Ikan Angel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ikan Angel
[[Imej:frames|frames|260px]]
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Perciformes
Famili: Cichlidae
Genus: Pterophyllum
Spesies: Pterophyllum scalare

Ikan Angel (Pterophyllum Sclare) berbentuk pipih dan hujung mulutnya tajam. Sirip dorsal dan analnya terbuka lebar ke arah ekor. Di bahagian dada terdapat sepasang sirip yang terjuntai menjangkau ke ekor berwarna putih. Warna di bahagian bawah tubuhnya kelabu berkilat. Di bahagian atas kepalanya coklat kehitaman. Ikan ini boleh membesar sehingga 15cm. Morfologinya yang berbentuk cakera dan suka berenang di pertengahan akuarium menjadikan ia sangat digemari sebagai ikan hiasan. Ikan ini tahan lasak dan pemakanannya mudah. Ia diberi makan Blood worm, Daphnia sd., Moina sp., jejentik dan pelet. Ikan ini sesuai diternak secara berkumpulan. Ikan jantan mempunyai badan lebih besar daripada ikan betina. Jika dipandang dari atas kelihatan perutnya pipih dan kepalanya lebih besar. Bahagian atas antara mulut dan sirip dorsal (dahi) berbentuk cembung. Warnanya lebih terang. Liang genitalnya kecil panjang dan berbentuk 'V'. Ikan betina bersaiz lebih kecil. Pandangan dari atas kelihatan perutnya lebih besar dan kepalanya lebih kecil. Bahagian antara mulut dan sirip dorsal rata. Warnanya tidak secerah ikan jantan. Liang genitalnya lebih tebal dan membengkak berbentuk 'U' apabila ikan telah matang. Tabiat ikan betina juga kurang agresif daripada ikan jantan.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Apabila ikan angel jantan dan betina yang matang mendapat pasangan yang sesuai ia akan sentiasa berdua-duan, dan akan mencari permukaan untuk bertelur. Ikan angle melakukan pesenyawan luaran. Telur mereka boleh menjangkau hingga 800 biji.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. http://agrolink.moa.my/dof/maha2000/teknologi/hiasan/angel.html