Ijazah kehormat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ijazah kehormat atau ijazah honoris causa (Latin: "demi kehormat") adalah ijazah akademik yang dikecualikan syarat-syarat umumnya (seperti matrikulasi, pengajian dan lulus peperiksaan) oleh universiti (atau institusi pemberi ijazah yang seumpamanya). Ijazah ini biasanya merupakan kedoktoran ataupun sarjana yang boleh dianugerahkan kepada sesiapa yang tiada hubung kait yang terdahulu dengan institusi berkenaan.

Ijazah kehormat sering dikurniakan sebagai tanda penghargaan kepada seorang tetamu kehormat atas sumbangannya kepada bidang tertentu ataupun masyarakat umum. Ijazah kehormat sering disampaikan kepada pengucap konvokesyen di universiti atau kolej. Universiti yang memberikan ijazah kehormat sering mendapat faedah dengan menjalin hubungan dengan penerima ijazah itu. Ijazah ini tidak diiktiraf oleh majikan sebagai sama taraf dengan ijazah bersamaan yang 'dikerjakan' (diraih menerusi kelulusan akademik), dan oleh itu tidak boleh dilayan sebegitu rupa. Adakalanya disaran supaya ijazah kehormat disenaraikan dalam résumé sebagai anugerah dan bukan kelayakan akademik,[1] malah sesetengah institusi pengajian tinggi mengamalkan dasar-dasar bagi penggunaan gelaran "Doktor" dalam persuratan rasmi berkenaan dengan penerima ijazah kehormat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://commencement.msu.edu/general-information/honorary-degrees


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.