Ibu (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ibu
PengarahS. Ramanathan
Lakon layarS. Ramanathan
Dihasilkan olehRun Run Shaw
DibintangiP. Ramlee
Neng Yatimah
Aini Hayati
Rosnani Jamil
Haji Mahadi
Nordin Ahmad
SinematografiA. Bakar Ali
Disunting olehH. R. Narayana
Hayat Harris
Muzik olehOsman Ahmad
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
  • 13 Jun 1953 (1953-06-13)
Masa tayangan
110 minit
NegaraMalaya
(Singapura)
BahasaMelayu

Filem Ibu merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian dari Malaya pada 13 Jun 1953. Filem Ibu diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Ibu diarah oleh pengarah S. Ramanathan pada 13 Jun 1953.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan kehidupan Remy, seorang yang berasal Kuala Lumpur, Tanah Melayu datang dari keluarga miskin yang tinggal bersama ibunya. Tidak bersekolah sejak dari kecil dan bekerja mengambil upah sebagai pembersih kasut. Sejak kecil dia berkenalan dengan seorang pemuzik yang mahir bermain trumpet iaitu Zulkifli. Dia menghadiahkan kepada Remy sebuah trumpet miliknya dan sanggup mengajar dia sehingga menjadi peniup trumpet mahir.

Lima belas tahun kemudian, Remy disarankan untuk pergi mencari pekerjaan di Metropolitan Cafe, sebuah kelab malam di Singapura sebagai ahli muzik. Di sana dia perlu berjumpa dengan Tony Samson, rakan Zulkifli suatu masa dahulu. Dia percaya yang Tony akan membantu Remy dalam dunia muzik di sana. Dia diuji dan kemahirannya amat memuaskan. Akhirnya, Remy diterima bekerja sebagai pasukan okestra pimpinannya dan diberi pendapatan bulanan sebanyak tiga ribu ringgit. Di sana dia telah berkenalan dan jatuh hati terhadap seorang penyanyi di situ yang bernama Ratna selepas diperkenalkan oleh Nordin dan Salleh rakan kepada Ratna. Dia seorang gadis bandar, bengis, pisau cukur dan sombong perwatakannya. Dalam masa yang sama, seorang jiran tetangganya iaitu Hamidah juga terpikat dan menaruh perasaan terhadap Remy secara diam-diam tetapi Remy menganggapnya sebagai sahabat sahaja. Hamidah begitu kecewa bahawa cintanya ditolak mentah-mentah oleh Remy.

Remy tetap memilih Ratna untuk dijadikan sebagai isteri walaupun hubungannya ditentang oleh Tony, Zulkifli dan ibunya sendirinya. Pada hakikatnya, Ratna sebenarnya tidak mencintai akan Remy tetapi dipengaruhi oleh Nordin dan Salleh untuk mengikis harta Remy sedikit demi sedikit. Ratna tidak menyukai akan ibu mertuanya. Ibunya dipinggirkan sedemikian rupa di kota Singapura dan dipelihara oleh Hamidah. Kini, Remy menjadi seorang anak derhaka. Kehidupan mereka mula berantakan sehingga ibunya dilanggar dengan kereta yang dipandu oleh Nordin dan Salleh. Ibunya cedera parah dan mengalami kecederaan yang kritikal. Remy mengalami tekanan perasaan dan menjadi separa hilang kewarasan akal. Hidupnya meracau dan merayau ke sana ke sini. Dia kini hilang pekerjaan. Manakala, Hamidah setiap hari mencari Remy untuk dipertemukan dengan ibunya yang sedang nazak sebelum dia meninggal dunia kelak. Kesudahnnya, Hamidah terbunuh akibat digilis di landasan keretapi Bukit Timah, Singapura selepas kakinya tersangkut semasa mengejar Remy dari belakang. Zulkifli pula memerangkap Ratna dan mereka berdua terbunuh selepas kenderaan yang dipandu Zulkifli sengaja untuh jatuh ke dalam gaung agar dendamnya terhadap Ratna terbalas. Manakala, Nordin dan Salleh berjaya diberkas oleh pihak polis atas dakwaan membunuh dengan niat. Remy kembali tersedar dan kini hidupnya sebatang kara dan menyesal dengan tindakannya selama ini.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Ibu nyanyian asal P. Ramlee
  • Hamidah nyanyian asal P. Ramlee

Pautan luar[sunting | sunting sumber]