Ibrahim Bajunid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Profesor Datuk Dr Ibrahim Bajunid . Beliau dinobatkan sebagai penerima anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010 pada majlis pelancaran perayaan Hari Guru ke-39 peringkat kebangsaan di Kuantan, Pahang pada 16 Mei 2010.

Beliau merupakan perunding dalam membuat dasar kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) terutama bidang pendidikan. Beliau adalah mantan Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB).Beliau adalah Penasihat Kebangsaan/Perunding Asia-Eropah Pembelajaran Sepanjang Hayat di Malaysia dan kini terlibat dalam beberapa projek penyelidikan dan mengawasi beberapa pelajar peringkat Sarjana dan Kedoktoran.

Ibrahim juga menganggotai Lembaga Penasihat Akademik di beberapa pusat pengajian tinggi negara dan beliau telah menulis lebih daripada lima ratus rencana dan penulisan ilmiah yang merangkumi isu penting dalam pembangunan nasional yang berkaitan dengan pendidikan, modal insan, intelektual dan sosial.

Tokoh Pendidikan 2010[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Mei 2010, beliau terpilih sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010 sempena Sambutan Hari Guru ke-39 di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kuantan, Pahang. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut hadir dalam majlis itu ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Empat bekas guru yang turut menerima anugerah pendidikan ialah Awang Mohamad, 59, Encharang Agas, 66, Datuk Chuang Keng Kung, 72, dan Ainun Jamilah Mohd Ali, 60. Kesemua pemenang berkenaan masing-masing menerima wang tunai RM10,000, piala serta sijil penganugerahan. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]