I Know What You Did Last Raya
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| I Know What You Did Last Raya | |
|---|---|
| Pengarah | A. Razak Mohaideen |
| Penerbit | Ahmad Puad Onah Lazizah Ahmad A. Latiff Mohaideen |
| Pengarang | Azahari Md Zain (lakon layar) Wan Aida Wan Yahya (skrip) |
| Lakonan | Erra Fazira Waheeda Azlee (Senario) Mazlan Pet Pet Zamarul Hisham |
| Pengedar | Grand Brilliance Sdn Bhd |
| Negara | |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
I Know What You Did Last Raya ialah filem yang merupakan parodi kepada filem Amerika Syarikat, I Know What You Did Last Summer. Filem ini mula ditayangkan 14 November 2004 pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri.
Sinopsis [sunting]
Dr. Mira bersama kawan-kawannya, Lan, Fazzly, Yasir dan Sahida telah diculik oleh penjahat bernama Man akibat dari dendam yang telah sekian lama tersimpan. Sementara itu, ada misteri yang berlaku pada malam raya menyebabkan huru-hara satu kampung. Pada malam raya iaitu ketika mereka semua pulang ke kampung, mereka terlanggar seekor kambing dan seorang lelaki. Mulai saat itu mereka diganggu.
Pelakon [sunting]
- Erra Fazira(Dr. Mira)
- Mazlan Pet pet atau Ahmad (Roslan)
- Waheeda (Sahida)
- Zamarul Hisham (Yasir)
- Azlee Jaafar(Fazzley)
- Ebby Yus (Man)
- Pie
- Khatijah Tan
- Aznah Hamid
- Mak Jah
- Dynaz