Ibn Khayyat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
NamaKhalifah bin Khayyat
ZamanIslamic golden age
Karya yang popularTabaqat (biografi) dan Tarikh (sejarah)
Mempengaruhi

Khalifah bin Khayyat, nama penuh, Abu Amr Khalifah ibn Khayyat al Laythi al Usfuri (c. 777 - c. 854 M) ialah seorang sejarawan Arab.

Keluarga beliau berasal dari Basra di Iraq. Datuknya seorang ahli hadis ternama dan Khalifah juga menempa nama sebagai seorang ahli hadis. Para sarjana Islam yang menjadi anak muridnya termasuk Imam Muhammad al-Bukhari dan Imam Ahmad ibn Hanbal.

Diketahui bahawa beliau menghasilkan sekurang-kurangnya empat karya besar; dua antaranya kekal sehingga kini. Ini termasuk Tabaqat (biografi) dan Tarikh (sejarah). Yang kedua itu berharga kerana ia merupakan satu daripada tiga kerja pensejarahan Arab yang paling awal, akan tetapi teks penuh tidak diketahu sehinggalah sebuah naskhah abad ke-11 ditemui di Rabat, Maghribi pada tahun 1966 (diterbitkan pada tahun 1967).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • J. Schacht (1969), "The Kitab al-Tarih of Khalifa bin Hayyat", Arabica, 16, 79-81. Schacht found the manuscript, and in the article reviews its publication by one of his former students.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.