Iso.org. 2007-03-09. Diperoleh pada 2011-11-12. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]