ISO 31-1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

ISO 31-1 merupakan sebahagian piawaian antarabangsa ISO 31 yang mentakrifkan nama-nama dan simbol-simbol untuk kuantiti-kuantiti dan unit-unit yang berkenaan dengan ruang dan masa.

Antara takrifannya adalah:

Kuantiti Unit Catatan
Nama Simbol Nama Simbol Takrif
sudut,
(sudut satah)
α, β, γ, ϑ, φ radian rad 1 rad = 1 m/m = 1
darjah ° 1° = π/180 rad Tiada jarak di antara bilangan dan simbol unit ala superskrip ini. Lebih baik memecah bahagi darjah ke perpuluhan (cth., 12.5° daripada 12°30′)
minit 1′ = (1/60)°
saat 1″ = (1/60)′
sudut padu Ω steradian sr 1 sr = 1 m²/m² = 1
panjang l, L meter m Satu meter adalah panjangnya laluan cahaya dalam vakum dalam selang masa 1/299,792,458 saat; rujuk kelajuan cahaya
lebar b
tinggi h
tebal d, δ
jejari r, R
diameter d, D
panjang laluan, Vektor sesaran (linear) s, s
jarak d, r
koordinat Cartes x, y, z
jejari kelengkungan ϱ
kelengkungan ϰ meter salingan m−1 ϰ=1/ϱ
keluasan A meter persegi Unit ar (1 a = 100 m²) dan hektar (1 ha = 100 a) digunakan untuk keluasan agraria (pertanian).
isipadu V meter padu
liter L, l 1 L = 1 dm³ Huruf L besar lebih digemari kerana huruf l kecil mungkin sukar dibezakan dengan angka 1 dalam sesetengah rupa huruf.
masa, selang masa, tempoh t saat s Sesaat adalah tempoh 9 192 631 770 kala sinaran yang bersamaan dengan peralihan antara dua tahap hiperhalus bagi atom sesium-133 dalam keadaan asas Representasi waktu dalam sehari tertakrif dalam ISO 8601.
minit min 1 min = 60 s
jam h 1 h = 60 min = 3 600 s
hari d 1 d = 24 h = 86 400 s
halaju sudut ω radian sesaat rad/s ω=dφ/dt
pecutan sudut α radian sesaat kuasa dua rad/s² α=dω/dt
halaju v (simbol am),
v (vektor halaju),
c (kelajuan rambatan gelombang),
u, v, w (komponen-komponen halaju c)
meter sesaat m/s
kilometer sejam km/h
pecutan, vektor pecutan a, a meter sesaat kuasa dua m/s² 1 g = 9.80665 m/s²
pecutan terjunan bebas, pecutan dari graviti g

Lampiran A ISO 31-1 menyenaraikan unit-unit ruang dan masa berasaskan kaki, paun, dan saat. Lampiran B lists menyenaraikan beberapa lagi unit bukan SI untuk ruang dan masa, iaitu gon, tahun cahaya, unit astronomi, parsek, tahun unit, dan gal.