ISO 8601

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


ISO 8601 Data elements and interchange formats – Information interchange – Representation of dates and times merupakan piawaian antarabangsa yang meliputi pertukaran data-data berkenaan tarikh dan waktu. Ia dikeluarkan oleh International Organization for Standardization (ISO) dan mula-mula diterbitkan pada tahun 1988. Piawaian ini bertujuan menyediakan kaedah yang jelas dan jitu untuk menyatakan tarikh dan waktu demi mengelakkan salah tafsir pernyataan tarikh dan waktu bernombor, terutama sekali apabila data dipindahkan antara negara yang berbeza-beza amalannya untuk menulis tarikh dan waktu bernombor.

Piawaian ini menyusun atur data supaya tempoh masa terbesar (iaitu tahun) muncul paling awal dalam rentetan data dan beransur-ansur mengecil hinggalah tempoh terkecil (iaitu saat). Ia juga menyediakan kaedah yang terselaras untuk menyampaikan maklumat berasaskan masa merentas zon waktu dengan melampirkan ofset pada Waktu Semesta Berkoordinat (UTC).[1]

Tarikh dan waktu (semasa halaman dipaparkan)
yang diungkapkan mengikut ISO 8601:
Tarikh 2024-04-18
Gabungan tarikh dan waktu dalam UTC: 2024-04-18T12:11Z
Tarikh dengan turutan minggu: 2024-W16-4
Tarikh ordinal: 2024-109

Catatan dan rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]