Ifrikiyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ifrikiyyah)
Lompat ke: pandu arah, cari

Ifrikiyyah atau Ifriqiyyah (Bahasa Arab: إفريقيةIfrīqiya) merupakan wilayah terdiri daripada kawasan-kawasan pantai apa yang sekarang daerah barat Libya, Tunisia, dan timur Algeria. Wilayah ini termasuk daerah Afrika Romawi dan mengambil sempena nama Romawi daerah tersebut.

Ifrikiyyah dibatasi kawasan separa-gersang dan rawang garam dikenali sebagai Al-Djerid di bahagian selatannya. Perbatasan baratnya sering bertukar dan lazimnya sampai hingga ke Bejaia. Ibu negara ialah Qayrawan (Kairouan) di Tunisia tengah. Pada masa-masa berlainan, pemerintah-pemerintah wilayah ini juga menawan Sicily.

De Lacy O'Leary menulis di dalam bukunya berjudul Arabic Thought and its Place in History, London: Kegan, Paul [1922], ms.227-8:

"Orang Arab berkembang di Afrika Utara dan ke selatan hingga ke pinggir gurun, dengan kabilah-kabilah mereka lazimnya tinggal di tanah rendah sambil penduduk lama berpusat di daerah-daerah tanah pergunungan. Sewaktu serangan pada tahun 45 CE, bandar Kairouan (Qairouan, Qayrawan) pada selatan Tunis diasaskan. Petempatan bandar ini kurang elok dan sekarang ditandai dengan runtuhan-runtuhan bangunan dan perkampungan kecil, namun ia menjadi ibu negara Ifrikiyah, nama yang diberikan kepada negeri yang terletetak bersebelahan Mesir dan merangkumi negara-negara moden Tripoli, Tunis, dan bahagian timur Algeria hingga ke meridian Bougie."

Dari pangkalan mereka di Kairouan, bermula dalam tahun 827 CE dinasti Aghlabiyyah telah menawan Sicily dan mengasaskan Amiriah Sicily —dan dengan itu meninggalkan pengaruh berkekalan terhadap budaya Sicily — sehinggalah disingkir oleh pihak Norman pada tahun 1072.

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Ibn Khaldun, Histoire des Berbères et des dynasties musulmanes de l'Afrique; traduite de l'arabe par le baron de Slane; nouv. éd / pub. sous la direction de Paul Casanova, et suivie d'une bibliographie d'Ibn Khaldoun. 4 vols. Paris: P. Geuthner, 1925-34.
  • Julien, Charles-André, Histoire de l'Afrique du Nord, des origines à 1830, édition originale Paris: Payot, 1931, réédition Payot, Paris, 1961

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 35°00′U 7°00′T / 35°U 7°T / 35; 7