Ikan Kalui Sabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ikan Kalui Sabah
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Perciformes
Famili: Osphronemidae
Genus: Osphronemus
Spesies: O. goramy
Binomial: Osphronemus goramy


Ikan Kalui Sabah atau Kalui Kinabatangan (bahasa Inggeris: Giant gourami) ialah sejenis ikan hiasan yang mahal. Ia banyak ditemui di Sungai Kinabatangan, Sabah. Bentuk ikan Kalui Sabah menyerupai ikan Kalui biasa kecuali hujung siripnya berwarna merah. Warna badannya hitam kebiruan dan terdapat bintik-bintik berwarna merah bata. Di bahagian kepalanya terdapat bonggol berwarna biru tua dan berbibir tebal. Ikan jantan mempunyai warna yang lebih menarik. Kebiasaannya ikan jantan akan membuat sarang daripada rumput-rumput kering di tepi kolam yang menyerupai sarang burung pipit berukuran garis pusat 30-40cm. Sekiranya telah terdapat telur melekat, sarang itu boleh diambil dan telurnya ditetaskan di dalam akuarium. Seekor induk betina dapat menghasilkan sehingga 3,000 biji telur.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]