Identiti Negeri Sembilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Negeri Sembilan atau juga dikenali sebagai Negeri Sembilan Darul Khusus merupakan salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan bersempadan dengan negeri Selangor, Melaka, Johor dan Pahang. Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri yang kaya dengan adatnya.

Isi kandungan

Bendera[sunting | sunting sumber]

Bendera Negeri Sembilan

Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

Jata[sunting | sunting sumber]

Jata Negeri Sembilan

Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama.

Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa lalu dengan British. Warna hitam maknanya Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang di-Pertuan Besar.

Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam Gabungan yang lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda kebesaran Yang di-Pertuan Besar.

Lagu[sunting | sunting sumber]

Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan

Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan
Kurniai sihat dan makmur
Kasihi rakyat lanjutkan umur
Akan berkati sekalian yang setia
Musuhnya habis binasa
Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan

Lagunya telah digubah oleh Andrew Caldecott (1884-1951) dan diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Negeri Sembilan pada masa itu, Tuanku Muhammad pada tahun 1911.

Peta[sunting | sunting sumber]

Peta Negeri Sembilan