IUPAC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
IUPAC logo

Kesatuan Kimia Tulen dan Gunaan Antarabangsa (IUPAC) (bahasa Inggeris: International Union of Pure and Applied Chemistry) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menerajui bidang kimia sedunia. IUPAC merupakan ahli gabungan Majlis Sains Antarabangsa (ICSU)[1]. Ibu pejabat antarabangsa IUPAC terletak di Zurich, Switzerland manakala pejabat pentadbirannya yang juga dikenali sebagai seketrarit IUPAC terletak di Research Triangle Park, Carolina Utara, Amerika Syarikat. Pejabat pentadbirannya diketuai pengarah eksekutif IUPAC. [2]

IUPAC ditubuhkan pada 1919. Antara tugas utamanya adalah pemiawaian nama-nama unsur dan bahan kimia melalui tatanama IUPAC. Terbitan-terbitannya seperti "Kuantiti, Unit dan Simbol dalam Kimia Fizik" (Buku Hijau) menjadi rujukan ahli kimia di seluruh dunia.

Pembentukan dan Sejarah[sunting | sunting sumber]

A black and white image of a bald man in a dark outfit, with a bushy white beard and moustache
Friedrich August Kekulé von Stradonitz

Keperluan untuk piawaian antarabangsa pertama kali diutarakan pada tahun 1860 oleh saintis Jerman Friedrich August Kekulé von Stradonitz. Jawatankuasa ini merupakan persidangan antarabangsa yang pertama untuk megasaskan satu sistem penamaan bagi sebatian organik.[3] Idea-idea yang telah diformulasikan di dalam persidangan berevolusi menjadi Tatanama kimia organik IUPAC.[3] IUPAC menjadi satu warisan bagi pertemuan ini, menjadikan salah satu kolaberasi masyarakat kimia antarabangsa paling bersejarah.[3].

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. IUPAC National Adhering Organizations
  2. "IUPAC Council Agenda Book 2009". IUPAC. 2009. Diperoleh pada 2010-04-17. 
  3. 3.0 3.1 3.2 Fennel, R.W. (1994). History of IUPAC, 1919-1987. Blackwell Science. ISBN 0-86542-8786(94) Check |isbn= value (bantuan).