I Hate Fridays Collection

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
I Hate Fridays Collection
Muka hadapan “I Hate Fridays Collection”
Muka hadapan “I Hate Fridays Collection”
Umum
PengarangFlynn Rachel
NegaraAustralia
BahasaBahasa Inggeris
Penerbitan
PenerbitPUFFIN
Tarikh penerbitan
Februari, 2002
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN [[Special:BookSources/ISBN-13 9780734304575
ISBN-10 0734304579|ISBN-13 9780734304575
ISBN-10 0734304579]] Invalid ISBN

I Hate Fridays Collection merupakan sebuah novel kanak-kanak yang dikarang oleh Flynn Rachel dan diedarkan oleh PUFFIN (Australia). Novel ini merupakan novel yang menggabungkan lima karya terdahulu penulis mengenai para pelajar di Kaola Hills Primary (sekolah rendah). Ia menyingkap perasaan sekumpulan pelajar (sekelas) mengenai apa yang dihadapi mereka sehari-harian.

Koleksi[sunting | sunting sumber]

I Hate Fridays[sunting | sunting sumber]

"I Hate Fridays"

Ini adalah permulaan untuk semua koleksi dari Flynn Rachel. Ini menceritakan kehidupan sekumpulan pelajar di tahun empat. Apakah orang sekeliling berkata tentang kawan mereka? Anda akan mengenali Sam dan kawan-kawannya yang menggelar diri mereka sebagai “Meatheads”, Kirsty dan baju-bajunya yang cantik, perbuatan nakal Martin terhadapberudu, Joan bertarung dengan kawan baiknya, David yang berhadapan dengan surat cinta, dan perkara yang teruk berlaku terhadap Peter semasa Hari Sukan.

It’s Not Fair[sunting | sunting sumber]

"It's Not Fair"

Kanak-kanak kini berada dalam tahun lima. Siapakah yang mahu mencium dalam pementasan sekolah? Apakah Peter bercakap benar mengenai Disneyland? Apakah terjadi apabila Mrs Smith terjumpa buku catatan Lover’s Club? Apakah terjadi dengan janggut Mr. Zeiner dan apakah itu “Faktor X”?

I Can’t Wait[sunting | sunting sumber]

"I Can't Wait"

Ini merupakan tahun terakhir mereka di sekolah rendah. Thadeus akhirnya dapat duduk bersebelahan Kirsty, tetapi apakah ini yang dimahukan? Impian Kerrie untuk menunggang kuda akhirnya tercapai tetapi apakah itu yang dibayangkan? Peter berjumpa teman wanitanya tetapi apakah beliau mengetahui apakah yang mahu diucapkan kepada teman wanitanya itu? Siapakah yang mendapat adik baru? Ia juga diselitkan dengan pelajaran tarian dari Madame Chiffon.

Worried Sick[sunting | sunting sumber]

"Worried Sick"

Peter Karlos bimbang akan jatuh sakit. Kirsty tidak mempedulikan sekitarnya kerana hanya bimbang dengan teman lelakinya sehinggalah seseorang telah memberitahu satu kelas bahawa ibu beliau sedang mengandung sedangkan semua tahu beliau tiada bapa. Joan pula bimbang dengan kerja sekolah yang tidak pernah habis dan Thadeus pula bimbang beliau tidak cukup belajar.

Messing Around[sunting | sunting sumber]

"Messing Around"

Ini merupakan siri terakhir dalam novel ini. Ia diteruskan dengan kehidupan para pelajar di sekolah menengah pula. Para pembaca akan mengetahui saudara Joan yang teruk, teman lelaki ibu Kirsty yang memalukan, perjalanan percutian Thadeus, percintaan Melinda dan Mario serta beberapa peristiwa yang janggal untuk Peter. Selain itu, penulis juga menceritakan bagaimana kehidupan mereka setelah dewasa.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]