Ibnu Khurdadzbih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Abul Qasim Ubaidullah bin Abdullah bin Khurdadzbih (Arab: أبو القاسم عبيد الله بن عبد الله ابن خرداذبة, atau Persia: ابن خردادبه, Ibnu Khordadbeh) (k. 820–912) adalah seorang sejarawan dan geografer yang terkenal dengan karyanya Kitabul Masalik wal Mamalik (كتاب المسالك والممالك‎, "Kitab Jalan-jalan dan Kerajaan-kerajaan"). Dalam buku tersebut Ibnu Khurdadzbih menggambarkan jarak antar negara yang dilewati oleh jalur perdagangan Dunia Islam, yang dikerjakannya selama bekerja di bawah Khalifah Abbasiyah Al Ma'mun. Ia juga menyatakan secara eksplisit bahawa bumi berbentuk bulat seperti bola, dan ditempatkan di tengah-tengah ruang langit "seperti kuning dari sebuah telur."

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]