Identiti Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Isi kandungan

[sunting] Bendera

Bendera Johor

Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri dan Rakyat jelata.[1][2]

Selain bendera rasmi negeri Johor, terdapat juga bendera-bendera rasmi lain yang pernah digunakan bagi mewakili Pemangku Raja serta beberapa orang pembesar dari beberapa daerah di negeri Johor, iaitu[3]:-

[sunting] Jata

Jata Johor

Mahkota tanda D.Y.M.M Raja. Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri Johor, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau, sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam.

Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai menggambarkan Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini. Cogan kata negeri ini ialah:- "KEPADA ALLAH BERSERAH" [2]

[sunting] Lagu

Rencana utama: Lagu Bangsa Johor
Allah peliharakan Sultan
'Nugerahkan dia segala kehormatan
sihat dan ria kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan.

[sunting] Peta

Peta Johor

[sunting] Rujukan

  1. Various authors (2006-10-14). "Johore (Malaysia)". Flags of the World. http://fotw.net/flags/my-johor.html. Capaian 2008-09-25. 
  2. 2.0 2.1 "Jata Johor (Bahasa Melayu)". Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim. http://www.johordt.gov.my/jkr/faktajohor.htm. Capaian 2008-08-07. 
  3. Various authors (2007-02-14). "Rank Flags (Johore, Malaysia)". Flags of the World. http://fotw.net/flags/my-jo_rk.html. Capaian 2008-09-25. 
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain